Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, July 8, 2011

Tindakan Keras Terhadap Bersih,Polis Cabul Demokrasi

Pihak berkuasa semakin bertindak 'ganas' dengan menahan dan menyerbu mana sahaja premis atau program yang didakwa ada anasir 'kuning' warna rashttp://ecofrenone.files.wordpress.com/2011/04/salahudin.jpgmi Gabungan Pilihan Raya Adil dan bersih (Bersih 2.0).Beberapa ahli Parlimen sudah mula disumbatkan ke Ordinan Darurat dan ada juga rakyat yang ditahan kerana memiliki baju Bersih 2.0.Dalam pada itu, DYMM Yang DiPertuan Agong ada mengeluarkan titah agar hal ini diselesaikan secara baik

Membincangkan perkembangan terkini, Wartawan Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB berbicara ringkas dengan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob pada 4 Julai lalu selepas mesyuarat mengenai Bersih 2.0 di Pejabat Agung PAS.

Soalan : Boleh saudara ulas Titah Ucapan DYMM Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan Ibni Alrmarhum Sultab Zainal Abidin mengenai Berish>

SALAHUDDIN : Ucapan titah DYMM ini sangat bijaksana yang menunjukkan sistem raja berpelembagaan. Bagi saya itu satu kemenangan kepada perjuangan hak memartabatkan perlembagaan negara, ini satu Titah yang sangat disanjung tinggi.

Soalan : Kita dapat lihat, dalam masa dua tiga hari ini, polis dan pihak kerajaan semakin bertindak agresif menghalang mana sahaja pihak yang ada kaitan dengan Bersih 2.0, bagaimana pandangan saudara?

SALAHUDDIN : Ini adalah manifestasi daripada kegagalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menyelesaikan perkara yang sepenting ini (tuntutan membebaskan dan membersihkan proses pilihan raya dan perjalanan pilihan raya di negara in).Beliau tiada sikap seorang negarawan, dan ketua eksekutif bagi sebuah negara yang seharusnya melihat perkara ini secara holistik.

Sepatutnya Najib bersikap natural dan adil, menyelesaikan isu ini mengikut lunas undang-undang yang sedia ada yang membayangkan hasrat Perlembagaan Persekutuan yang sebenarnya..Buktinya provokasi daripada kumpulan yang ada menyebut kononnya mereka sanggup bermandi darah, nak bakar bangunan dan sebagainya yang mahu menghalang himpunan aman Berish 2.0 9 Julai ini.

Kita dapat lihat mereka yang menentang ini adalah mereka yang datangnya daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kita kenalpasti yang menjadi rahsia umum siapa dibelakang mereka.Apa yang saya mahu sebutkan ialah disinilah gagalnya Najib selaku Perdana Menteri yang dilihat tidak lulus ujian.Namun akhirnya kita dapat melihat melalui kebijaksana Yang DiPertuan Agong, dengan kenyataan terbaharunya itu nampaknya boleh selamatkan keadaan.

Walaupun ada kenyataan daripada Yang DiPertuan Agong, namun polis dan pihak lain masih meneruskan tangkapan termasuk yang terbaharu dalam premis PAS di Jasin, sedangkan dengan mesej daripada Yang DiPertuan Agong itu, seharusnya masing-masing menghentikan tindakan tersebut?

SALAHUDDIN : Boleh saya katakan bahawa tindakan itu melanggari prinsip dan lunas demokrasi serta lunas undang-undang.Apa yang boleh saya katakan jika kita melihat kepada beberapa kes sebelum ini, dengan jelas beberapa kes tangkapan dalam premis kita ini apabila dibawa ke mahkamah, akhirnya kita menang.Tiada satu kes pun polis menang.Justeru bagi saya, ini satu tindakan yang menampakkan sikap bias polis terhadap Umno-BN dan mereka membelakangi undang-undang yang seharusnya mereka dukung sebaiknya.

Mereka (kerajaan, polis dan Umno-BN) kata himpunan Berish 9 julai haram, tetapi Umno sendiri telah mengadakan himpunan di Pulau Pinang, di hadapan Pejabat KeADILan dan sebagainya hingga mencerus suasana tegang, apa komen saudara?

SALAHUDDIN : Saya tidak mengatakan mereka tiada hak untuk berhimpun seperti yang berlaku di Jambatan Pulau Pinang.Saya tidak halang atau tak kata apa-apapun, tetapi apabila polis mahu bertindak dan telahpun bertindak ke atas himpunan aman kita (Bersih-2.0) yang dalam prose promosi melalui ceramah, penceramah umum kena tahan, bagi saya, polis tidak bertindak sebaliknya tetapi hanya menahan kerana arahan pihak lain. Inilah satu sikap berpihak yang sangat dipertikai.

Dengan gambaran buruk yang cuba diterapkan oleh media arus perdana ke atas Bersih 2.0, apakah saudara yakin Bersih 2.0 masih boleh berjaya menghimpunkan rakyat seramai mungkin?

SALAHUDDIN : Saya yakin, jika tiada provoksi oleh polis ataupun polis mengambil tempat selaku agensi kerajaan yang mengawal ketenreraman awam, Berish boleh berhimpun aman, tetapi jika berlaku provokasi ataupun sabotaj, ini bukan daripada mereka yang menyokong Bersih 2.0, tetapi ia sengaja diadakan oleh pihak tertentu untuk cemar imej berish.

Seruan saudara kepada rakyat dan ahli PAS?

SALAHUDDIN : Rakyat kena bertenang, ikut arahan pimpian parti dari semasa ke semasa.Jangan bertindak balas ke atas sebarang provokasi, kita mahu adakan himpunan aman dan secara bersih.


0 comments: