Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, December 1, 2011

Proton lancar varian lebih sporty Saga FLX SE 1.6L dengan transmisi CVT

Sumber arenakereta.com

Proton hari ini telah melancarkan model Saga FLX SE 1.6 liter dengan wajah baru lebih sporty dan enjin lebih berkuasa. Proton Saga FLX SE dikuasakan enjin CamPro IAFM 1.6 liter, ditawarkan hanya bersama transmisi automatik CVT tanpa pilihan kotak gear manual. Ia dijual pada harga berdaya saing bermula dari RM49,449.00 (Solid) dan RM49,899.00 (Metalik). Model itu boleh dilihat di semua bilik pameran Proton mulai 1 Disember 2011.

Pengenalan Saga FLX SE lebih memberi tumpuan kepada pelanggan dalam golongan muda, yang mahukan prestasi lebih berkuasa dan pada masa yang sama meneruskan legasi Saga sebagai ‘kereta rakyat’ pada harga mampu milik. Tahap ekonomi bahan api yang lebih baik dan sistem pengendalian yang mengkagumkan pada model itu pula akan memberikan lebih keseronokan pemanduan kepada setiap pemiliknya.

Enjin CamPro pada model Saga FLX SE sebelumnya dapat dilihat pada model seperti Persona Elegance dan Saga FL 1.6, terbukti berkuasa apabila menghasilkan 108hp pada 5,750rpm dan 150Nm tork maksimum pada 4,000rpm. Kombinasi enjin CamPro IAFM 1.6 liter dengan transmisi automatik CVT menghasilkan tork yang lebih baik, 4 peratus pecutan lebih pantas, dan mengurangkan penggunaan bahan api pada kadar 4 peratus berbanding Saga FL 1.6 liter.

Dengan tambahan harga sebanyak RM2,900.00 berbanding model semasa Saga FL 1.6 automatik, Saga FLX SE didatangkan dengan lapan dan tiga perubahan di bahagian eksterior dan interior. Model tersebut dipasangkan rim aloi 15 inci, kit badan lengkap dari kilang, lampu kabus dan kemasan lampu combi belakang dengan kesan ‘smoked’.

Bahagian kabinnya menyaksikan kusyen diperkemaskan dengan balutan kulit dan jahitan benang berwarna merah yang turut melibatkan roda stereng, kemasan panel pintu, brek parking dan tuil penukar gear. Tersedia dalam pilihan dua warna menawan – Putih Solid (Solid White) dan Merah Api (Fire Red), Saga FLX SE didatangkan bersama waranti tiga tahun atau 100,000km (yang mana sampai terlebih dahulu).

Bagi meneruskan komitmen Proton dalam memberikan layanan dan khidmat terbaik terhadap pelanggannya, para pelanggan yang sudah menempah model Saga dan masih menunggu penghantaran boleh membuat pilihan untuk menukar tempahan kereta mereka kepada model Saga FLX SE di bilik pameran masing-masing di mana tempahan sebelum itu dibuat.

Sejak pelancarannya pada Januari 2008, Proton telah menjual sebanyak 274,469 unit model Saga dengan purata jualan sebanyak 6,500 unit sebulan.

0 comments: