BEBERAPA pegawai berdiri di hadapan sebuah pesawat bahan api bio milik KLM Royal Dutch Airlines yang bersedia untuk berlepas.
AMSTERDAM
- Sebuah syarikat penerbangan Belanda, KLM Royal Dutch akan melakukan
penerbangan paling jauh dengan menggunakan bahan api bio.
Penerbangan KLM KL705 dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol di sini semalam.
Pesawat
berkenaan akan terbang merentasi lautan Atlantik sejauh lebih 9,000
kilometer menuju ke bandar raya Rio de Janeiro di Brazil.
Percubaan tersebut dipercayai merupakan penerbangan bahan api bio paling jauh di dunia.
Penerbangan
tersebut dibuat sempena Sidang Kemuncak Rio mengenai pembangunan mapan
yang berlangsung hari ini hingga 22 Jun depan.
Bahan api bio merupakan sumber tenaga yang diperbuat daripada tumbuhan atau minyak sayur termasuk minyak masak.
Friday, June 22, 2012
Pesawat komersial guna bahan api bio rentas Atlantik
Posted by Suhaimi at 10:35 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment