"Ia juga rasuah yang terkeji... SPRM mesti berhenti memeluk tubuh," kata ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang (kanan).
Anggota parlimen Ipoh Timor itu juga mempersoalkan tindakan SPRM membuat pelbagai pengumuman semalam tetapi tidak menyentuh langsung pendedahan peguam Perancis Joseph Breham.
Suruhanjaya tu semalam membersihkan nama bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Seri Abdul Jalil daripada sebarang peranan dalam skandal National Feedlot Corporation dan membuka semula siasatan terhadap Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.
Semalam, dokumen sangat sulit - penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam kelas Scorpene yang akan dibeli kerajaan - didakwa telah "dibeli" sebuah syarikat pertahanan Perancis.
Breham, yang mewakili NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), mendakwa syarikat itu membayar €36 juta (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".
0 comments:
Post a Comment