Menteri boleh memberi pengecualian kepada mana-mana individu daripada
mematuhi kehendak undang-undang kecil bagi menjadi pengerusi atau ahli
lembaga pengarah Koperasi Permodalan Felda (KPF).
Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob berkata, terdapat dua syarat daripada undang-undang
tersebut yang perlu dipatuhi sebelum perlantikan dilakukan.
"Tapi di bawah Akta Suruhanjaya Koperasi Felda, pihak menteri boleh
mengecualikan sesiapa daripada mematuhi kehendak undang-undang kecil
ini.
"Saya telah pun mengecualikan pematuhan undang-undang kecil
tersebut kepada Tan Sri Isa (Samad) bermakna Tan Sri Isa boleh dilantik
sebagai ahli lembaga oleh lembaga mereka," katanya selepas mengadakan
'walkabout' dan majlis ramah mesra warga penjaja dan peniaga kecil
1Malaysia di Jalan Petaling petang ini.
Menurut
Ismail, KPF mensyaratkan individu yang hendak dilantik sebagai ahli
lembaga atau pengerusi mesti dalam kalangan pekerja atau keluarga Felda
yang menjadi ahli lebih dua tahun.
Ismail berkata, beliau tidak
berkuasa melantik pengerusinya tetapi mempunyai kuasa untuk memberi
pengecualian daripada kehendak dan pematuhan undang-undang kecil.
"Jadi maknanya, Tan Sri Isa tak perlu tunggu dua tahun sebagai ahli untuk menjadi pengerusi," kata Ismail.
Sebelum ini, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengekalkan keanggotaan bekas menteri besar Negeri Sembilan itu dalam KPF.
SKM juga memutuskan tindakan KPF menerima keahlian Isa bercanggah
dengan undang-undang kecilnya tetapi tiada peruntukan yang membolehkan
keanggotaan yang diterima dibatalkan.
Wednesday, June 6, 2012
Menteri: Saya kecualikan Isa dalam KPF
Posted by Suhaimi at 1:18 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment