Monday, January 30, 2012
Sukhoi Tests Su-35S Flanker-E Multi-Purpose Fighter Jet For The First Time
During the test Tuesday, which lasted more than two hours, the aircraft's propulsion and control system were put through their paces and "proved to be flawless," the company said.
Additional details on the initial flight test have not been disclosed.
The Su-35S is based on the earlier Su-27 but with an improved airframe, two central digital computers, advanced avionics and new radar with phased array antennas.
The closest competitor aircraft to the Su-27, which was introduced into service in 1988, is the U.S. F-15 Eagle.
With increased fuel capacity, the range of the Su-35S is more than 2,200 miles.
The maximum speed at altitude is about 1,400 mph. Its ceiling is 59,000 feet.
Sukhoi said the Su-35S can detect aircraft out to a range of nearly 250 miles, farther than that of other combat aircraft.
The Generation 4++ fighter's radar can reportedly track simultaneously 30 aerial targets and engage eight as well as track four ground targets and engage two.
Weaponry carried by the Su-35 include a 30mm cannon, laser-guided and unguided bombs, anti-radar missiles, anti-aircraft missiles and missiles for use against maritime targets.
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 10:53 PM 0 comments
India To Pay Gold For Iran Oil, China May Follow-----EU Sanctions
The report, by the Israeli-based news website DEBKAfile, states that Iran and India are negotiating backup alternatives with China and Russia, should the US and EU find a way to block the gold payment mechanism.
Delhi’s move is seen as surprising, as earlier India and Iran said they would switch to yen and rupees. China, another major importer of Iranian oil, may follow Delhi’s lead, the report adds.
India and China need to switch from the dollar in bilateral trade, since the US and EU have issued unilateral sanctions against the Iranian oil industry and financial institutions. The sanctions would ban any bank involved in oil trade with Iran from dealing with American and European counterparts.
Both India and China, two major buyers of Iranian oil accounting for 22 and 13 percent of its total export respectively, have refused to join such sanctions. This means they have to establish a reliable way of paying for crude, independently of the parts of the global financial system controlled by New York and London.
Delhi’s current plan is to effect payments through two state-owned banks, India’s UCO Bank and Turkey’s Halk Bankasi, Turkey being another country refusing to join the sanction spree.
The US issued sanctions against Iran in December, aiming to put pressure on the Islamic Republic and make its controversial nuclear program more transparent. The EU joined the initiative on Monday, banning new oil contracts with Iran, but allowing current ones to be fulfilled.
Australia on Tuesday became the latest country to voice plans for such an embargo, although the move would be more symbolic than practical, considering the country’s small share in Iran’s oil export.
Japan and South Korea, two other major buyers of Iranian crude, are in talks with Washington over the issue, although both Seoul and Tokyo are worried that stopping their imports could hurt their economies.
Iran, which is highly dependent on its sales of oil, is reacting to the sanction campaign nervously. Tehran says it will not yield to pressure, and threatens to block the Strait of Hormuz, a key oil tanker route in the Persian Gulf.
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 10:50 PM 0 comments
Friday, January 27, 2012
10 cara untuk meningkatkan kadar metabolisme
1. Bina otot-otot (build Muscle).Badan kita sebenarnya berterusan membakar kalori walaupun semasa kita berehat. kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.
2. Bersenam aerobik atau berjogging.Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.
3. Minum banyak air.Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain water). Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.
4. Campurkan ais dalam air.Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis.
5. Makan lebih kerap.Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat badan. Ambil snek setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajian menunjukkan jika seseorang mengamalkan snek mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam.
6. Pedaskan masakan anda.Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang boleh meninggikan kadar metabolisme.
7. Makan lebih protein.Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.
8. Minum kopi.Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan gula.
9. Minum teh hijau.Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau sehari membantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun.
10. Elakkan crash diet.Crash diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000 kalori sehari. Walaupun diet ini membantu mengurangkan berat badan namun sebenarnya pengurangan berat badan adalah daripada kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot berkurang, maka kadar metabolisme akan berkurangan. Akhirnya badan akan bakar kurang kalori malah akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet jika individu itu sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.
Selain daripada cadangan di atas, antara faktor yang meninggikan kadar metabolisme ialah:
1. Sesetengah individu mempunyai genetik metabolisme yang tinggi
2. Lelaki lebih banyak akan membakar kalori berbanding perempuan semasa berehat. (Ini disebabkan lelaki mempunyai lebih banyak otot, perempuan lebih banyak lemak-faktor hormon)
3. Kadar metabolisme akan menurun apabila usia mencapai 40 tahun ke atas.
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 8:10 PM 0 comments
Kolej swasta 'rompak' PTPTN pelajar secara senyap
Lebih 400 pelajar tahun akhir kolej tersebut dikenal pasti telah tertipu dengan tindakan pihak pengurusan kolej tersebut dan ia melibatkan wang bernilai hampir RM8 juta.
Berikutan perkara tersebut, wakil pelajar bertindak melaporkannya kepada pihak polis termasuk membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Namun, mereka telah diugut bahawa prestasi mereka akan terjejas sekiranya mereka tidak menarik balik segala bentuk laporan yang telah dibuat.
Salah seorang pelajar, yang hanya mahu dikenali sebagai Fiza, 24, berkata, pelajar yang terlibat sepatutnya menerima RM18,000 sebagai wang sara diri daripada jumlah keseluruhan pinjaman sebanyak RM56,000.
Namun menurutnya, mereka hanya menerima RM100 setiap semester dan pihak pengurusan sering berdolak-dalih setiap kali pelajar meminta baki wang yang sepatutnya.
"Kami dipaksa untuk tanda tangan borang pinjaman dan tidak diberi peluang untuk menyemak butir-butir pinjaman termasuklah terpaksa meniru tanda tangan ibu bapa kami.
"Ketika proses itu juga, kami dipaksa untuk menandatangani satu borang ‘tambahan’ yang tidak diketahui tujuannya dan hanya mengetahui borang tambahan tu sebenarnya borang kebenaran memotong duit PTPTN dari akaun kami setelah proses selesai,"katanya pada sidang media bersama PPIM di ibu negara semalam.
Dalam pada itu, seorang lagi pelajar, dikenali sebagai Lidiya, 21, pula mendakwa, berikutan dua laporan polis yang dibuat serta desakan yang dibuat, pihak kolej akhirnya bersetuju memberi lebihan pinjaman tersebut, namun sekali lagi dia telah ditipu.
Katanya, dia telah diminta menandatangani surat yang menyatakan dia telah menerima semua baki pinjaman dan tidak boleh menuntut apa-apa daripada pihak kolej sebelum cek boleh dikeluarkan.
"Namun, saya hanya menerima RM9,000 sahaja iaitu separuh daripada jumlah yang sepatutnya,"katanya.
Hadir sama pada sidang media ialah Pengarah Sekretariat Khas PPIM, Dr. Izham Nayan dan Pegawai Kerja PPIM, Mustafa Hamzah.
Sementara itu, Izham berkata, situasi yang berlaku amat mengecewakan dan beliau percaya jumlah pelajar yang menjadi mangsa lebih ramai daripada yang telah dikenal pasti.
Katanya, ia termasuk pelajar yang sudah tamat pengajian namun sehingga kini masih belum menerima baki wang pinjaman mereka, walhal dalam masa sama mereka perlu membayar balik pinjaman.
"Perkara ini memerlukan pemantauan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana dalam hal ini pihak kolej telah melakukan kezaliman terhadap pelajarnya sendiri,"katanya.
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 6:16 PM 0 comments
Thursday, January 26, 2012
Umrah MLM HARAM!
Dengan modal RM1,700, koperasi terbabit mempromosi jumlah berkenaan sudah mencukupi untuk umat Islam mengerjakan umrah dengan syarat mereka perlu menaja tujuh peserta lain untuk berada di bawah mereka.
Peserta terbabit juga disyaratkan mengeluarkan modal dalam jumlah sama dan ia berturutan menjadi rantaian tanpa had, malah pakej itu juga boleh dihadiahkan kepada sesiapa saja termasuk bukan ahli skim berkenaan.
Penolong Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), A Mogan berkata, pihaknya melakukan siasatan terhadap kegiatan koperasi itu selepas menerima aduan orang ramai.
“Siasatan awal setakat ini mendapati kegiatan mereka itu bertentangan dengan undang-undang. Antara kesalahan paling ketara ialah mereka tidak memiliki lesen untuk menganjurkan pakej umrah seperti yang dipromosikan,” katanya ketika dihubungi.
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 7:19 PM 0 comments
MAKLUMAT RISIKAN!!! BN hanya akan menang 5 negeri, Najib tak jadi bubar parlimen pada bulan Mac
Justeru itu, bagi meningkatkan kembali sokongan terhadap mereka, sumber itu juga turut menyatakan pilihanraya umum sudah pasti akan diadakan pada bulan Disember tahun ini.
Lima negeri tersebut adalah Sarawak, Sabah, Pahang, Terengganu dan Johor.
Manakala lain-lain negeri akan menyaksikan pertarungan sengit seperti Perak, Selangor, Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis.
Adalah dipercayai, maklumat ini adalah berdasarkan hasil kajian yang dilakukan oleh unit khas yang dilantik selain daripada maklumat risikan polis dan tentera sepanjang November hingga Disember tahun lalu.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dikhabarkan sudah memanggil kembali surat arahan pengosongan premis milik kerajaan seperti sekolah, balai raya dan dewan orang ramai yang dihantar akhir Disember tahun lalu.
Antara faktor yang menyebabkan pembubaran parlimen tidak diadakan pada bulan Mac seperti ramalan sesetengah pihak adalah kerana isu skandal Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) yang kini masih dalam siasatan pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain dari senarai calon pilihanraya yang masih belum dikemukakan kepada ibu pejabat Umno-APCO di PWTC.
Penangguhan rayuan kes fitnah liwat Anwar Ibrahim sehingga tiga bulan juga dikatakan antara faktor utama kerana pembebasan Anwar dilihat mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat setelah isu pemecatan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali kini selesai.
Najib selaku perdana menteri rejim telah dimaklumkan perkara ini dan meminta Umno-APCO mengemukakan laporan segera kepada ibu pejabat tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengembalikan semula sokongan yang terus merosot di sebalik pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedang dalam proses pengagihan.
Negeri-negeri yang menjadi tumpuan seperti Selangor dan Perak sudah diarahkan supaya mengadakan program lebih kerap termasuk turun padang setiap dua minggu sebagai langkah susulan meningkatkan lagi tahap penerimaan rakyat terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar yang memihak Pakatan Rakyat.
Menurut laporan itu lagi, jentera pilihanraya sudah diminta supaya bekerjasama dengan SPR bagi menambah senarai daftar pengundi termasuk memasukkan sekali nama isteri anggota penjawat awam seperti polis dan tentera sebagai pengundi pos bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.
Kelantan dan Pulau Pinang sudah dianggap gagal kerana laporan tersebut juga menyebut aliran sokongan kekal tidak berubah dengan negeri pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dijangka memperolehi kerusi hampir sama seperti pilihanraya umum Mac 2008 lalu.
Pulau Pinang pula kekal milik Pakatan Rakyat dengan dijangka penurunan sedikit majoriti undi di beberapa kawasan parlimen "panas" seperti Bukit Gelugor, Nibong Tebal, Bukit Mertajam dan Kepala Batas.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng dijangka tidak menghadapi masalah mempetahankan kerusi parlimen Bagan selain kekal memegang kerusi DUN Air Putih dengan sedikit penurunan majoriti tetapi masih dalam keadaan selamat.
Perak dijangka kembali kepada Pakatan Rakyat dengan mandat lebih besar berbanding pilihanraya umum Mac 2008, dengan menyaksikan pertambahan kerusi DUN daripada 31 pada empat tahun lalu kepada 37 kerusi, selain berupaya menguasai 13 kerusi parlimen daripada 23 kerusi yang terdapat di negeri tersebut.
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 7:14 PM 0 comments
Wednesday, January 25, 2012
Gempa bumi besar diramal gegar Tokyo waktu terdekat
Laporan BBC memetik penyelidik-penyelidik dari Universiti Tokyo berkata, kajian pihaknya menunjukkan ada kebarangkalian 75 peratus gempa bumi pada skala tujuh akan melanda rantau itu.
Kerajaan Jepun berkata kemungkinan kejadian itu adalah 70 peratus dalam 30 tahun akan datang.
Amaran ini dikeluarkan tidak sampai setahun selepas wilayah timur laut Jepun dilanda gempa bumi dan tsunami, dan disusuli dengan krisis nuklear.
Kali terakhir Tokyo dilanda gempa bumi besar adalah pada 1923, pada skala 7.9 menyebabkan lebih 100,000 orang terbunuh, kebanyakannya akibat kebakaran.
Penyelidik-penyelidik di institut kajian gempa bumi di Universiti Tokyo itu membuat ramalan ini berdasarkan peningkatan kejadian gegaran di Tokyo susulan malapetaka berganda pada 11 Mac lalu.
Menurut mereka, berbanding dengan tahun-tahun yang normal, peningkatan gegaran yang dikesan di kawasan metropolitan Tokyo adalah lebih kali ganda.
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 5:37 PM 0 comments
Tel Aviv, destinasi popular golongan gay
SEORANG pondan membuat persembahan pada satu parti gay di Tel Aviv pada 7 Januari lalu. |
Di bandar raya Israel ini, pasangan gay boleh berjalan sambil berpegangan tangan malah, mereka turut dibenarkan bercium di tempat awam.
Selain itu, iklimnya yang nyaman ditambah dengan pelbagai hiburan malam serta kempen berterusan oleh pemerintah banyak membantu menjadikan bandar raya ini sebagai syurga dunia gay.
Pihak dewan bandar raya di sini pula membelanjakan sekitar AS$100,000 (RM310,500) atau lebih dua pertiga bajet pemasaran antarabangsa bagi memancing kedatangan pelancong gay.
"Kami cuba menjadikan bandar raya ini bandar raya contoh dengan mengamalkan keterbukaan, pluralisme dan toleransi," kata Datuk Bandar Tel Aviv, Ron Huldai.
Menurutnya, puluhan ribu pelancong gay dari luar negara berkunjung ke bandar raya ini pada setiap tahun.
Tel Aviv juga diumumkan sebagai bandar raya gay paling terbaik di dunia pada 2011 selepas ia memenangi tempat pertama pada satu pertandingan antarabangsa. - Agensi
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 5:30 PM 0 comments
Calon pilihan raya Gabenor Aceh jalani ujian baca al-Quran
Dalam ujian yang dikendalikan Suruhanjaya Bebas Pilihan Raya (KIP) di Masjid Raya Baiturrahman itu yang dilakukan di khalayak umum dan disiarkan secara langsung menerusi siaran Radio Republik Indonesia (RRI) Banda Aceh, kesemua mereka lulus.
Ketiga-tiga pasangan calon itu ialah Zaini Abdullah-Muzakir Manaf dari Parti Aceh serta Fakhrulsyah Mega-Zulfinar dan Hendra Fadli-Yuli Zuardi Rais dari parti bebas.
Hakim dalam ujian bacaan al-Quran daripada Majlis Ulama Aceh dan Lembaga Pengembangan Tilawatil Quran (LPTQ) menilai peserta daripada segi cara membaca, adab membaca dan kefasihan bacaan.
Kemahiran membaca al-Quran adalah syarat wajib bagi calon yang akan bertanding dalam pilihan raya gabenor dan timbalan gebenor serta calon pegawai daerah dan penolong pegawai daerah, sejak Aceh melaksanakan undang-undang syariah pada tahun 2003.
Ketiga-tiga pasangan calon yang menjalani ujian bacaan al-Quran semalam adalah calon yang baru mendaftarkan diri selepas KIP membuka semula pendaftaran sebagaimana perintah Mahkamah Perlembagaan Indonesia pada 17 Januari lalu.
Sebelum ini, KIP telah menerima pendaftaran empat pasangan calon untuk bertanding dalam pilihan raya itu, yang telah dijadualkan semula untuk diadakan pada 9 April.
Pasangan calon lain sudah pun lulus dalam ujian yang sama, selepas pendaftaran mereka. - BERNAMA
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 5:19 PM 0 comments
Harga Minyak Dunia 2012 Naik Mendadak Jika Sekatan Minyak Ke Atas Iran Diteruskan?
Sumber Beritasemasa
Sebab utama sekatan minyak dibuat pastinya tidak lain dan tidak bukan kedegilan Iran menghentikan program nuklear mereka, apatah lagi baru-baru ini Israel terus memberikan tekanan kepada kerajaan pimpinan Barack Obama kerana tidak sabar dengan Barack Obama yang masih lagi tidak melancarkan serangan terhadap Iran.
Di mana melalui sebuah akhbar kepunyaan kaum Yahudi di Amerika mengesyorkan anggota Mossad supaya membunuh Barack Obama, supaya akhirnya nanti timbalan presiden yang lebih cenderung untuk mengikut telunjuk Israel dilantik sebagai presiden dan kemudian melaksanakan apa yang dinamakan “pre-emptive strike” terhadap loji nuklear Iran.
Terdesaknya pelobi-pelobi perang, golongan elit Yahudi dan pro Zionis di sana untuk memulakan perang pastinya akan menyebabkan berlaku malapetaka yang sukar digambarkan, keadaan di Timur Tengah akan musnah oleh api peperangan!
Begitulah apa yang berlaku di Iraq, bermula dengan tuduhan tentang WWD Iraq, kemudian sekatan-sekatan yang memusnahkan ekonomi, akhirnya apa jadi? Lihat negara Iraq sekarang ini setelah “dilanyak” oleh Amerika dan Britain, akhirnya Israel Laknatullah tepuk tangan.
Modus operansi yang sama jugalah yang mereka mahu lakukan terhadap negara Iran.
- Bermula dengan pelbagai tuduhan
- Sekatan yang melumpuhkan ekonomi
- Akhirnya serangan akan dilakukan
- Begitulah cara Yahudi Zionis untuk mengekalkan status quo mereka sebagai kuasa tunggal di Timur Tengah!
- Manakala golongan Yahudi Zionis di Amerika tanpa berselindung dan tanpa rasa malu menggunakan pengaruh mereka mendesak Amerika untuk berperang bagi pihak mereka, dengan itu mengurangkan risiko terhadap Israel.
- Sebab itulah juga dengan angkuhnya mereka mendesak Netanyahu menyuruh Mossad membunuh Obama. (laporan berita : Uproar after Jewish American newspaper publisher suggests Israel assassinate Barack Obama)
Hakikatnya apa yang diperhatikan sekarang ini, walaupun Obama bukanlah wira bagi sebilangan besar masyarakat Islam, tapi sekurang-kurangnya cara appeasement beliau yang hanya melancarkan serangan-serangan drone kepada sasaran tertentu seperti di Pakistan dan juga Afghanistan , sebenarnya adalah untuk meredakan desakan pro Israel untuk melancarkan perang yang lebih besar, khususnya terhadap Iran.
Kalau diikutkan cara Barack Obama ini :
- Tetap membangkitkan kemarahan kepada umat Islam, tetapi pada skala yang kecil kerana apa yang kami lihat taktik appeasement yang digunakan Barack Obama sekarang ini sekurang-kurangnya dapat memuaskan sedikit hati golongan pro Zionis yang terlalu kemaruk menyuruh Amerika berperang dengan skala yg lebih besar!
- Dengan cara & taktik ini Obama akan mengatakan bahawa dia sedang melakukan sesuatu, walaupun bukan kepada sasaran utama Pro Zionis ketika ini iaitu Iran
- Negara-negara Eropah mengenakan sekatan minyak ke Iran (nadi ekonomi Iran)
- Tetapi, Teheran mengugut ia akan menutup Selat Hormuz, yang digunakan sebagai laluan satu per lima bekalan minyak dunia,
- Manakala pegawai-pegawai Amerika Syarikat (AS) memberi amaran yang negara-negara Eropah menggunakan kekuatan mereka bagi memastikan perairan itu kekal dibuka kepada laluan antarabangsa
Antara keputusan Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini :
- sekatan minyak yang diputuskan oleh menteri-menteri luar Kesatuan Eropah (EU) secara dramatik
- EU memutuskan bahawa tidak harus ada sebarang kontrak minyak antara anggota EU dan Iran selepas Julai 2012
- EU juga membekukan aset-aset bank pusat Iran dan mengharamkan transaksi emas, logam-logam berharga dan berlian
Gelombang Kenaikan Harga Minyak Dunia 2012?
Apa yang boleh kami katakan di sini, tindakan seperti akhirnya nanti akan bukan sahaja memakan diri mereka sendiri, malahan negara-negara lain akan turut terkena “tempiasnya”. Secara kolektifnya, sekitar 18% destinasi minyak Iran sampai ke negara Eropah. Apabila diambil kira harga minyak di Eropah didagangkan dalam matawang Eropah menunjukkan harga pernah berada di kemuncak pada tahun 2008? (Yang menyebabkan pada masa itu jugalah kerajaan Malaysia menaikkan harga minyak terlalu tinggi secara mendadak)
Apa Yang Akan Terjadi Akhirnya Nanti?
- Bekalan minyak ke Eropah berkurangan, minyak naik
- Jikalau Iran tembak kapal minyak lalu selat hormuz, besar kemungkinan minyak milik Arab Saudi banyak yang tidak akan sampai ke destinasi
- Harga minyak akan melambung tinggi. Akhirnya banyak negara akan terkesan
- Jadi adakah ini permainan dan wayang Amerika + sekutu untuk serang Iran atas alasan untuk menjamin kestabilan + kesejahteraan dunia?
Untuk berperang dengan Iran tidak semudah ketika berperang dengan Iraq dan Afghanistan. Jadi, untuk masa terdekat ini, cara nak dapatkan duit mudah, menimbulkan pelbagai spekulasi untuk berperang. (Dapat lah mereka tambahan US$30 – US$40 untuk setiap tong).
Tetapi adakah mereka terlepas pandang, terhadap negara-negara yang tak setuju dengan tindakan ini, pasti ada jalan untuk memberikan tekanan dan memaksa EU menarik baik “tindakan kurang cerdik” seperti ini.
Kalau diiukut rekod sekarang ini, sudah beberapa kali Iran dikenakan sekatan ekonomi, rakyat mereka pastinya sudah bersedia dengan bahana ini tetapi yang menjadi persoalannya sekarang ini mampukah rakyat dari negara-negara Eropah sanggup menghadapi kenaikan harga minyak dunia yang melampau?
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 4:55 PM 0 comments
Tuesday, January 24, 2012
Lawak Antarabangsa 2012
Sumber FB
2. Submarine commission RM500mil
3. Sime Darby RM964mil
4. Paya Indah Westland RM88mil
5. Posmalaysia (transmile) RM230mil lost
6. Eurocopter deal RM1bil wasted?
7. Terengganu Stadium Collapsed RM292mil
8. MRR2 repair cost RM70mil
9. Maybank Overpaid BII RM4bil
10. Tourism -NYY kickback RM10mil
11. 3 paintings bought by MAS—————– RM 1.5M
12. Overpayment by Sport Ministry————- RM 8.4M
13. London 's white elephant sports complex —- RM 70M
14. MRR2 Repairs—————————— RM 70M
15. MATRADE repairs ————————– RM 120M
16. Cost of new plane used by PM————– RM 200M
17. InventQ irrecoverable debt —————- RM 228M
18. Compensation for killing crooked bridge —– RM 257M
20. Lost in selling Augusta ——————— RM 510M
21. Worth of AP given out in a year ———— RM 1.8B
22. Submarines (future Muzium Negara artifacts)- RM 4.1B
23. PSC Naval dockyard ———————— RM 6.75B
24. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1
billion loss (RM3.2 billion in 2008 ringgit)
25. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s is believed to have cost some US$500 million. (RM1.6 billion)
26. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia RM30 billion in the 1990s.
27. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million (RM2.56 billion).
28. Use of RM10 billion public funds in the Valuecap Sdn. Bhd. operation to shore up the stock market
29. Banking scandal of RM700 million losses in Bank Islam
30. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million (RM 348 million) Same as No:20?
31. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu RM7.4 billion from 2004 – 2007
32. For the past 10 years since Philharmonic Orchestra was established, this orchestra has swallowed a total of RM500 million.Hiring a kwai-lo CEO with salary of more than RM1 M per annum !!
33. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (women and social development affairs) RM404,726 and Abdul Hamid Othman (religious) RM549,675 per annum
34. The government has spent a total of RM3.2 billion in teaching Maths and Science in English over the past five years. Out of the amount, the government paid a whopping RM2.21 billion for the purchase of information and computer technology (ICT) equipments which it is unable to give a breakdown. Govt paid more than RM6k per notebook vs per market price of less than RM3k through some new consortiums that setup just to transact the notebook deal. There was no math & science content for the teachers and the notebooks are all with the teachers' children now.
35. The commission paid for purchase of jets and submarines to two private companies Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted to RM910 million. Expanding on No 2?
36. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion"Crooked Scenic Half-Bridge"
37.RM1.3 billion have been wasted building the white elephantCustoms, Immigration and
Quarantine (CIQ) facilities on cancellation ofthe Malaysia-Singapore scenic bridge
38. RM 100 million on renovation of Parliament building and leaks
39. National Astronaut Programme – RM 40 million
40. National Service Training Programme – yearly an estimate of RM 500 million
41. Eye of Malaysia – RM 30 million and another RM5.7 million of free ticket
42. RM 2.4 million on indelible ink
43. Samy announced in September 2006 that the government paid compensation amounting to RM 38.5 billion to 20 highway companies. RM380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from the toll hike in 2008 alone.
44. RM32 million timber export kickbacks involving companies connected to Sarawak Chief Minister and his family.
45. Two bailouts of Malaysia Airline System RM7.9 billion. At a time when MAS incurring losses every year, RM1.55 million used to buy three paintings to decorate its chairman's (Munir) office.
Expanding on No:11
46. Putra transport system bailout which cost RM4.486 billion.
47. STAR-LRT bailout costing RM3.256 billion.
48. National Sewerage System bailout costing RM192.54 million.
49. Seremban-Port Dickson Highway bailout costing RM142 million.
50. Kuching Prison bailout costing RM135 million.
51. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bailout costing RM8.3 million.
52. Le Tour de Langkawi bailout costing RM 3.5 Million.
53. Wholesale distribution of tens of millions of shares in BursaMalaysia under guise of NEP to cronies, children and relatives of BN leaders and Ministers worth billions of ringgits.
54. Alienation of tens of thousands of hectares of commercial lands and forestry concessions to children and relatives of BN leaders and Ministers worth tens of billions of ringgits.
55. Since 1997, Petronas has handed out a staggering 30 billion ringgit in natural gas subsidies to IPPs who were making huge profits.In addition, there were much wastages and forward trading of Petronas oil in the 1990s based on the low price of oil then. Since the accounts of Petronas are for the eyes of Prime Minister only, we have absolutely no idea of the amount.
56. RM5700 for a car jack worth RM50
57. Government-owned vehicle consumed a tank of petrol worth RM113 within a few minutes
58. A pole platform that cost RM990 was bought for RM30,000
59. A thumb drive that cost RM90 was bought for RM480
60. A cabinet that cost RM1,500 was bought for RM13,500
61. A flashlight that cost RM35 was bought for RM143
62. Expenses for 1 Malaysia campaign paid to APCO?
63. RM17 billion subsidy to IPP
64. USD24 million diamond ring for Ro$mah --- cancellation of order -- how much compensation???
Posted by Suhaimi at 1:56 PM 0 comments
Monday, January 23, 2012
Nik Aziz sedia isytihar harta jika diwajibkan
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, isu pengisytiharan harta baginya adalah benda kecil berbanding apa yang disebutnya 'pengisytiharan taqwa' kepada Allah SWT.
“Nak isytihar harta itu perkara yang kedua, yang penting sekali isytihar ketaqwaan diri, sejauhmana diri kita taqwa kepada Allah, di sini silapnya golongan sekular.
“Tapi saya tak ada harta, istihar apa yang ada sajalah ada tanah sekeping dua peninggalan orang tua dulu,”ujarnya sambil ketawa kecil.
Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan tentang kesediaannya berbuat demikian jika ianya disyaratkan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebelum ini mencadangkan semua anggota pentadbiran persekutuan termasuk anggota kabinet membuat pengisytiharan harta kepada suruhanjaya itu.
Manakala, satu salinan perisytiharan itu pula perlu diserah kepada Perdana Menteri.
Mengulas lanjut, Tuan Guru berkata, perisytiharan harta belum tentu menjamin seseorang itu bebas dari segala rasuah dan salah guna kuasa.
Apa yang penting katanya, pengistiharan taqwa yang merupakan kunci kepada sifat amanah dalam diri manusia.
“Apa akan berlaku sekiranya seorang hakim yang tidak ada rasa taqwa, sudah tentu dia akan terlibat dengan rasuah, begitu juga seorang anggota polis atau keselamatan yang lain tidak ada nilai ketaqwaan, sudah tentu mereka akan terlibat dengan rasuah,”ujarnya.
Begitu juga seorang alim ulama yang tidak bertaqwa, golongan ini akan membuat keputusan yang tidak sama terhadap satu perkara khususnya berkenaan haram atau halal.
Katanya, cadangan pengistiharan harta sudah lama, bagaimanapun ianya masih gagal berikutan hingga kini masih berlaku kegiatan rasuah dan salahlaku lain.
Tegasnya, sekiranya ia wajib menurut undang-undang, beliau juga akan meminta anggota-anggota exco kerajaan negeri berbuat demikian.
Terdahulu, beliau menyempurnakan Penyampaian Watikah Perlantikan Penghulu Negeri Kelantan, di Putik, di sini tengah hari tadi.
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 8:37 AM 0 comments
Najib Dan Rosmah Dicabar Saman Akhbar Australia Jika Ia Satu Fitnah
Semalam, akhbar Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan isteri Perdana Menteri itu berbelanja sehingga A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.
Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, jika sekali lagi akhbar Australia membuat laporan tidak benar mengenai tabiat berbelanja mewah Datin Seri Rosmah Mansor, maka satu tindakan undang-undang perlu diambil terhadap akhbar dan sumber berita akhbar tersebut.
"Jika Rosmah dan Najib enggan berbuat demikian, ia memberikan gambaran kepada rakyat bahawa apa yang dilaporkan itu betul seperti yang berlaku apabila Najib enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap begitu banyak akhbar di serata dunia yang pernah mendakwa tentang kaitan beliau dengan kes Altantuya Shaariibuu.
"Kalau banyak kali sangat dilihat takut mengambil apa-apa tindakan undang-undang, rakyat akan percaya apa yang dilaporkan mengenai Najib dan keluarganya itu benar," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Sebelum ini, akhbar Australia yang lain membuat laporan yang didakwa tidak benar mengenai tabiat berbelanja Rosmah tetapi Najib dan keluarganya tidak pula mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap akhbar itu.
"Rakyat yang berfikiran waras sudah tidak tahan lagi melihat wujudnya watak seperti itu di negara ini yang mengingatkan mereka kepada Laila Trabelsi, wanita yang mengambil kesempatan atas kedudukannya sebagai isteri Presiden Tunisia," kata Mahfuz lagi merujuk kepada isteri Zine El Abidine Ben Ali yang dihambat dari kekuasaannya oleh kebangkitan rakyat tahun lalu.
Perlu disiasat
Bagaimanapun, kata Mahfuz, jika laporan akhbar Australia itu memang benar berlaku dan bukan rekaan semata-mata, satu siasatan terperinci tentang kehidupan mewah isteri Perdana Menteri itu mesti dijalankan segera.
"Mesti disiasat dari mana sumber kewangannya sehingga Rosmah dilaporkan begitu bermewah-mewah dalam kehidupannya sehingga dilihat melebihi dari kemampuan isteri seorang Perdana Menteri," kata beliau sambil membangkitkan Bernama sebelum ini pernah melaporkan Rosmah menderma RM1.5 juta kepada Tabung Gaza.
Apa yang berlaku itu, kata Mahfuz, memperlihatkan Rosmah mempunyai kekayaan yang sangat luar biasa yang menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Beliau juga menggesa supaya Najib dan Rosmah serta anggota kerajaan dan keluarga masing-masing segera mengisytiharkan harta mereka.
"Jangan lagi membuat pelbagai alasan yang menipu rakyat untuk mengelakkan harta mereka diisytiharkan," katanya. -HD
Fakta yang perlu anda tahu.
Tahukan anda pendedahan oleh sebuah akhbar luar negara menyatakan rosmah membelanjakan sejumlah RM325,000 hanya untuk membeli pakaian, jumlah tersebut jika diagih-agihkan sebanyak RM500 melalui baucar gula-gula pilihanraya 1 malaysia ia boleh diberi kepada 650 orang penerima.
Ini bermaksud jika rosmah menggunakan wang rakyat bagi tujuan itu, dia telah mengambil hak 650 orang rakyat yang layak menerima gula-gula pilihanraya tersebut.
klik untuk baca
Posted by Suhaimi at 8:22 AM 0 comments
Thursday, January 19, 2012
45 Dalil Tolak Umno
A. Presiden DAP B. Presiden PAS C. Presiden UMNO
2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk
judi?
A. DAP B. PAS C. UMNO
3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?
A. DAP B. PAS C. UMNO
4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?
A. DAP B. PAS C. UMNO
5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini?
A. DAP B. PAS C. UMNO
6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985?
A. DAP B. PAS C. UMNO
7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?
A. Negeri UMNO B. Negeri PAS (Kelantan)
8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ?
A. UMNO/BN B. PR
9. Siapakah yg me'lego' telaga minyak pada Brunai berjumlah 300 billion ?
A. PAS B. DAP C. UMNO
10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ?
A. PAS B. DAP C. UMNO
11. Siapakah yg memberi arah supaya menyumbat ke dalam ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu ?
A. Presiden PAS B. Presiden DAP C. Presiden UMNO
12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ?
A. PAS B. DAP C. UMNO
13. Siapa yg menolak hukum islam selama ini ?
A. PAS B. DAP C. UMNO
14.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?
A. PAS B. DAP C. UMNO
15. Siapakah yang menghapuskan kekebalan dan kuasa Raja Raja melayu sehinggakan boleh dibicarakan Raja2 di Mahkamah?
A. PAS B. DAP C. UMNO
Dan soalan cepu emas siapakah bela lembu dalam kondo
A. Anwar B Nik Aziz C Kak Ijat
16. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999? (Negeri Terengganu itu majoriti penduduknya adalah Melayu)
17. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?
18. Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)?
19. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?
20. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?
21. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?
22. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?
23. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.
24. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?
25. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT? Dari 54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, 52 billion lagi lesap di telan pentadbiran UMNO.
27. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?
28. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?
29. Siapa yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’ bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?
30. Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002?
31. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat biasiswa?
32. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman PTPTN dengan kadar 4%?
33. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain-lain?
34. Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan
bandar-luar bandar semakin melebar?
35. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti-universiti?
36. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?
37. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?
38. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?
39. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu?
40. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist Islam dan mengwar-warkan perkataan “Sindrom Qiamulail” kepada anak-anak yang bersekolah ketika itu?
41. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu
atau setengahnya berkubur tanpa nesan?
42. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?
43. Siapa yang kekang akta-akta maklumat, Auku dan pandangan kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?
44. Siapa yang naikkan harga petrol, diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?
45. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 4:59 PM 0 comments
Perisytiharaan harta Menteri 'bahaya' kata Nazri
"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan.
"Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka,” kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.
Ditanya mengenai ‘bahaya’ yang dimaksudkannya, beliau berkata pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka.
Nazri bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut perkara berkenaan.
Semalam, pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet tidak lama lagi akan diwajipkan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara prinsip telah bersetuju dan berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Minggu lalu, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka manakala Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria juga membayangkan semua hakim juga akan dikehendaki berbuat demikian.
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 4:48 PM 0 comments
Permainan 'Aku Jimat' mirip Rosmah di pasaran
MKI:Pengguna alat elektronik Apple - iPod, iPad dan iPhone - kini boleh mempelajari beberapa petua tentang bagaimana untuk berjimat untuk masa depan berdasarkan satu permainan yang dipercayai diilhamkan dari watak isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Permainan versi 1.1 Aku Jimat boleh didapati di App Store sejak 17 Januari lalu. Ia memaparkan watak kartun yang mirip Rosmah, termasuk gaya rambutnya. Permainan ini mengajak pengguna supaya ‘menyimpan wang’ untuk membolehkan mereka ‘membeli-belah’.
Pengusaha permainan Antartica Group berkata, permainan ini adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung” sejak kecil dan “lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan”.
Dengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000).
Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$ 24 juta (RM74 juta).
Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan.
Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom.
Posted by Suhaimi at 4:44 PM 0 comments
Monday, January 16, 2012
Tarikh Pilihanraya Ke 13 Di Tangan Najib Razak? Tapi Datuk Najib Masih Belum Bersedia
Ramai pasti yang tertanya bilakah tarikh Pilihanraya Umum Ke 13. Ramai pemerhati politik mengatakan yang pilihanraya umum 13 bakal jatuh pada tahun 2012. Itu sudah hampir pasti. Tetapi yang jadi persoalan. Bilakah tarikh yang sebenar-benarnya?
Memang daripada dulu lagi kalau dah namanya Perdana Menteri Malaysia, sudah jadi amalan di Malaysia tarikh pilihanraya umum akan menjadi hak mutlak kepada seorang yang bergelar Perdana Menteri Malaysia, kalau sekarang pastilah kuasanya diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menentukannya “tarikh keramat” tersebut. Ia tidak boleh dikongsikan dengan rakyat Malaysia sendiri apatah lagi terhadap pembangkang jauh sekali.
Pilihanraya secara umumnya akan berlangsung 5 tahun sekali. Tidak kira di negara-negara jiran kita sehinggalah ke negara maju :
- Thailand
- Filipina
- Indonesia
- Jepun
- China
- Britain
- Amerika
Mereka akan umumkan tarikh pilihanraya umum jauh lebih awal iaitu sekurang-kurangnya setahun daripada berlangsung pilihanraya umum di negara mereka.
Apa Yang Bagusnya Kalau Diumumkan Lebih Awal Pilihanraya Umum?
- sekurang-kurangnya supaya semua pihak dapat mempersiapkan diri dan jentera sebaiknya
- ini lebih adil kepada semua parti-parti yang bertanding
- termasuklah perkara yang melibatkan perancangan perkara besar termasuklah kos yang sangat tinggi
- rakyat sendiri pun lebih mudah untuk “merancang”
Sebenarnya, apabila tibanya pilihanraya umum ke 13 nanti semua kita di sini yang bergelar rakyat Malaysia merangkap pengundi adalah juga merupakan pemegang saham (shareholder) kepada sebuah syarikat yang bernama Malaysia. Manakala menteri-menteri serta wakil rakyat, baik daripada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat adalah ahli lembaga pengarah dan Perdana Menteri diibaratkan sebagai pengarah.
- Anda-anda semua ini yang merupakan “pemegang saham” mempunyai kuasa melalui saham (undi) dalam perlantikan ahli lembaga Pengarah sesebuah syarikat.
- Dan dengan saham (undi) itu jugalah mampu menukar pengarah mahupun ahli lembaga pengarah yang tidak menunjukkan prestasi yang baik
Kalau sebelum ini, ramai pemerhati politik mengatakan termasukklah akhbar Reuters sendiri buat ramalan pilihanraya umum ke 13 akan berlangsung sekitar bulan Mac 2012 ini.
Ramalan Tarikh Pilihanraya ke 13 (PRU). Antara Faktor Yang Diberikan Mereka :
- Malaysia sebenarnya sedang berdepan dengan ekonomi yang semakin lesu
- Berlakunya pergeseran dalaman Umno sendiri yang semakin ketara (mesti diadakan sebelum pemilihan UMNo yang dijangka awal tahun 2013)
- pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II
Walaubagaimanapun, berita terbaru melalui laporan Wall Street Journal (WSJ) menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak belum lagi bersedia untuk membuat pilihanraya umum ke 13 selagi tranformasi ekonomi yang ingin beliau laksanakan belum lagi berjaya.
2 petikan daripada kenyataan Datuk Seri Najib Razak kepada Wall Street Journal (WSJ) yang menarik perhatian kami :
“You can have all the polling numbers but you must have the sense that this is the right time.
“I hope it will be the right time soon enough, but we still have to deliver on our promises and it’s important for people to have the feeling that the reforms we have promised will actually benefit them,” he said.
Rupanya lambat lambat lagi ilham Perdana Menteri untuk mendapatkan tarikh pilihanraya umum ke 13 yang sesuai. Dan hati kecil kami juga merasakan yang pilihanraya umum ke 13 tidak akan dijalankan dalam masa yang terdekat iaitu bulan Mac 2012 ini
- PRU mustahil sebelum 15 April 2012 sebab baucer BR1M hanya sah sampai 15 April 2012. Kalau buat PRU sebelum 15 April 2012, kerajaan akan bertukar, polisi akan bertukar dan baucer BR1M tidak boleh ditunaikan lagi kerana BR1M itu janji BN bukan janji pembangkang
- Kami belum dengar lagi arahan cuti dibekukan untuk Polis buat masa ini
- Walaubagaimanapun, terdapat cakap-cakap dikalangan SPR memberikan gambaran pilihanraya umum ke 13 tidak akan didakan pada bulan MAC, dan sebenarnya tak perlu tunggu cuti sekolah juga
- Tetapi yang pastinya SPR pun dah mula bersedia apabila tempoh parlimen dah masuk usia 4 tahun
Itu hanya beberapa perkiraan yang diambil oleh kami buat masa ini. Yang hampir pastinya, pilihanraya umum ke 13 akan dijalankan pada tahun ini.
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 9:13 PM 0 comments
Syed Mokhtar Al-Bukhary kuasai Proton
Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar sebelum ini berkata, dana tersebut akan menjual keseluruhan blok saham Proton, dan sekiranya ia terjadi, maka akan berlakunya penawaran awam.
Pihak yang bertanggungjawab terhadap pembelian tersebut ialah Pengerusi Proton Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh , dan DRB Hicom, manakala beberapa pihak lain dikatakan adalah Naza Group, dan rakan kongsi bersama Sri Arumugam Apavoo Packiri dan Gerald Lopez of Genii Capital. UMW Holdings Bhd,Sime Darby Bhd dan Tan Chong Motor Holdings Bhd menafikan dakwaan mereka mempunyai minat terhadap Proton.
DRB-Hicom telah menyerahkan bidaan tersebut kepada pembuat kereta nasional itu pada 9 Januari lalu.
“DRB-Hicom melihat Proton Holding Berhad sebagai pemain industri automotif yang penting dan DRB-Hicom sentiasa menunggu peluang untuk mengambil peluang yang bermanfaat untuk mengembangkan perniagaan,” menurut DRB-Hicom sebagai respon ketika bursa saham.
Laporan berita terdahulu memetik penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Khazanah Nasional akan menjual kepentingan 42.7 peratusnya dalam Proton kepada DRB Hicom. Dia juga berkata dia menentang tawaran awam untuk semua saham jika DRB Hicom memenangi tawaran tersebut.
Arkitek projek kereta nasional itu telah bekerja keras sejak 1980an sebaik sahaja menjadi perdana menteri dan memastikan identiti Ptoron terpelihara dengan memastikan rakyat tempatan menguasai syarikat tersebut.
Posted by Suhaimi at 9:04 PM 0 comments
Hang Tuah, Hang Li Po TIDAK WUJUD : Prof Khoo Kay Kim
Dalam tempoh itu juga terdapat legenda terkenal lima pahlawan bersaudara kepada Sultan, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Ia adalah sebuah kisah persahabatan dan kesetiaan, di mana setiap rakyat Malaysia telah mendengarnya.
Walau bagaimanapun, ahli sejarah yang terkenal Prof Khoo Kay Kim telah memberitahu stesen radio BFM pagi ini bahawa Hang Li Po dan lima pahlawan-pahlawan tersebut tidak pernah wujud.
Bercakap kepada FMT kemudiannya, beliau menjelaskan: "Dinasti Ming di China pada abad ke-16 tidak mempunyai sebarang rekod tentang mereka. Rekod ini adalah rekod yang dipelihara dengan sangat baik."
Canselor kepada Kolej KDU ini juga berkata beliau telah membaca penulisa dua ahli sejarah Barat dan satu lagi sejarah terkemuka Wang Gung Wu berkaitan rekod Ming yang tidak ada menyebut mana-mana watak tersebut.
"Sejarah mestilah berdasarkan rekod empirik. Ahli-ahli sejarah hanya perlu menerima rekod yang bertulis," katanya, sambil menambah bahawa rekod empirik yang boleh didapati di sini adalah lebih kepada "skanky ".
"Tidak ada bukti dalam rekod-rekod di Malaysia," katanya. "Ini adalah sekadar cerita-cerita. Sejarah awal Malaysia adalah berdasarkan cerita."
"Kita mempunyai banyak cerita. Hanya baru-baru ini pengkaji sejarah telah bersusah payah untuk membuat penyelidikan berkaitan tempoh awal sejarah Malaysia. Banyak cerita-cerita yang diterima sebelum ini tidak dapat dibuktikan," katanya.
Khoo juga memberitahu FMT bahawa terdapat khabar angin bahawa kerajaan Melaka telah diasaskan pada tahun 1292 walaupun terdapat rekod-rekod yang membuktikan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-15.
Beliau menambah bahawa kerajaan telah mengarahkan jawatankuasa sukatan pelajaran melalui sukatan pelajaran sejarah sekolah untuk membetulkan kesilapan-kesilapan tersebut.
Sukatan pelajaran ini, kata Khoo, akan diperkenalkan pada tahun 2014.
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 9:01 PM 0 comments
Sunday, January 15, 2012
Pakatan akan hapuskan tol jika tawan Putrajaya
“Kita akan ringankan beban rakyat dengan mengambil tindakan terhadap konsesi tol macam Projek Lebuhraya Utara Selatan.
“Kos pembinaan PLUS ialah RM6 bilion. Kutipan tol dan ganti rugi dari kerajaan 24.3 bilion. Untung buta 18 bilion,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar petang ini.
Beliau menambah Pakatan Rakyat akan turut mengambil tindakan terhadap syarikat kroni Barisan Nasional sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan beban ekonomi kepada rakyat.
Lim menambah bahawa tindakan terhadap konsesi yang merupakan kroni BN telah pun dibincangkan bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
`Jasad dan nyawa’
Sementara itu Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk benar – benar menjadi wakil majoriti suara kesederhanaan.
“Jika benar Umno dan BN mewakili suara kesederhanaan, tarik balik kata-kata “walau bercerai jasad dan nyawa, kita akan pertahankan kuasa di Putrajaya.”
Najib dilaporkan berkata demikian dua tahun lalu semasa perhimpunan agung Umno.
“Ini bukan kesederhanaan. Jika sederhana, terimalah keputusan rakyat,” kata tokoh veteran DAP tersebut.
Beliau turut mencabar Najib menjalankan proses transformasi terhadap akhbar Utusan Malaysia.
Pakatan janji hapuskan kapitalisme kroni
ALOR SETAR, 14 JAN: Kerajaan Pakatan Rakyat berjanji untuk memansuhkan ekonomi kapitalisme kroni yang hanya menguntungkan syarikat-syarikat kroni dan membebankan rakyat.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, sebagai ganti, Pakatan Rakyat akan memperkenalkan dasar ekonomi yang berjiwa rakyat dan memartabatkan rakyat.
“Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol Lebuhraya Utara-Selatan apabila kita mengambil alih Kerajaan Persekutuan.
“Kita juga akan mengkaji semula Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Penjana Tenaga Elektrik Bebas (IPP) yang jelas berat sebelah,” katanya di Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di sini hari ini.
Menurutnya, masalah besar akibat ekonomi kapitalisme kroni telah dipupuk oleh kerajaan Barisan Nasional di mana subsidi gas berjumlah RM20 bilion setahun diberi kepada syarikat-syarikat IPP melalui perjanjian berat sebelah.
Begitu juga syarikat-syarikat konsesi tol lebuh raya dibenarkan untuk meningkatkan kadar tol secara berkala sepanjang tempoh konsesi yang panjang, walau pun kebanyakan daripada mereka sudah pun mengaut keuntungan yang jauh melebihi pelaburan asal, tambah beliau.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, setakat 31 Disember 2010, pengendali tol bagi Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) telah membelanjakan RM5,945 juta untuk pembinaan NSE tetapi sudah menerima RM24,266 juta dalam kutipan tol dan pampasan kerajaan.
“Dalam kata lain, pengendali tol NSE telah mencatatkan keuntungan lebihan sebanyak RM18,321 juta setakat 31 Disember 2010 berbanding pelaburan asalnya. Adakah masih perlu pengendali tol NSE untuk meneruskan kutipan tol daripada rakyat, apatah lagi menaikkan kadar tol?
“Demi kepentingan rakyat, kutipan tol NSE harus dihentikan serta merta kerana pulangannya sudah pun 3 kali ganda melebihi pelaburan asal. Ceritanya sama untuk Jambatan Pulau Pinang yang telah mengutip RM1,859 juta berbanding pelaburan asal RM944 juta, iaitu keuntungan sebanyak RM924 juta,” katanya.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, pengalaman pentadbiran negeri-negeri Pakatan Rakyat adalah contoh paling baik untuk membuktikan kepada kawan-kawan di negeri-negeri lain bahawa kemakmuran dan kesejahteraan boleh dicapai melalui pentadbiran yang cekap, akauntabel dan telus.
“Kita bersyukur Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan tetapi yang lebih penting adalah membebaskan Malaysia daripada cengkaman BN yang kotor, berasuah, tamak dan rakus.
“Ini tidak bermakna PR pasti menang, tidak, jauh sekali tidak kerana BN masih mempunyai kelebihan tetapi kini PR lebih dekat dengan Putrajaya kalau berbanding tiga bulan yang lepas.
“Itulah sebabnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan pilihan raya akan ditunda lebih lama,” katanya.
Beliau meminta semua pemimpin dan ahli Pakatan gigih bekerja dengan beramanah dan berpasukan untuk menjayakan misi bersejarah bagi menggantikan BN.
“Marilah Ubah kepada PR demi bersihkan Malaysia dan selamatkan rakyat agar bantuan ditambah, tol Lebuhraya Utara-Selatan dihapuskan, harga minyak diturunkan dan kos sara hidup ditangani,” tambah beliau. – Roketkini -roketkini
PLUS Di Hapus Apabila PR Perintah
ALOR SETAR, 14 JAN: Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol Projek Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) sejurus selepas menguasai Putrajaya kelak.
Ketua Menteri Pulau Pinang dalam ucapan penggulungannya berkata tidak mustahil PLUS boleh di hapuskan.
"Kos pembinaan PLUS RM6 bilion, tahun lalu keuntungan PLUS RM24.3 bilion. Jadi untungnya adalah lebih RM18 bilion. Apakah mustahil untuk menghapuskan tol PLUS," kata beliau yang mendapat tepukan gemuruh perwakilan dan pemerhati.
Katanya janji tersebut hanya kepada PLUS dan tidak membabitkan konsesi lebuhraya yang masih belum mendapat keuntungan dan pulangan modal.
"Ini janji Pakatan Rakyat," jelas beliau lagi.
Katanya selain itu, Pakatan juga menjanjikan untuk menurunkan harga barangan dan meningkatkan sara hidup rakyat.
Katanya lagi, janji pakatan tersebut bukan sesuatu yang mustahil di laksanakan sebagaimana tercatat dalam Buku Jingga. -tvsnews
Posted by Suhaimi at 3:43 PM 0 comments
Saturday, January 14, 2012
Sheikh Yusof Al-Qaradhawi ucap tahniah kepada Anwar
(diterjemah dari google translate)
LAMAN web rasmi Presiden Kesatuan Ulama Dunia, Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyiarkan ucapan tahniah daripada Ulama kotemporari terkenal dunia Islam itu kepada Anwar Ibrahim berhubung pembebasannya terhadap tuduhan liwat baru-baru ini.
Ulama yang menjadi rujukan dan begitu dihormati oleh dunia Islam itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web itu menyampaikan mesej tahniah kepada Anwar Ibrahim yang juga bekas Presiden Parti Keadilan Rakyat.
"Kami kirimkan kepada anda hati yang dipenuhi dengan kegembiraan, mulut yang tersenyum kerana telah ditunjukkan oleh Allah bahawa anda tidak bersalah melalui kuasa mahkamah, dan kerana Allah bersama anda disertai kasih dan hormat dari rakyat"
Seperti biasa, media propaganda seperti Utusan, tidak akan menyiarkan berita ini, sebaliknya hari ini Utusan menyiarkan berita kononnya Gay Philipina gembira dengan pembebasan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat. Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 1:06 PM 0 comments
Pakatan tawar luaskan konsep FELDA bela peneroka jika kuasai Putrajaya di PRU13
PAKATAN Rakyat bercadang memperluaskan konsep Felda Plantations dengan tanahnya dibuka khusus kepada warga Felda.
Pengerusi Jawatankuasa Khas “Tawaran Jingga” Dr Dzulkifly Ahmad menjelaskan, pengubahsuaian konsep itu merangkumi khusus generasi peneroka Felda yang menyaksikan 830,000 ekar tanah akan dibuka kepada peneroka baru dari kalangan generasi kedua dan ketiga peneroka.
Salah satu dari empat jalan penyelesaian masalah peneroka terima penindasan Felda itu diumumkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Tertutup Sultan Abdul Halim dekat Alor Setar, Kedah.
Tiga penyelesaian lain adalah Pakatan Rakyat bersedia untuk mengkaji semula beban hutang yang ditanggung oleh kaum peneroka selain memastikan keuntungan dikongsi secara adil oleh peneroka sendiri.
Pakatan mahu menghentikan kezaliman dan penyelewengan Felda pada era Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang.
“Sekian lama, warga peneroka dibebankan dengan hutang sedangkan keuntungan hasil penat lelah mereka disembunyikan.
“Beban hutang ini, akan dikaji semula. Segala penyata pendapatan peneroka juga akan dikemukakan bersama dengan kos sara hidup dan kos pembangunan,” ujarnya dipetik dari buku ‘Tawaran Jingga’.
Ketiga, Pakatan Rakyat tekad menawarkan Skim Perumahan Selesa Warga Felda.
“Pakatan Rakyat menjunjung hak rakyat memiliki perumahan mampu milik yang selesa.
“Skim perumahan selesa untuk warga Felda akan menjadi mercu tanda anjakan ekonomi dan sosial warga Felda dengan memberi tumpuan kepada hak perumahan generasi kedua dan ketiga (peneroka) Felda,” ujarnya.
Penyelesaian keempat dan terakhir, menurut beliau, Pakatan Rakyat mahu menghenyikan penipuan hasil dan kiraan kadar perahan gred (KPG) yang didakwa menipu seluruh warga Felda.
“Reformasi menyeluruh untuk menukar sistem KPG akan dibuat selaras degan perjuangan Keadilan selama ini yang membela hak warga Felda (bagi) mendapat KPG sehingga 28 peratus, seperti kemenangan kes di Felda Kemahang 3,” ujarnya.
Komitmen Pakatan Rakyat bersama peneroka Felda yang majoriti Melayu dijangka bakal menggoyahkan tapak sokongan Umno Barisan Nasional di pilihan raya umum ke-13.
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 12:59 PM 0 comments