Oleh Haji Subky Abdul Latif
Melanjutkan banyak andaian bahawa kubu Umno/BN di Johor akan roboh dalam PRU 13 ini Dato
Mustapa Ali, Setiausaha Agung PAS menelah tsunami politik kali ini
bermula dari selatan. Tentulah yang dimaksudkannya Johor dan Melaka.
Tentunya
Mustapa berkata begitu antaranya Tun Daim yang ramalkannya tentang PRU
12 tepat tidak berani mengatakan Johor boleh bertahan kali ini jika BN
tidak berbuat sesuatu.
Dr. Chua Soi Lek yang tidak tahu apa nasib MCA dalam PRU 13 ini mengira kenyataan Setiausaha Agung PAS seolah-olah karut.
Apakah
kedudukan Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sebenarnya? Adakah seperti
yang diramalkan oleh Mustapa Ali atau sangkalan Soi Lek itu benar?
Tetapi
reaksi Menteri Besar Perak Dr. Zambry Abdul Kadir atas komen Nizar
Jamaluddin tentang bidaan flet motokar WWW1 seolah-olah peluang Pakatan
Rakyat menawan Johor itu bukan ramalan kosong. Harapan itu ada.
Kata
Dr. Zambry, komen bekas Menteri Besar PAS Perak yang tidak disenangi
oleh istana Johor itu telah menjejaskan harapan PAS untuk merampas
Johor.
Erti disebalik ulasan Dr. Zambry itu, harapan PAS untuk
menawan Johor Baru itu ada asasnya, sama juga dengan harapan Pakatan
Rakyat untuk mengambil Putrajaya.
Semua komen pembesar Umno dan
BN sebelum ini menolak sama sekali Johor akan jatuh. Buat mereka apa
yang pembangkang andaikan untuk mengamil Johor Baru itu adalah mimpi
siang. Dari reaksi sekalian mereka bahawa mustahil Johor dapat dirampas
kali ini.
Mungkin merampas Putrajaya lebih senang dari mengambil Johor Baru.
Dr.
Zambry memang menyangkal apa saja yang disebut Nizar, tetapi dari
kata-katanya seolah-olah kekuatan Pakatan itu di Johor memang ada.
Mungkin
Johor akan kekal di bawah BN, tetapi peluang itu tidak berdasarkan
bahawa Johor masih simpanan tetap Umno/BN tetapi ia adalah justeru
kenyataan Nizar yang menyebabkan istana tersenggong.
Kalau Nizar
tidak gatal tangan atas bida flet motokar yang lebih mahal dari harga
kebanyakan motokar di jalan raya, maka payah bagi BN untuk
mempertahankan Johor atau Johor betul-betul dilanda tsunami.
Tsunami
itu berlaku mengejut. Tiba-tiba saja ia menyapu bersih segala yang ada
di pantai. Ia tidak memberi amaran dan tiada belas kasihan. Ia sapu
saja.
Komputer Nizar telah memberi isyarat tsunami kepada Johor
dan BN sekarang seolah-olah dapat diselamatkan oleh komputer Nizar itu.
Umno
dan BN sekarang menggunakan reaksi istana atas komputer Nizar itu bagi
menyekat peluang PAS dan Pakatan Rakyat untuk mengambil Johor Baru.
Marah
Umno kepada Nizar mungkin lebih besar dari murka Raja. Raja hanya
menjelaskan bahawa bidaan itu tidak menggunakan sesen pun duit kerajaan
Johor kerana Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim mempunyai kekuatan
kewangan yang cukup untuk tujuan itu.
Tetapi Umno seolah dapat
modal baru untuk menghalang Pakatan menguasai negeri itu. Nizar diberi
amaran supaya jangan datang ke Johor. Nizar seolah-olah telah
menggantikan Mohamad Sabu yang pernah dihalang bukan saja di Johor
tetapi di beberapa negeri kerana isunya dengan Mat Indera buat beberapa
bulan semasa merayakan sambutan kemerdekaan tahun lalu.
Ke mana
Mat Sabu pergi mereka kacau. Mereka buat laporan polis dan Mat Sabu
terpaksa naik mahkamah. Kini giliran Nizar pula. Polis pula dapat kerja
baru menangani isu Nizar dengan flet motokar WWW1 itu.
Naib
Presiden PAS Salehuddin Ayub terpaksa membuat kenyataan bagi
menjernihkan hubungan antara PAS dan istana. Dia tidak melihat isu Nizar
itu menceminkan dasar PAS dalam hubungan dengan institusi istana.
PAS yang memperjuangakan Islam menyedari institisi wujud dalam Islam.
Bukankah
Nabi Daud a.s. adalah seorang raja besar dan puteranya Nabi Sulaiman
a.s. pula adalah raja seluruh alam, menguasai jin, angin dan semua
haiwan.
Umno sebenarnya amat gerun dengan Salahuddin Ayub. Dia
adalah orang Islam yang beribukan Cina. Kalau dia jadi Menteri Besar
Johor Cina akan berpuas hati ada juga orang Melayu berdarah dan beribu
Cina menjadi Menteri Besar.
Tidak berbangkit Cina boleh jadi Menteri Besar atau tidak.
Peluang PAS terjejas oleh kekuatan BN bukan kerana flet motokar yang disentuh Nizar.
Monday, June 11, 2012
Tsunami akan bermula dari selatan
Posted by Suhaimi at 8:59 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment