Utusan Malaysia hari ini membuat spekulasi bahawa Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bertanding kerusi Parlimen Pengkalan Chepa dalam pilihan raya umum akan datang.
"Saya diberitahu oleh orang-orang dalaman PAS, Nik Aziz kali ini mahu bertanding di Parlimen pula," tulis pengarang kanan UtusanZaini Hassan dalam kolumnya Cuit (bawah).
Zaini mendakwa mursyidul am PAS itu mengambil keputusan ke Parlimen kerana "rakyat Kelantan akan membuat perubahan" jika beliau masih kekal di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Zaini seterusnya meramalkan tempat Nik Aziz selaku menteri besar akan diganti ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.
Apa tujuan Utusan serkap jarang dan buat spekulasi ini tidak pula kita ketahui. Apa yang jelas di kalangan pimpinan PAS dan ahli PAS tidak berbangkit Tok Guru bertanding parlimen dan Dato KJ bertanding di Dun.
Perkara dibangkitkan hanya untuk mengujudkan polemik di kalangan ahli dan rakyat Kelantan. Sedangkan polemik sebenarnya tidak memberi bekas kepada situasi dan senario politik Kelantan. Rakyat Kelantan amat matang berpolitik dan mereka bijak membaca permainan 'psy war' media pencacai Umno/BN yang ketandusan isu ini.
Mereka cuba menimbulkan isu di mana Anwar berkuasa meletakkan sesiapa yang dia mahu untuk menjadi Menteri Besar Kelantan sedangkan PAS mempunyai pimpinan sendiri dan tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapa dalam urusan rumahtangganya. Anwar sendiri tidak pernah mencampuri hal ehwal rumah tangga PAS.
Akhbar pencacai ini sengaja menamakan Kamaruddin Jaaffar sebagai calon pengganti Tok Guru kerana mereka hendak mengaitkan Anwar dengan politik Kelantan kerana mereka tahu KJ merupakan orang kuat Anwar suatu ketika dahulu di dalam ABIM dan Umno.
Wednesday, June 27, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment