"SAYA kata siapa nak siasat 25 jam saya beri. Bukan 24, 25 jam.
Siasatlah." itulah reaksi spontan Tuan Guru Nik Aziz Nik mat ketika
diminta mengulas berkenaan dakwaan penyelewengan Kelantan Gold Trade,
KGT Sendirian Berhad.
Tuan Guru Nik Aziz mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menyiasat
dakwaan penyelewengan yang digembar-gemburkan oleh media baru-baru ini.
Kerajaan
Kelantan yang telah berjaya mengekalkan rekod 20 tahun tanpa rasuah itu
dilihat tidak pernah menghalang sebarang usaha penyiasatan jika
terdapat mana-mana badan negeri tersebut didakwa melakukan penyelewengan
dan rasuah.
Kepada SPRM dipersilakan siasat, jika ada bukti
penyelewengan sila dakwa di mahkamah. Jangan ragu-ragu untuk siasat,
bukan mudah nak pecahkan rekod 20 tahun tanpa rasuah di Negeri Kelantan.
Wednesday, June 27, 2012
Isu KGT: Siapa nak siasat saya bagi 25 jam sehari kata Nik Aziz
Posted by Suhaimi at 10:09 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment