Masa kecik-kecik dulu apabila main giutar sentiasa ada perasaan  bersalah. Pendapat popular dipegang oleh ulama-ulama tua kampung adalah  permainan muzik bertali itu hukumnya haram. Serunai juga haram dan kalau  gendang pula tak boleh tertutup kedua belahnya, haram. Kalau gendang  tertutup sebelah saja macam kompang tu ok. Kalau tok-tok imam tengok  anak-anak muda bermain guitar tepi jalan tentu ditegurnya.
  Kini pendapat sederhana yang membenarkan permainan alatan muzik semakin  mendapat tempat di hati para ustaz. Ulama juga semakin berlembut dengan  hukum bermain alat muzik ini. Begitu juga aktiviti mendengar permainan  alatan muzik seperti konsert dan sebagainya menjadi lebih terbuka dan  diterima baik.
  Semuanya boleh asalkan kita dapat memelihara diri daripada menjadikan  diri kita lalai. Ada ulama yang memfatwakan muzik boleh saja asalkan  ianya tidak menyebabkan diri kita lalai daripada mengingati Allah. Ayat  mengingati Allah itu sebenarnya amat berat, dalam keadaan kita tidak  mendengar muzikpun kita sering tidak mengingati Allah dan kadangkala  ketika bersolat pun kita sering tak mengingati Allah.
  Tak perlu mendengar atau bermain muzik untuk tidak mengingati Allah  sebenarnya, kalau jiwa tu keras hitam dan gelap sambil baring tengok  silingpun tak terlintas untuk mengingati Allah. Barangkali ayat yang  sesuai adalah janganlah kita bermain atau mendengar muzik sehingga  menimbulkan rasa lemas jiwa, layan sampai tak lalu makan, sedih sampai  nagis teresak-esak dan lupa makan minum serta anak isteri. Macam Zizan  kata "jangan sampai jadi najis".
  Tengok macam mana Ustaz Azhar Idrus main guitar ketika program sambutan  tahun baru 2012 baru-baru ini kat bawah. Aksi Ustaz Azhar Idrus tersebut  telah dituduh cuba menyebarkan ajaran sesat oleh seorang blogger Umno kat sini.
0 comments:
Post a Comment