Sumber Beritasemasa
Alhamdulillah seperti yang diingini dan dihajati oleh kelompok yang berkepentingan dalam Felda, semalam saham Felda
FGVH telah mencatatkan premium sebanyak 84 sen kepada nilai RM5.39
saham Felda FGVH telah didagangkan buat pertama kalinya pada “pasaran
terbuka” semalam.
Jikalau dikirakan daripada setiap
unitnya, berapa lebihan yang bakal diperolehi dikalangan pemburu-pemburu
saham termasuklah peneroka Felda yang terlibat bersama-sama memeriahkan
penyenaraian IPO Felda FGVH semalam?
Yang peliknya Tan Sri Isa Samad yang
berjaya diangkat menjadi Pengerusi Felda dan merupakan orang penting
disebalik penyenaraian saham Felda FGVH di Bursa Malaysia telah pun
berjaya mendapat sehingga 180,000 unit saham Felda FGVH walaupun, walaupun……beliau tidak memiliki satu inci tanah sekalipun.
- Tan Sri Samad – 180,000 unit saham
- Sabri Ahmad – 180,000 unit saham
- Dr Omar Salim – 150,00 unit saham
- Dr. Emir – 150,000 unit saham
- Ini yang dia atas kertas dan sudah diketahui, yang tidak didedahkan lagi bagaimana pula angkanya?
Kami teringat dengan kata seorang bekas
Menteri Besar Perak dan bekas Speaker Dewan Rakyat, kalau anda masih
ingat lagi Tan Sri Ramli Ngah Talib. Apa yang beliau pernah katakan
sebelum ini dalam satu wawancara bagi program ‘In Person’ di Astro
Awani)?
“Kenapa kerajaan negeri Johor, Pahang, Terengganu dan negeri-negeri lain ghairah melancarkan Amanah Saham Negeri tetapi Perak tidak berbuat demikian; dia mengatakan cukuplah Amanah Saham Nasional sudah ada. Saya tidak mahu rakyat negeri saya menanggung rugi. Betul, akhirnya Amanah Saham Negeri-negeri jatuh. Sekurang-kurangnyanya saya berjaya menyelamatkan wang rakyat saya”.
Pulangan Disebalik Penyenaraian Saham Felda FGVH ini :
- Pengerusi Felda : 180,000 unit saham x 0.75= RM135,000.00 . (Orang kuat disenalik penyenaraian felda)
- Ceo Felda : 120,000 unit x 0.75= RM90,000.00 (Menyokong penuh penyenaraian saham Felda FGVH di Bursa Malaysia)
- Pengurusan Felda : 15,000 unit x 0.75 = RM11,250.00 Kelompok penting yang mendapatkan tandatangan daripada kalangan peneroka Felda. Borang tidak dibenarkan untuk dibawa pulang ke rumah
- Peneroka Felda : 800 unit saham x 0.75 = RM600.00. Kepada kalangan peneroka Felda, jangan lupa tanggungjawab melunaskan pinjaman hutang bank . Bunga 5.5% + wang proses RM200.00 sahaja. Unit saham Felda FGVH hanya boleh dijual selepas 6 bulan
Hakikatnya, berdasarkan semakan kami
terhadap propektus di halaman 31, syarikat luar seperti Louis Dreyfus
akan diberi saham 2.5% saham bersamaan (91,204,000 saham) iaitu sama
banyak dengan peneroka Felda. Macam mana Menteri Ahmad Maslan kata
pembahagian saham Felda FGVH adil kepada peneroka? Syarikat Yahudi yang
ditubuhkan pada 1851 itu jikalau merujuk kepada pasaran semalam dan
andaikata mereka bertindak menjual saham-saham mereka berapa banyak
keuntungan mereka?
RM68,403,000.( 0.75sen x 91,204,000). Peneroka Felda?
P/S : Main saham ini ada pasang
surutnya, ada masa kita melihat cahaya awan hari ini cukup cerah, ada
masa pula cajaya awam cepat bertukar menjadi gelap tanda hujan akan
turun pada bila-bila masa. Ada masa kita gembira dan ada masa kita boleh
menangis. Bersedialah menerima sebarang kemungkinan pada masa akan
datang. Apapun kami doakan yang terbaik terutamanya kepada peneroka
Felda…
PP/S : Lihat saham Facebook dimana pada
18 Mei didagang pada nilai tetapi akhirnya “jatuh terduduk” pada
nilaike USD 25.52 sesaham atau 32.8%(dalam tempoh 24 hari didagangkan)
merudum. Harap-harap dijauhkan nasib seperti ini menimpa peneroka Felda,
walaupun hakikat sebenarnya kita semua tidak mampu mengawalnya apabila
ia sudah didagangkan pada pasaran terbuka…Nantikan sebulan daripada
sekarang?
0 comments:
Post a Comment