NEW YORK - Beberapa pelabur mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg mengetahui lebih awal bahawa saham laman jaringan sosial berkenaan adalah terlebih nilai, lapor akhbar Herald Sun semalam.
Dakwaan mereka yang dikemukakan dalam satu saman
baru-baru ini turut menyatakan Zuckerberg menjual sebahagian besar
saham Facebook sebelum harga saham tersebut menjunam di bursa AS.
Menurut laman berita hiburan TMZ, saman itu mendakwa bahawa Zuckerberg menyembunyikan maklumat daripada kebanyakan pelabur bahawa model perniagaan Facebook tidak cukup kukuh bagi memperoleh pendapatan pengiklanan untuk menyokong tawaran awam pada nilai AS$38 (RM121.55) sesaham.
Saman berkenaan mendakwa bahawa bank Morgan Stanley, J.P. Morgan Chase dan Goldman Sachs telah memberi amaran kepada Zuckerberg bahawa Facebook telah dinilai terlalu tinggi.
Namun, maklumat tersebut hanya didedahkan kepada kelompok pelabur Facebook terbesar sahaja.
Saham Facebook susut hampir 30 peratus sejak mula diniagakan di bursa saham AS dengan harga AS$38 (RM120) pada 18 Mei lalu.
Kelmarin, saham Facebook merosot AS$0.82 (RM2.58) kepada AS$26.90 (RM84.96).
0 comments:
Post a Comment