Siri Kuliah Sejarah - Peristiwa Dahagi di Singapura (1915)
Assalamualaikum,
Saya ada mengisi siri-siri
kuliah sejarah bulanan di beberapa buah masjid di Selangor. Salah satu
dari kuliah tersebut ialah 'Perihal sokongan ulama tanah air kepada
Khilafah Uthmaniah'.
Sebagai mukaddimah saya
terangkan di mana kedudukan khalifah dalam sistem politik tertinggi umat
Islam dan peranannya di dalam memayungi ummah.
Saya jelaskan juga apakah bencana yang menimpa umat ini apabila khilafah terakhir, Khilafah Uthmaniyah luput pada tahun 1924.
Di sentuh juga sepintas lalu
mengenai usaha as-Syahid Imam Al-Banna dan program maratib-ul-amal untuk
mengembalikan khilafah bermula dengan pembinaan syahsiah muslimah
sehingga terbitnya ustiazatul alam (Islamic world order yang memayungi
seluruh dunia).
Untuk siri yang pertama ini saya
bongkar hubungan perjuangan umat Islam di Tanah Melayu dengan sistem
khilafah yang berpusat di Istanbul.
Saya jelaskan pada hadirin bahawa kita kena letakkan ulama-ulama pejuang yang selama ini dinobat sebagai pejuang nasionalis melayu kepada para mujahiddin yang gerak kerja dan perjuangannya bersifat global dan 'alami. Ini termasuklah peranan yang dimainkan oleh Dato' Bahaman, Tuk Gajah (Imam Perang Rasul), Mat Kilau, Tuk Janggut dan Tuk Ku Paloh.
Apabila pecah perang dunia
pertama, Turki Uthmaniy terseret sama ke dalam kancah global ini demi
mempertahankan kedaulatan wilayah Islam dari pencerobohan British dan
Peranchis. Untuk menghadapi ancaman barat ini maka khilafah telah
mengeluarkan pengistiharan Jihad-i-akbar pada bulan Nov 1914. Fatwa
kewajipan jihad ini telah membangkitkan umat Islam di seluruh dunia
termasuk di Tanah Melayu.
Singapura yang merupakan pusat
pentadbiran dan military base bagi British menempatkan juga askar-askar
India muslim dan melayu dalam pasukan British.
Mereka akan dihantar ke tanah
Arab untuk membantu 'revolusi Arab' menentang Turki Uthmani (Revolusi
Arab ini dicetuskan oleh agen British T.E Lawrence atau terkenal dengan
gelaran 'Lawrence of Arabia untuk mengusir Turki dari 'levant' termasuk
Palestin). Askar melayu pula akan dihantar ke Afrika Timur untuk
menggugat wilayah Islam seperti Somalia, Ethiopia, Eritrea, Sudan.
Seorang ulama tempatan bernama
Ust Nurul Alam Syah dari Kampung Jawa, Singapura dan seorang saudagar
Gujerat bernama Kassim ali telah meniup semangat jihad di kalangan
tentera Islam supaya tidak patuh kepada arahan British dan sebaliknya
memerangi mereka yang memusuhi Islam.
Pada 15 February 1915 seramai
815 askar India Muslim dan 100 askar melayu telah menyerang kedudukan
pasukan British, menyebabkan 33 orang askar British terkorban. British
telah memohon bantuan dari TSN (Timbalan Setia Negeri) untuk mematahkan
pemberontakan ini. Ini adalah satu episod malang di mana Tentera Setia Negeri telah digunakan untuk mengkhianati perjuangan umat Islam.
Peristiwa yang disebut sebagai
'Dahagi' (mutiny - atau pemberontakan) ini telah menyebabkan ramai
askar-askar muslim dijatuhkan hukuman bunuh dengan 'firing squad'. Ust
Nurul Alam dan Kassim Ali di hukum gantung.
Demikian secebis dari perjuangan
umat ini yang tidak pernah diungkap dalam buku-buku sejarah rasmi
negara kita. Atas kesedaran bahawa ada usaha untuk menafikan umat ini
dari sejarah sebenarnya, saya akan berusaha untuk mengenengahkannya
kembali melalui ucapan, ceramah dan penulisan buku insyaAllah.
0 comments:
Post a Comment