Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, July 3, 2011

Tanjong Pagar: Sesuatu Yang Kita Lupa

Oleh Mohd Sayuti Omar

SEINGAT saya tidak pernah ke Temasik dengan keretapi. Kali terakhir saya ke Temasik ialah tahun 1988. Entah kenapa negeri ini tidak begitu cocok dengan jiwa saya. Seakan ada sekangan dendam di celah hati. Telapak kaki saya menjadi panas bila memijak butiran pasir pantainya.

Beberapa kali ke negeri ini tidak pernah saya menaiki keretapi. Selalunya dengan kapal terbang atau pun berkereta.

Jadi tidak pernahlah saya sampai atau menjejak kaki ke Tanjong Pagar. bagaimana wajah Tanjong Pagar atau permandangan sebahagian bekas negeri saya itu di tidak pernah terakam dalam mata saya.

Kerana itu tidak dapat saya mengingati bagaimana Tanjong Pagar, atau bagaimana bunyi geseran roda besi keretapi dengan rilnya. Gemercingan dan siupan geserannya tidak pernah menyengat ke dalam telinga saya. Geseran roda keretapi dengan rilnya sesungguhnya sesuatu yang unik dan tidak dapat dari oleh sejuta kenderaan jenis lain. Hari ini geseran itu tidak ada lagi di Tanjong Pagar.

Disebab saya tidak pernah menjejak kaki ke Tanjong Pagar, melihat suasanya dan menikmati panorama dalam perjalanan dengan keretapi maka sesuatu yang berlaku ke atas Tanjong Pagar tidak begitu mencengkam jiwa saya. Ia tidak sangat mengilusi hati saya. Apa-apa yang berlaku berlalu begitu saja bagaikan angin yang turun dari perbukitan ke lurah dan berhembus ke lembah yang yang disukainya kemudian hilang tanpa dijejak.

Jadi apabila tanggal 1 Julai lalu Tanjong Pagar sudah dipagar seluruhnya oleh kerajaan Temasik ia tidak memberi apa-apa bekas kepada saya. Malahan saya tidak pun mengetahuinya. Kesibukan mengikuti konferensi untuk membebaskan Palestin di Jakarta menjadikan saya terbius dengan dengan berita pemagaran Tanjong Pagar oleh Temasik. Saya rasa bersalah hanya setelah kembali dan membaca berita dari di rumah. Terasa betapa tolol saya kerana sibuk memperjuangkan untuk membebaskan bumi Palestin tetapi bumi sendiri tidak dipeduli sehingga akhirnya terlepas kepada orang lain.

Tanjong Pagar hanya sebuah nama saja. Tetapi nama itu memberi erti besar kepada sesiapa tahu mentafisrkannya. Tanjong adalah tanah panjang yang berjuntai ke tengah laut... boleh dianggap sebagai ekor kepada sesebuah tanah besar atau negara. Pagar pula ialah lingkungan atau benteng. Bila disimpulkan dua perkataan itu - Tanjong dan Pagar boleh dimaksudkan tanah panjang yang dilindungi atau pun dikuasai.

Tanjung Pagar adalah setesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) paling akhir di negeri tersebut. Keluasannya 270 hektar. Landasan KTM dari Johor bharu menjalar di tengah pulau berkenaan hingga ke Tanjong Pagar sejauh 30 kilometer. Apa yang mahalnya di sini dari segi nilai sejarah bahawa negara yang pernah bergabung dengan Persekutuan Malaysia itu masih dibeliti dengan landasan KTM milik Malaysia yang sekaligus menjadi simbol bahawa Malaysia masih menguasai Temasik atau dalam bahasa kampung Malaysia masih ada kampung atau bumi di negara berkenaan.

Tetapi sesudah tiada lagi hak milik KTM di Tanjong Pagar itu maka segala nostalgia dan lambang itu hilang dan lenyap. Malaysia tidak lagi memilik apa-apa aset atau pun simbol sebagai kenangan untuk anak cucu terhadap Temasik melainkan bekas atau kesan titisan air mata di bumi itu yang hanya akan dikenang oleh si pemilik air mata saja.

Sebenarnya sudah banyak air mata rakyat Malaysia jatuh dan mengalir di pulau Temasik ini.
Tidak kurang juga dengan darah dan nyawa orang Melayu banyak yang melayang. Bagaimana pun kesedihan dan penderitaan itu seperti tidak pernah terpancar ke Semenanjung. Kesedihan di Temasik hanya dirasai oleh orang Temasik saja. Semua itu adalah kerana kebijaksanaan dan kelicitan pendatang ke pulau itu yang akhirnya menjadi penguasa.

Di sini saya mengatakan bahawa orang Melayu tidak lagi boleh berharap kepada keris, tombak dan lawi ayam kalau kita ingin mengawal bumi kita. Di Temasik pihak pendatang tidak pun menggunakan senjata tradisional dalam menakluki bimi itu dan menyingkirkan penduduk asal. Tetapi mereka menggunakan kepala. Mereka mengambil kesempatan dari ruang atau lubang dalam perlembagaan dan undang-undang yang ada. Apa dilakukan oleh Hang Nadim yang menahan batang pisang untuk melawan serangan todok adalah simbolik kepada kebijaksanaan menggunakan akal, ya akal bukan senjata.

Senjata tradisional termasuk juga amokan dan memaki hamun tidak memberi apa-apa erti lagi. Cara begitu hanya sedap untuk dilihat di dalam tv3 atau tv RTM atau pun disiar dalam surat-surat khabar arus perdana saja, tetapi di alam realitinya ia tidak memberi apa-apa makna.

Dan sekali lagi pada 1 Julai orang Melayu yang mempunyai kecintaan yang tinggi kepda setiap inci buminya akan menagis mengenang apa yang berlaku. Kini orang Melayu sudah kehilangan nostalgia dan hak di bumi Sang Nila Utama itu. Temasik sudah pun memanggar semuanya sekali tanah air Tanjong Pagar. Usahkan untuk kita memijak merasai mesra pantainya untuk menjenguk pun tidak bisa lagi. Khabarnya sebaik saja jam berdeting menandakan detik 1 Julai bermula pihak berkuasa Temasik terus memagar kawasan itu dan menaikan papan tanda di larang masuk.

Bila mengenangkan nasib kita dengan Temasik saya jadi hairan dan termangu-mangsu sendiri. Jadi terpana-pana seketika dan terus bertanya-tanya. Apa sudah jadi dengan nasib orang Melayu di masa akan datang. Apakah orang Melayu masih utuh untuk 50 atau 100 tahun akan datang? Apakah kita dapat menghirup nyaman udara seperti hari ini? Atau masa indah ini akan termusnah lebih awal? Saya sangat khuatir akan hal ini sebenarnya?

Jika kita melihat kronologi kekecewaan demi kekecewaan yang kita hadapi ia satu iktibar yang amat dahsyat. Selepas kita menyerahkan pulau Batu Putih kini kita menyerahkan pula Tanjong Pagar. Sebelum itu kita menyerahkan secara tunai bgayar sebuah blok di lautan Limbang kepada Brunei yang kaya dengan khazanah minyak. Kalau boleh disebutkan di sini setiap perdan menteri kita ada 'jasa' tersendiri terhadap Temasik. Tun Abdul Rahman menyerahkan seluruh Temasik mengekalkan Tanjong Pagar.

Abdullah Badawi menyerahkan blok M yang mempunyai harta berupa minyak kepada Brunei. Manakala penyerahan Tanjong Pagar ini disuahakan di zaman Dr Mahathir Mohamad dilaksanakan sepenuhnya oleh Najib Razak. Mungkin orang terlupa bahawa perjanjian menyelesaikan Tanjong Pagar ini dilakukan di zaman Dr Mahathir lagi. Tidak mustahil, ya tidak mustahil kalau Muhyiddin Yassin jadi PM sebahagian Johor pula akan diserahkan kepada Temasik?

Tampak episod dan babak-babak penyerahan sedikit demi sedikit bumi Tanah Melayu ini akan terus berlaku. Bukan saja bumi Malaysia yang masih ada di negeri itu tetapi bumi Malaysia di Johor Bharu juga akan terjadi demikian. Di Melaka dan Kuala Lumpur juga terjadi demikian.

Kebimbangan Temasik yang kini ditukarf kepada nama Singapore akan menjadi Israel kecil di selatan Malaysia juga terus meragut jantung hati kita. Tidak mustahil kalau pembendungan dan kebodohan Melayu Malaysia dalam menjalankan apa-apa perundingan dengan negara itu, lama kelamaan bumi Malaysia di selatan itu akan jadi senasib dengan Palestin. Negeri Johor diyakini akan menjadi Palestin pertama yang akan dirampas oleh Israel bernama Singapore.

Hari ini sudah berapa banyak aset di Johor termasuk hartanah dimiliki oleh rakyat negeri berkenaan. Semua gedong besar adalah milik rakyat negeri itu. Pasar raya, taman perumahan mewah semuanya dimiliki oleh rakyat negeri itu. Kenapa ini berlaku kerana dasar kerajaan Johor yang membangunkan ngeri tanpa mengambil kira kemampuan rakyatnya untuk memiliki atau membeli aset-aset itu.

Pembangunan dibina tanpa mengukur kemampuan rakyat. Jadi apabila ianya segala prasarana siap berharga tinggi terpaksa dijual kepada pelabor asing. Kontroktor yang membangunkan segala pembangunan itu tidak akan mempedulikan apa-apa yang penting mereka dapat mengembalikan modal dan mendapat sedikit keuntungan.

Dasar atau polisi pembangunan yang bebas milik (free hold) ini ketara dilakukan sejak zaman Muhyiddin Yassin jadi MB Johor lagi kemudian di teruskan oleh MB sekarang. Dasar ini perlu dikaji dan dirombak serta diperkemaskan bagi menjamin bumi Johor tidak akan terlepas. Di masa akan datang kita tidak mahu dengar bahawa sebahagian bumi Johor pula ada yang akan terlepas kepada Temasik.

Walaupun ada undang-undang membatasnya tetapi ia tidak menjamin ianya kekal. Undang-undang dibuat dan digubal oleh manusia maka undang-undang juga boleh dirombak dan dibuat semula oleh manusia yang licit. Masalah kita pula, kita tidak bijak dalam perundingan. Bangsa Melayu bukan bangsa yang terror dalam berunding.

Saya rasa molek benar kalau kerajaan Johor mendedahkan ala-ala kertas putih pemilikan aset di Johor oleh rakyat asing khasnya Temasik. Biar semua rakyat tahu bukan saja rakyat Johor tetapi seluruh orang Melayu. Dengan adanya pendedahan itu semua orang akan tahu sejauh mana rakyat Temasik sudah menanam modal di Johor.

Bila mengenangkan hal ini saya rasa hairan dengan sikap pejuang Melayu yang membelit kain merah di kepalanya dan memasnag keris gila dipinggang. Pelik dan ganjil rasanya dengan pejuang Melayu yang sanggup melakukan apa saja terhadap rakan sesama Melayunya. Mereka ini berani sama sendiri saja tetapi menikus bila berdepan dengan fenomena seperti kehilangan Tanjong Pagar itu. Di antara kedua puak sambi tunding menunding mengatakan di antara satu sama lain. Yang ini kata yang itu diperalatkan oleh bukan Melayu, yang ini pula kata yang itu zalim dan kejam. Walhal hasil dua-dua tidak 'berpakai' apa.

Saya tidak terdengar, mungkin juga saya kabur dari mendengar bantahan mereka ke atas penyerahana Tanjong Pagar. Sejak Najib Razak bersetuju menyerahkan Tanjong Pagar tidak ada bantahan besar-besaran terhadpa perkara itu. Pertubuhan bernama Perkasa juga diam membisu seribu malahan sejuta bahasa seperti tikus terjatuh ke dalam gembuk. Orang Johor yang terkenal dengan semangat Melayu tertinggi di dunia ini juga tidak begitu obses mengenai kehilangan tanah Melayu di Temasik itu.

Demikian juga dengan Pemuda Umno yang ketuanya tidak ada kuasa jantan (pondan) menjadi sepi terhadap perkara itu. Pemuda Umno hanya berani untuk berdepan dengan Pemdua Pas dan PKR saja. Kenapa? Apakah mereka semua kehilangan batur pelir? Sepatutnya dalam tempoh tiga tahun lalu Perkasa dan semua NGO Melayu termasuk yang gila-gila kononnya mendabit dada mereka Melayu tulen, penjaga warisan Melayu dan sebagainya bangkit mempertahankan bumi Melayu di Temasik itu. Tunjuk 'henelan' di Tambok Johor dan berhimpunlah disitu sampai 25 tahun. Tetapi malang semuanya tidak berani...

Nah jelas perjuangan dan pembelaan para NGO dan para berjois ini (parti) double standard. Mereka hanya mempertahankan apa-apa kepentingan yang boleh memberi untung kepada mereka secara peribadi tapi bukan untuk keuntungan bangsa dan negara di masa depan. Inilah para pejuang otak kemetot yang digerakkan oleh individu yang tidak cukup saiz.

Sebenarnya sejak keluar dari alam 'malakut' 51 tahun lalu saya tidak nampak orang Melayu berjuang untuk kepentingan Melayu. Orang Melayu hanya retorik sahaja dengan apa yang mereka lakukan. Orang Melayu sebenarnya bukan berjuang 'segonti' tetapi mereka hanya terhibur membaca kisah-kisah atau sandiwara perjuangan dan hulubalang Melayu yang menang melawan musang atau raksasa (jin).

Apa yang disebut dalam bidalan menang sorak kampung tergadai benar-benar terjadi kepada semua orang Melayu kini. Dalam isu Tanjong Pagar ini kedua pihak orang Melayu Umno (sekular) dan Pas (Islami), lebih bersorak dan melaung dalam isu Bersih tetapi lupa akan kepentingasn isu asas mengenai orang Melayu seperti Tanjong Pagar. Kerancakan mereka berlawan sesama sendiri itu menyebabkan akhirnya mereka kehilangan bumi Tanjong Pagar tanpa disedari. Inilah Melayu.

Anologi orang Melayu ini juga boleh dilihat kepada seorang tok pemikat yang seronok mengagah burung terkukurnya. Sambil menagah-agah dia akan meloncat-loncat untuk menarik perhatian terkukurnya. Setiap kali meloncat dia akan mengilas kain pelikatnya. Kerana terlalu asyik dan kerap mengilas kain akhirnya kain sampai ke paras pinggang dan mendedahkan 'terkukurnya'.

Nah begitulah Melayu Umno dan Pas campur PKR terhadap isu Bersih. Mereka bersorak dan menyerang satu sama lain hingga terlupa ianya mendedahkan keaiban diri sendiri.

Satu perkara yang perlu dikaji apakah dalam sorak sorai Bersih itu ia memberi sesuatu yang signifiken iaitu kehilangan Tanjong Pagar? Bahawa ada pihak yang sengaja menyalakan api persengketaan sesama Melayu dengan harapan Melayu akan mabuk dalam asap peperangan dan saat itu mereka akan merampas satu demi satu hak Melayu? Begitukah?

Duhai kita sekalian anak cucu para watak-watak banduk Melayu, si Pandir, si Kadok, si Lebai Malang atau si Mat Jenih dan si pemikat terkukur, bukalah jendela minda dan berfikirlah kerana kita diberikan otak dan mentahariu masih lagi naik dari belah timur.

http://msomelayu.blogspot.com/


0 comments: