Sumber muslioli.blogspot.com
Najib terus memburu bayang-bayang di Sabah. Bayang-bayang itu ialah sokongan kaum Kadazandusun (KDM) kepada Barisan Nasional.
Pada tahun 1974, setelah Akta Pembangunan
Petroleum di luluskan, KM Sabah Tun Mustapha berkeras tidak bersetuju
cadangan kerajaan Persekutuan memberi royalti sebanyak 5%. Tun Mustapha
menuntut 45% (The Asia Magazine).
Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memanggil
salah seorang menteri kanan kabinet Sabah, Harris Salleh (Tan Sri) ke
Kuala Lumpur. Tun Razak merancang menjatuhkan Tun Mustapha dan USNO.
Parti BERJAYA ditubuhkan. Harris beritahu
Tun Razak, dia tidak boleh mempengaruhi pengundi Kadazandusun. Harris
tahu kaum KDM akan memihak kepada USNO jika tahu Tun Mustapha mahu
royalti yang tinggi kepada Sabah.
Harris mencadangkan supaya Tun Mohd Fuad
yang pada ketika itu TYT Yang Di Pertua Negeri Sabah, mengetuai BERJAYA.
Harris juga cadangkan supaya isu royalti minyak jangan disentuh sama
sekali.
Tun Razak kurang setuju cadangan Harris
itu. Razak kenal dan tahu Tun Fuad dan Tun Mustapha sejak awal
penubuhan Malaysia. Tun Razak tahu kedua-dua pemimpin itu tidak mudah
menyerah kalah dalam isu royalti minyak.
Jika BERJAYA menang dan Tun Mohd Fuad jadi
KM Sabah, masalah yang sama dengan Tun Mustapha juga akan dihadapi
kerajaan Persekutuan dalam perundingan royalti minyak dengan kerajaan
Sabah.
Apapun, Tun Mustapha mesti ditumbangkan
terlebih dahulu dan jika timbul masalah dengan Tun Fuad, ia boleh
ditangani kemudian. Atau jika ada peluang kenapa tidak bunuh dua ekor
burung dengan satu peluru!?
Sejak awal, pemimpin-pemimpin KDM terutama
Tun Mohd Fuad, GS Sundang, Sedomon, Ghani Gilong dan Peter Mojuntin
kurang senang dengan dasar pecah dan perintah Kuala Lumpur.
Pada pilihan raya umum pertama 1967, UMNO
secara langsung campurtangan menyokong parti USNO dan MCA menyokong
parti SCA. Sedangkan pada pilihan raya itu parti USNO, UPKO dan SCA
menganggap pilihan raya tersebut sebagai ‘friendly contest’ kerana
ketiga-tiga parti adalah anggota Sabah Alliance.
Pilihan raya 1967 adalah titik tolak perpecahan rakyat Sabah kepada dua kumpulan: Bumiputera Islam dan Bumiputera bukan Islam.
Dalang disebalik perpecahan itu ialah Tun Razak!
Pada pilihan raya tahun 1976, Tun Razak
juga yg menjadi okestera penubuhan BERJAYA dan menjadi punca terpisahnya
dua pemimpin yang Sabah yang telah bersumpah dihadapan Kaabah sebagai
saudara kandung, Tun Mustapha dan Tun Mohd Fuad Stephens.
0 comments:
Post a Comment