Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Saturday, April 9, 2011

Pelajar kes tumbuk cikgu direman 4 hari

PELAJAR yang didakwa menumbuk guru hingga patah hidung dibawa keluar selepas polis mendapat perintah reman di Mahkamah Majistret Kangar, semalam.
PELAJAR yang didakwa menumbuk guru hingga patah hidung dibawa keluar selepas polis mendapat perintah reman di Mahkamah Majistret Kangar, semalam.

KANGAR: Mahkamah Majistret di sini semalam, mengeluarkan perintah reman empat hari terhadap pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah menengah dekat sini, yang didakwa terbabit dengan kejadian menumbuk seorang guru, Mariati Mat Ail, 37, sehingga patah tulang hidung, kelmarin.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Nursyarida Abd Rahman yang bermula semalam hingga Isnin ini terhadap pelajar berusia 14 tahun itu di dalam kamarnya.Suspek yang memakai baju lokap tiba di Mahkamah Kangar dengan kenderaan polis kira-kira jam 9.30 pagi.
Dia yang ditahan polis semalam, memakai baju lokap ungu dan bergari kemudian dilihat meninggalkan perkarangan mahkamah kira-kira jam 11 pagi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, mangsa yang juga seorang guru disiplin cedera parah di bahagian hidung akibat ditumbuk seorang murid Tingkatan Dua di Chuping di sini, kelmarin.

Mangsa yang juga guru Sejarah di sekolah berkenaan dipercayai pa-
tah tulang hidung selepas ditumbuk di bahagian muka oleh seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang dikatakan tidak berpuas hati dengan tegurannya sebelum itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, beberapa guru yang melihat kejadian terbabit, bertindak membawa mangsa yang berlumuran darah ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, untuk menerima rawatan lanjut.

Difahamkan ketika kejadian, guru berkenaan sedang bertukar kelas untuk mengajar subjek Sejarah di kelas lain sebelum terserempak dengan suspek, seorang pelajar Tingkatan Dua yang sedang bergaduh di kaki lima bangunan sekolah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros, berkata polis sudah mengambil keterangan daripada saksi dan mangsa.

“Kita sudah ambil beberapa keterangan daripada mangsa dan saksi kejadian hari ini (semalam) dan akan menyiapkan kertas siasatan dalam masa terdekat.

“Jika siasatan selesai, polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya selewat-lewatnya Isnin ini," katanya ketika dihubungi, semalam.

0 comments: