Pahang, BENTONG:  Tanpa mengira usia, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an merogol  nenek berusia 69 tahun ketika mangsa mengutip durian di kebunnya di  Chamang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa  yang bersendirian, terkejut dan rebah selepas disergah lelaki terbabit  sebelum suspek mengikat tangan wanita berkenaan menggunakan kain dan  merogolnya.
Mangsa menggagahkan diri melepaskan ikatan tangan dan  pulang mengadu dirinya dirogol kepada ahli keluarga sebelum membuat  laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), jam 10 pagi.
Ketua  Polis Daerah, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri, mengesahkan  menerima laporan kes terbabit dan siasatan sedang dijalankan.
"Siasatan awal mempercayai suspek sudah lama memerhati mangsa dari jauh sebelum menyerang dan bergelut dengan mangsa,” katanya.
Beliau  berkata, mangsa dihantar ke Hospital Bentong (HB) untuk pemeriksaan dan  laporan perubatan mengesahkan terdapat kesan rogol.
Saturday, January 14, 2012
Nenek Umur 69 Tahun Dirogol Ketika Kutip Durian
Posted by Suhaimi at 12:35 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment