Kluang, Johor - Miskin punca rentung
Kluang,
Johor - Miskin punca rentung ? Miskin ? di Johor pun ada orang miskin
ke ? Tak pernah pun ada di televisyen dan suratkhabar. Bukan ke negeri
yang miskin dan mundur adalah Kelantan. Bukan ke rakyat kelantan melarat
akibat Kerajaan PAS kelantan tidak tahu memerintah dan mengabaikan
rakyatnya yang miskin.
Sekarang, terpampang jelas di
dada akhbar, punca kebakaran adalah kerana kemiskinan, tak mampu nak
membayar bil elektrik sehingga terpaksa membahayakan diri dengan
memasang lilin. Apa sudah tidak mampu wakil rakyat di kawasan berkenaan
nak menghulurkan bantuan kerana kononnya merekalah pembela rakyat,
pembela orang melayu.
Kalau tak mampu nak
menghulurkan bantuan, jangan bising dan jangan hanya nampak kuman di
seberang, Godzilla di depan mata pun tak nampak. Ini tidak, habis dijaja
isu kemiskinan di kelantan seolah-olah negeri mereka semua penduduknya
kaya dan terbela.
Dulu pun begitulah, bila banjir
di kelantan, bising suratkhabar dan televisyen mengatakan Kerajaan
Kelantan tak pandai memerintah, banjir sana banjir sini.
Nah, sekali Allah tenggelamkan johor baru-baru ini, nak salahkan siapa ?
Kita
jangan sesekali sombong dan takabur, memfitnah dan memburukkan orang
lain sedangkan pada masa yang sama kita adalah jauh lebih teruk.
Kerajaan Johor boleh menghabiskan duit untuk mencahayakan
program-program hiburan dan berunsur maksiat seperti Pesta-pesta
kebudayaan, Citrawarna Malaysia, joget dan tarian dan sebagainya tapi
tak mampu nak menerangi sebuah rumah milik rakyatnya yang kesempitan.
Itu
kes tiada bekalan elektrik di Johor, kes di selangor pula menyaksikan
masih berlambak rakyat yang hidup dalam kemiskinan di
setinggan-setinggan, lebih teruk lagi rumah setinggan mereka dirobohkan
dan memaksa mereka tinggal di dalam khemah.
Semiskin
Kelantan yang mereka propagandakan, tidak ada lagi kes rakyat yang
tinggal di dalam khemah sebagaimana Selangor yang didakwa negeri yang
maju. Maju sehingga terpaksa merobohkan rumah rakyat dan juga yang
paling teruk merobohkan Surau dan Masjid juga.-keampunanallah.blogspot.com
Friday, June 15, 2012
Kemiskinan di Negeri BN ????Betul ke ??
Posted by Suhaimi at 8:47 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment