Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, January 13, 2012

TERDESAK SEORANG PM UMUM SKIM CEPAT KAYA YANG HALAL?

http://cdn1.beritasemasa.com/wp-content/uploads/2012/01/sara-1malaysia.jpg
BN melalui pengerusinya serta merangkap Perdana Menteri Malaysia dah rujuk kepada mufti ke? Of course dah rujuk Bank Negara dan Bank Negara kata ok? Boleh kah labur rm5000 lepas sebulan dapat terus bulanan rm130 selama 10 tahun? Kalau lihat pada komen di http://www.malaysiakini.com/news/186464 rakyat dan pembaca akan dapat baca pendapat dan komen dari peminat Malaysiakini tentang majoriti tak nak skim ini, yang mereka nak harga barang dikawal agar murah dan berpatutan, bebaskan dari bayaran tol dan jaga harga tambang bas, teksi ,harga minyak masak dan minyak petrol agar sesuai dengan kuasa Malaysia sebagai pengeluar minyak masak dunia dan pengeluar minyak petrol yang berkualiti. Najib lancar SARA 1Malaysia, permohonan dibuka 30 Jan.

Bernama 7:47PM Jan 12, 2012: Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah, akan dibuka untuk permohonan mulai 30 Januari. Najib berkata skim khusus untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah itu mempunyai ciri-ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan sebelum ini.

Katanya ia merupakan satu produk pelaburan unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman bagi menghasilkan satu produk hibrid yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan yang konsisten. "Hadnya ialah RM5,000, dan mereka boleh membelinya melalui simpanan atau memohon pinjaman pelaburan daripada institusi kewangan terpilih. "Daripada pelaburan itu, kita jamin mereka akan menikmati pendapatan RM134 sebulan, manakala yang membuat pinjaman, mereka hanya perlu membuat pembayaran balik sebanyak RM84 sebulan dan meraih untung RM50 sebulan," katanya ketika melancarkan skim tersebut di ibu negara. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman serta menteri-menteri kabinet.

Dalam Belanjawan 2012, Najib mengumumkan skim tersebut bertujuan menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur serta membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa. Skim yang dikendalikan PNB dengan kerjasama institusi kewangan terpilih seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) itu dijangka memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah. Pelabur SARA 1Malaysia boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Pelabur dijangka mendapat pulangan menarik di akhir tempoh lima tahun tersebut dengan memperoleh pendapatan kira-kira antara RM5,000 hingga RM13,000 termasuk pulangan daripada pelaburan dalam Amanah Saham 1Malaysia. Najib berkata kerajaan telah melancarkan pelbagai produk di bawah slogan 1Malaysia yang bertujuan memberi manfaat kepada rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Menu 1Malaysia dan Program Perumahan 1Malaysia. Beliau menarik perhatian bahawa pelancaran SARA 1Malaysia pula diterjemahkan sebagai produk yang membantu golongan rakyat berpendapatan rendah.

"Ini adalah usaha kerajaan untuk membela rakyat. Banyak produk yang telah kita lancarkan dalam tempoh kurang daripada tiga tahun, cuba bayangkan dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.

Hentikan semua dekorasi dan kosmetik

Pertama sekali SARA 1M bukanlah satu skim pelaburan.

Ini adalah jelas apabila ia dengan jelas menyebut terdapat pulangan dividen yang tetap. Pelaburan tidak akan memberikan pulangan yang tetap, kerana sesuatu pelaburan bergantung kepada kuasa pasaran yang menentukan nilai sesuatu komoditi dari semasa ke semasa. Apabila seseorang membeli saham entiti perniagaan tertentu, seseorang itu tertakluk kepada entiti perniagaan yang membuat keuntungan dan ini menentukan pulangan ke atas pembelian saham anda. Tetapi ini tidak berlaku dalam kes dengan SARA 1M. Anda membeli satu unit 'saham' dan anda dijamin akan mendapat pulangan sebanyak RM134 sebulan. Dimana sahaja pun tempat kerajaan melaburkan wang anda, ia ternyata mempunyai ROI yang benar-benar buruk kerana sekadar memberikan anda kembali wang sebanyak RM134 sebulan.

Kedua,

dengan menggelarnya sebagai pelaburan sedangkan hakikatnya tidak, SARA 1M hampir seperti skim Ponzi (Skim Cepat Kaya). Skim Ponzi sering menetapkan pulangan kepada pelaburan yang diberikan oleh pembeli. Pelabur diberitahu bahawa wang mereka telah digunakan untuk membeli produk yang memberikan pulangan tinggi. Namun, dalam kes pelaburan SARA 1M, kita tidak tahu di mana kerajaan melaburkan wang itu sehingga mampu memberikan pulangan yang tetap. Di mana wang itu datang untuk memberikan pulangan sebanyak RM134 sebulan dan akhirnya memberikan keuntungan sebanyak RM8,000 pada akhir tempoh lima tahun kepada pelabur?.

Ketiga,

SARA 1M menggalakkan pelabur untuk mengambil pinjaman untuk membeli 5,000 unit saham. Ini adalah nasihat kewangan yang buruk. Pelabur tidak perlu mengambil pinjaman untuk membuat pelaburan. Dengan amaun pembayaran balik sebanyak RM84 sebulan, jumlah tambahan pembayaran balik sebanyak RM5040 perlu dibayar kepada bank termasuk jumlah pinjaman asal RM10,000. Bagi keluarga miskin, komitmen untuk membayar RM84 selama lima tahun boleh memberikan tekanan pada kewangan mereka, terutamanya apabila mereka sekadar menerima pulangan tetap RM50 sebulan. Dan mereka akan memikirkan untuk melaburkan semula RM50 ke dalam skim ini?. Jadi ini adalah jelas, tanpa melabur semula kembali ke dalam skim ini, mereka tidak akan mendapat apa-apa pada akhir lima tahun itu nanti.

Ringkasnya, Najib meminta orang ramai untuk meminjam wang dan dipinjamkan kepadanya

SARA 1M bukan skim pelaburan tetapi lebih kepada isu bon kerajaan.

Bon kerajaan adalah bon yang dikeluarkan oleh kerajaan, yang secara amnya berjanji untuk membayar jumlah tertentu (nilai muka) pada tarikh tertentu, serta bayaran faedah berkala. Bon adalah pelaburan hutang di mana pelabur membuat pinjaman sejumlah wang, untuk kadar masa yang tertentu, dengan kadar faedah tertentu kepada syarikat atau negara.

Bon kerajaan biasanya dirujuk sebagai bon bebas risiko, kerana kerajaan boleh meningkatkan cukai atau mewujudkan mata wang tambahan untuk menebus bon pada tempoh matang. Beberapa contoh memang wujud di mana kerajaan telah memungkiri hutang mata wang domestik, seperti Rusia pada tahun 1998 ("krisis ruble"). Satu lagi contoh ialah Greece pada tahun 2011. Bon dianggap sangat berisiko, sebahagiannya kerana Greece tidak mempunyai mata wang sendiri.

Dan oleh kerana SARA 1M ini adalah isu bon kerajaan, adakah ia mendapat perlindungan daripada inflasi?. Banyak kerajaan mengisukan indeks-inflasi bon, yang melindungi pelabur daripada risiko inflasi dengan meningkatkan kadar faedah yang diberikan kepada pelabur sebagai kadar inflasi ekonomi yang meningkat.

Tetapi SARA 1M tidak termasuk inflasi, kerana pulangan telah ditetapkan pada RM13,000 selepas lebih lima tahun atau RM10,000, jika anda membuat pinjaman bank untuk melabur.

Oleh itu, SARA 1M adalah semata-mata kaedah untuk mendapatkan wang untuk memenuhkan tabung kerajaan, yang sekarang berada pada kadar yang semestinya sangat-sangat rendah. Ini terbukti kerana ia dihadkan kepada hanya 100,000 isi rumah sahaja. Ia adalah untuk menunjukkan bahawa sudah ada jumlah yang ditetapkan oleh kerajaan, dan apabila orang mula mengepam wang mereka, bukankah threshold* ini akan meningkat.

Ini bukan skim pelaburan, tetapi semata-mata cara yang bijak kerajaan untuk mendapatkan wang. Apa yang lebih menyedihkan, golongan miskin telah menjadi mangsa dan dikelirukan supaya menyangkakan bahawa mereka telah mendapat wang yang banyak sedangkan pada hakikatnya mereka sedang disedut sehingga kering semata-mata untuk mengumpul dana kerajaan.

threshold' :-
Sesuatu nilai yang ditetapkan oleh Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri bagi sesuatu agensi yang mana nilai digunakan sebagai ukuran untuk menentukan jumlah peruntukan tambahan yang wajar diluluskan oleh Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri di dalam menimbangkan sesuatu cadangan dasar baru/'one-off' itu. Bagi program baru atau 'one-off' yang nilainya melampaui paras 'threshold', peruntukan tambahan akan hanya diberi bagi setakat nilai yang melebihi 'threshold' Jabatan berkenaan.

0 comments: