Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Shabery Cheek cuba berdolak-dalih
dalam isu perbelanjaan sejumlah besar wang kepada kumpulan pop Korea
yang membuat persembahan pada sambutan Hari Belia Negara 2012, kata
Pemuda PAS.
"Menteri bersilat lidah untuk menangkis tanggapan
buruk terhadap Kementerian Belia dan Sukan (KBS)," kata ketua penerangan
dewan itu Riduan Mohd Nor.
Beliau juga menuntut KBS menjelaskan
segera jumlah sebenar wang kerajaan dan jumlah ditaja untuk persembahan
tiga kumpulan Korea itu.
Malaysiakini semalam melaporkan
Shabery, tanpa mengesahkan jumlah perbelanjaan sebenar, berkata, bayaran
besar kepada artis pop Korea bukan isu jika ia ditaja.
Dakwaan
bayaran RM2.04 juta itu muncul apabila terdapat blog menyiarkan surat
yang didakwa dari penganjur program Hari Belia Negara kepada KBS,
antaranya mengandungi butiran perbelanjaan.
'Hiburan selera murahan'
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Riduan berkata, jika pun benar
bayaran untuk persembahan itu datangnya dari penajaan, KBS sepatutnya
menyalurkan wang itu untuk program yang bermanfaat kepada rakyat.
"Sepatutnya wang tajaan digunakan untuk rakyat. Tetapi kini kita lihat
hiburan berbentuk selera murahan disajikan untuk belia negara kita.
"Adakah ini budaya yang kita ingin tinggalkan untuk belia kita?" soal Riduan.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Bernama melaporkan
Ketua Setiausaha KBS Datuk Mohid Mohamed sebagai berkata, kos membawa
kumpulan itu oleh Stadium First Sdn Bhd (Stadium First) berjumlah
RM900,000 (AS$300,000), dibayar menggunakan wang penajaan untuk konsert
berkenaan.
"Bagaimanapun, sehingga hari ini, KBS masih belum
membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ia masih dalam
proses perincian.
"Kos RM900,000 ini ditanggung oleh Stadium
First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang
daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya," katanya dalam satu
kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Agensi berita nasional
juga melaporkan, KBS menerima tajaan berjumlah RM28 juta daripada
syarikat swasta dalam bentuk wang tunai, barangan dan pelaksanaan
pelbagai program.
"Kementerian ingin menjelaskan bahawa invois
bernilai RM2.4 juta yang didedahkan dalam laman blog adalah invois awal
yang dibuat berdasarkan kepada perkiraan awal yang dikeluarkan oleh ejen
kepada Stadium First," beliau dipetik sebagai berkata.
Saturday, June 2, 2012
'Menteri bersilat lidah dalam isu K-pop'
Posted by Suhaimi at 7:05 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment