Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, December 17, 2013

PKR: Perjanjian konsesi bukan alasan naik tol

Mkini

NONEAlasan bahawa tol mesti dinaikkan kerana ia sebahagian daripada perjanjian dengan syarikat konsesi terlalu dangkal dan tidak boleh diterima, kata PKR.

Pengarah strateginya Rafizi Ramli berkata, ini kerana, sebahagian besar syarikat pemegang konsesi dikuasai oleh anak-anak syarikat kerajaan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Anggota Parlimen Pandan itu justeru berkata, kerajaan oleh itu mempunyai kuasa dan pengaruh untuk merunding semula terma berkaitan.

"Ini bermakna, kerajaan persekutuan mempunyai kuasa dan pengaruh untuk duduk berbincang dengan pemegang-pemegang konsesi sama ada melalui pemilikan saham pemegang konsesi ini atau bantuan kewangan yang telah pun diberikan kepada syarikat pemegang konsesi," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar kelmarin berkata, kenaikan kadar tol yang dijangka tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Katanya, telah tiba masanya kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi juga berkata, tiga pemegang konsesi lebuh raya terbesar - Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus), Prolintas dan Gamuda - dikuasai oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.

 
Plus dikuasai Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Prolintas anak syarikat milik Permodalan Nasional Berhad (PNB).

 
Hanya Gamuda merupakan syarikat swasta tetapi agensi-agensi kerajaan mempunyai sekurang-kurangnya 22.59 peratus pegangan (berdasarkan pemilikan saham akhir tahun 2010), kata Rafizi.

Sementara itu, Rafizi juga berkata, perlu juga diambil kira apabila sebahagian besar konsesi tol di negara ini juga mendapat bantuan kewangan penuh kerajaan semasa pembinaan.

0 comments: