Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, December 23, 2011

Malaysia Beli 2 Buah Kapal Selam RM6.7 Bilion, Indonesia Beli 3 Buah Kapal Selam Sekali dengan Teknologi RM3.4 Bilion

http://media.defenseindustrydaily.com/images/SHIP_SSK_Kilo_Class_Cutaway_lg.jpg
Sebelum ini, saya ada tonjolkan pembelian 6 buah kapal selam jenis Kilo (Rusia) oleh Vietnam berharga RM6 bilion dan Malaysia dengan bangganya membeli 2 buah kapal selam jenis Scorpene dengan harga RM6.7 bilion di sini. Ironinya, kedua-dua jenis kapal selam itu mempunyai spesifikasi yang hampir sama. Artikel ringkas itu agak popular dipautkan di FB.

Hari ini, kandungan sebuah berita pertahanan yang disiarkan oleh AFP dan kemudiannya diterjemah dan disalin oleh pelbagai media amat menarik perhatian kita. Indonesia dilaporkan menandatangani perjanjian bernilai AS$1.1 bilion (RM3.48 bilion) dengan Korea Selatan untuk membekalkan tiga buah kapal selam kepada Indonesia.

Selain harga dan kuantiti, apa lagi yang menarik?

Pembelian kapal selam ini dilakukan secara tender TERBUKA. Dalam urus niaga ini, Korea Selatan berjaya mengalahkan pesaingnya, iaitu Perancis, Jerman, dan Rusia. Untuk pengetahuan anda yang masih tidak tahu, Malaysia membeli dua buah Scorpene "2nd hand" daripada Perancis bukan melalui tender terbuka. Alasan Malaysia berbuat demikian kerana kononnya takut rahsia negara diketahui umum. Walhal spesifikasi kapal selam ini bersepah di internet, malah bukan Malaysia sahaja yang memiliki kapal selam ini. Jangan gelak! Walaupun lucu, tetapi itulah jawapan yang diberikan oleh pihak terbabit di Parlimen. Oleh sebab tiada tender terbuka, maka wujudlah komisen dan yang paling lawak, dalam kes pembelian Scorpene, Malaysia menggunakan khidmat penterjemah (Altantuya) yang akhirnya mati di tangan dua anggota elit polis yang ada kaitan dengan pembesar negara (takkan tak tahu kot?).Lagi pelik, tidak adakah pegawai kerajaan atau pegawai tentera yang boleh menjadi penterjemah selain Altantuya????

Apa yang menguntungkan Indonesia?

Media melaporkan pembelian 3 buah kapal selam ini, saya ulang 3 buah, turut menawarkan PERTUKARAN TEKNOLOGI. Agaknya, mungkin inilah sebab Korea Selatan berjaya memenangi kontrak tersebut mengalahkan negara-negara lain. Mungkin suatu hari nanti, Indonesia pula akan membekalkan kapal selam di rantau ini.

Kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Hartind Asrin “Korea Selatan mempunyai teknologi terkini dan mereka bersifat terbuka untuk melakukan pertukaran teknologi sementara negara lain yang membida projek itu hanya berminat untuk menjual kapal selam.

Di bawah perjanjian itu, syarikat Indonesia, Penataran Angkatan Laut (PAL) akan dibenarkan memerhatikan bagaimana dua kapal selam berkenaan dibina dan memasang kapal selam ketiga di Indonesia.

“Dua kapal selam akan dibina di Korea Selatan dan ketiga dibina di kilang PAL yang terletak di Surabaya di Jawa Timur,” tambah Hartind.

Apabila merujuk lebih lanjut di internet, kapal selam buatan Korea ini mempunyai berat 1 400 tan dan boleh membawa sekitar 40 krew serta mempunyai lapan tube senjata untuk melancarkan torpedo dan peluru berpandu.

Cuba lihat spesifikasi ringkas Scorpene yang saya peroleh di internet di bawah ini. Apa persamaannya dengan kapal selam buatan Korea? Cuba lihat kuantiti krew yang boleh menyelam bersamanya serta kemudahan senjatanya.

Kapal selam buatan Korea ini walaupun lebih ringan, namun boleh membawa sekitar 40 krew serta mempunyai 8 tube senjata berbanding dengan Scorpene yang boleh membawa 31 krew dan 6 tube senjata. Cuba lihat spesifikasi yang saya peroleh di Wiki di sini. Pada mata kasar, Kilo dan Scorpene mempunyai keupayaan yang hampir sama.

Apa yang merugikan Malaysia?

Selain didakwa terpaksa membayar komisen hampir RM500 juta, mungkin dari segi spesifikasi kapal, Malaysia juga rugi dari segi pertukaran teknologi seperti yang diperoleh Indonesia. Malah kapal selam Scorpene 2nd hand ini pernah dilaporkan tidak boleh menyelam dan mengalami masalah teknikal. Anda bayangkan kapal selam recon yang baru dibeli ini mempunyai masalah teknikal???!! Hal ini disahkan sendiri oleh Panglima Tentera Laut Jen. Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar yang menyatakan bahawa terdapat kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman.

Menyentuh soal kerosakan yang dialami kapal selam negara ini. Azmin Ali seperti yang dipetik oleh Keadilan Daily mempersoal “Akibat daripada proses yang tidak telus serta diselubungi pelbagai masalah, pembelian kapal selam Scorpene ini merupakan satu malapetaka bagi negara.”

“Sudahlah kapal selam tersebut tidak dapat menyelam, sekarang ini negara dibebani dengan kos-kos tambahan atau kos-kos yang dipadamkan daripada kontrak asal atau bajet asal perolehan serta penyeliaan kapal selam tersebut.”

Azmin berkata demikian sewaktu membahaskan Perbekalan Tambahan hampir RM500 juta yang diminta Kementerian Pertahanan, di Dewan Rakyat semalam.

Beliau mempersoal permohonan RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene dan RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).

Sedangkan sebelum ini, kata Azmin, kerajaan sudah membayar 999.15 juta Euro kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002. -DCM

0 comments: