Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, October 15, 2014

150 hadiri kuliah ilmu Sheikh Dr Tareq al-Suwaidan di kediaman Anwar

Oleh: NAZLI IBRAHIM

IMG_0636 copy
KUALA LUMPUR, 14 OKT: Program perkongsian ilmu yang disampaikan tokoh gerakan Islam,  Sheikh Dr Tareq al-Suwaidan di kediaman Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim malam kemarin (13 Oktober) berjaya menarik kehadiran lebih 150 tetamu.

Dalam ceramah yang dimulakan selepas solat Maghrib itu, bukan sahaja menarik perhatian beberapa ilmuan tempatan, bahkan turut menarik kehadiran beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang tidak mahu melepaskan peluang mendengar pandangan itu.

IMG_0669 copy
Beliau dalam ceramahnya turut mengupas beberapa isu semasa khususnya menyentuh isu kepentingan Islam sedunia, gerakan Islam di Timur Tengah, pergolakan membabitkan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), golongan Syiah dan ahli Sunnah Wal Jamaah dan pembangunan pendidikan di negara Islam.

Sheikh Dr Tareq turut berkongsi pengalaman dan pandangannya dengan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan beberapa tetamu yang hadir malam tadi.

Antara pimpinan PR yang hadir adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa; Naib Presiden PKR, Tian Chua serta Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, Dr Md Nur Manuty.

0 comments: