"Berita Harian - Seramai 28,588 kontraktor Kelas F di seluruh negara kini dalam kesempitan sehinggakan ada yang terpaksa menjual rumah manakala ramai lagi mungkin gulung tikar kerana tidak mendapat sebarang projek baru. Malah, sejak 2005 hingga sekarang, hampir 7,000 kontraktor sudah bankrap dan sebahagian besar yang lain kini dalam keadaan ‘hidup segan mati tidak mahu.’
“ Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) amat sedih dengan nasib kontraktor Kelas F yang tidak mendapat projek sehinggakan ada yang terpaksa menjual rumah untuk menyara keluarga masing-masing,” katanya kepada Berita Harian.
MOHAMAD FADZILL YANG JUGA YANG DIPERTUA PKMM PULAU PINANG, BERKATA BIARPUN KONTRAKTOR AMAT TERUJA APABILA KERAJAAN MENGUMUMKAN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI (ETP) YANG MEMBABITKAN PROJEK BERNILAI PULUHAN BILION RINGGIT, TETAPI PADA HAKIKATNYA KONTRAKTOR KELAS F TERPAKSA TERUS ‘IKAT PERUT’ KERANA TIADA PROJEK BARU UNTUK MEREKA.
Beliau turut memberi contoh pelaksanaan projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Projek Landasan Elektrik Berkembar Ipoh-Padang Besar, yang tidak dinikmati oleh kontraktor Kelas F.
Mohamad Fadzill berkata, dalam keadaan sekarang, kerajaan sewajarnya memperuntukkan sekurang-kurangnya RM1 bilion nilai projek untuk menampung keperluan kontraktor Kelas F di seluruh negara.
Sementara itu, seorang kontraktor Kelas F mengakui nasib mereka kini amat kronik dan ada yang terpaksa berhempas-pulas meneruskan hayat operasi ketika yang lain gulung tikar.
Pemilik syarikat Ishak Mat Abu Enterprise, Ishak Mat Abu, berkata beliau sendiri dihimpit masalah itu apabila syarikatnya yang berpangkalan di RAUB, PAHANG, tidak menerima sebarang projek, tahun lalu.
“Tahun ini, cuma ada satu projek. Ini memberi kesan kepada kami terutama kontraktor baru dan masalah ini boleh dikatakan agak kronik,” katanya ketika dihubungi.
Wednesday, July 27, 2011
28,588 kontraktor bakal gulung tikar, transformasi tiada makna
Posted by Suhaimi at 10:35 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment