Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, April 29, 2011

Permainan hina Islam: Mahasiswa gesa tindakan

Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini didakwa boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam dengan memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Sehubungan itu, Naib Yang Di-Pertua Persatuan Mahasiswa/i Islam Universiti Malaya (PMIUM), Rohayu Rusli menggesa pihak kerajaan dan pihak berwajib bertindak tegas ke atas perkara berkenaan.
NONE
“Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

“Jadi, saya mewakili mahasiswa/i Islam UM menggesa pihak berwajib meneliti dengan lebih terperinci 'keadaan' permainan ini sebelum dipasarkan kepada pelanggan terutamanya remaja,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam permainan Devil May Cry 3 itu, pemain didakyah kononnya mereka berjihad menentang syaitan dan dikehendaki menewaskan makhluk itu dengan menembusi 12 pintu sebelum 'penghulu syaitan' menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam juga dikatakan tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu Kaabah.

cybercafe mpsj 091105 autosurf“Permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana Kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati,” katanya.

Rohayu juga menyifatkan permainan seumpama itu boleh menggugat keimanan dan akidah seseorang terutama apabila 'mempermainkan' agama Islam.

“Tindakan dan sebaran harus dibuat secepat mungkin bagi menyedarkan semua sebelum terlambat. Saya rasa isu ini sudah lama keluar, mungkin ramai lagi yang tidak tahu tentang ini (permainan itu)," katanya.

0 comments: