Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, December 21, 2011

Penyata Akaun Negara Sahkan Pinjaman Mahathir Dari Bank Dunia


Keadilan Daily


KEADILAN sekali lagi tampil dengan bukti menyanggah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menafikan membuat pinjaman dari Bank Dunia pada 1999.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, meskipun Mahathir ‘meragui’ dokumen rasmi Bank Dunia berhubung pinjaman itu, namun beliau tidak boleh menafikan dokumen rasmi kewangan negara yang dikeluarkan kerajaan Malaysia dan diluluskan di parlimen.

Dokumen itu ialah penyata Akaun Memorandum hutang Awam Luar Negeri pada 31 Disember 2008, yang terkandung dalam Anggaran perbelanjaan persekutuan 2010 dan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober 2009.

“Penyata tersebut mengesahkan bahawa Kerajaan Malaysia telah mengambil pinjaman dari Bank Dunia dalam tahun 1999 dengan rujukan “4452 MA Projek Sokongan Sektor Sosial” dari Bank Dunia,”.

“Kadar faedahnya adalah 7.47% bagi tahun 2008 dan sehingga 31 Disember 2008, Kerajaan Malaysia masih berhutang sebanyak RM701,040.14 daripada keseluruhan pinjaman berjumlah USD60 juta yang diambil dalam tahun 1999,” kata Rafizi dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Rafizi yang menulis surat kepada Bank Dunia bagi mengesahkan pinjaman itu, turut membidas kenyataan Tun Mahathir yang mempersoal kenapa isu itu baru dibangkitkan sekarang.

“Saya nasihat mudah saja. Sekarang kita hanya bolehsearch internet. Ia tak sama macam tahun 1999. Kini semua dokumen rasmi ada di internet, cuma nak tahu macam mana nak cari sahaja,” kata beliau.

Tegas Rafizi, KEADILAN menuntut Mahathir memohon maaf secara terbuka kerana kenyataan beliau yang jelas merupakan satu pembohongan.

“Sewajarnya Tun Mahathir Mohamad perlu menerima hakikat bahawa beliau telah tersilap dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana berbohong mengenai bantuan Bank Dunia kepada Malaysia dalam tahun 1999,” tegasnya


0 comments: