Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, April 21, 2011

Rahsia Terapi Hidung.

1_871762765l.jpg
1) Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan di sebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas?

2) Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).

3) Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 menit, sakit kepala akan sembuh.

4) Jika anda merasa lelah, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan berulang kali. Kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Kerana lubang hidung sebelah kanan akan mengeluarkan rasa panas,dan lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan rasa dingin.

5) Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sekali dingin. Lelaki pulak bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah sekali berasa marah.

6) Apakah anda pernah memperhatikan pada saat kita bangun, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

7) Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa.

8) Duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri dalam kurang dari seminggu, sakit kepala akan sembuh.

9) Terapi begini adalah lebih baik dari dan efektif berbanding dengan makan ubat yang mungkin ada kesan sampingannya di kemudian hari.

10) Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat rileks.

0 comments: