Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, December 10, 2013

Mangsa banjir Kuantan marah, mahu ‘benam’ Bung Mokhtar

Oleh : NAZLI IBRAHIM
http://bm.selangorku.com/wp-content/uploads/2013/10/Fuziah-salleh-1.jpg
SHAH ALAM : Kemarahan mangsa banjir di Kuantan terhadap pemimpin BN khususnya Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin meluap-luap sehingga mengancam tidak membenarkan beliau menjejakkan kaki di Kuantan.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata luahan kemarahan itu disampaikan kepada beliau ketika beliau sedang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan banjir sekitar daerah terbabit.

“Rata-rata mangsa banjir tahu isu saya membawa usul isytihar darurat di Kuantan, tetapi dibantah keras Bung Mohtar dalam Dewan Rakyat Selasa lalu. Memang ramai yang cukup marah.

“Oleh sebab itu, mereka cukup marah pada Bung Mohtar, mereka anggap Bung Mohtar tidak peka penderitaan mangsa banjir, hingga mereka kata tidak akan benarkan Bung Mohtar datang ke Kuantan tetapi kalau datang juga nak dibenamkan Bung Mohtar,” kata Fuziah ketika dihubungi Selangor Kini hari ini.
fuziah
Bagaimanapun Fuziah, sebagai pemimpin di kawasan itu menasihati agar mangsa banjir di pusat pemindahan banjir terbabit supaya bertenang dan bersabar dengan tidak terlalu mengikut emosi yang dalam kemarahan.

Kemarahan itu diluahkan gara-gara tindakan Bung Mohtar yang mempersendakan usul perisytiharan darurat di tiga kawasan yang dilanda banjir besar, Kuantan Indera Mahkota dan Paya Besar yang dibawa Fuziah.

Usul tersebut kemudiannya ditolak speaker dengan alasan setiap usul yang mahu dikemukakan sepatutnya hendaklah mengemukakan notis dua hari dan secara bertulis.

Bagaimanapun, mengenakan syarat notis selama dua hari untuk usul kecemasan seperti ini dianggap tidak masuk akal kerana ianya melibatkan keselamatan ribuan rakyat yang memerlukan tindakan segera.

Fuziah memberitahu perisytiharan darurat diperlukan bagi memastikan semua agensi kerajaan dan pasukan keselamatan boleh dikerah ke tempat bencana bagi memberi pertolongan seperti bantuan memindahkan penduduk, selimut, makanan, tempat tidur dan lain-lain.

Di beberapa tempat di Pantai Timur baru-baru ini dilanda bencana banjir paling teruk sejak lebih sedekad lalu sehingga melibatkan hampir 50,000 penduduk.
Bagaimanapun kerajaan didapati gagal mengambil tindakan segera dengan berkesan hingga menyebabkan mangsa banjir terpaksa kelaparan dan kesejukkan kerana terpaksa tidak dibekalkan makanan, selimut dan tidur terpaksa tidur di atas lantai simen.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj30vfqBfS3APpV5w3pdt5YCrhBh12C7lZ3dsjP-IMMbrkXOdAjH4vWhx_kLPMz6-bYwEJZQnCId3DUe-jjRyrVsguugpmZJPA1shAJAosR9pUTz59ii4HK8WpCTdpJQ5sIqgQUWpStg20g/s1600/0+0+0+Bung+twt.jpg

0 comments: