Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, March 16, 2010

Buah Plum bantu kurangkan berat badan.


Kebaikan buah plum memang tidak dapat dinafikan. Buah yang dikenali dengan nama saintifiknya ‘prunus domestica’ ini sering dijadikan sebagai bahan kajian kesihatan. Ini disebabkan kandungan unik khasiat fito yang dipanggil asid neoklorogenik dan klorogenik yang terdapat di dalamnya. Bahan yang dijumpai dalam buah plum ini dikelaskan sebagai fenol dan fungsinya sebagai antioksidan memang telah diperakui.

Buah plum berasal dari negara China, Amerika, Eropah dan Kaukasus. Penulis Greek mengatakan bahawa plum telah diimport ke Greek daripada Syria, manakala orang Roman memperkenalkan buah ini di Eropah Utara.


Plum biru tua


Plum merah

Satu perkara unik mengenai buah plum adalah kepelbagaian jenisnya. Buah plum boleh dikelaskan dalam enam kategori am iaitu Jepun, Amerika, Damson, Ornamental, Liar dan Eropah. Terdapat pelbagai saiz, bentuk dan warna buah plum.

Walaupun selalunya buah plum berbentuk bulat, tetapi buahnya juga boleh berbentuk bujur atau berbentuk hati. Kulit buah plum pula boleh berwarna merah, ungu, biru tua, merah, hijau kuning atau kuning jingga. Kesemua buah plum boleh dikategorikan sebagai buah pepauh atau buah-buahan berisi lembut dan berbiji keras.

Bebas garam dan kolesterol

Buah plum tinggi karbohidrat, rendah lemak dan rendah kalori. Plum juga merupakan sumber terbaik vitamin A, kalsium, magnesium, besi, kalium dan serat. Plum juga bebas sodium (garam) dan kolesterol.

Buah plum tinggi kandungan gula, namun bagitu, buahnya tidak mempunyai kanji. Maka disebabkan itulah buahnya tidak akan menjadi manis selepas dipetik, tetapi enzim pektin akan melarutkan sesetengah pektin sekaligus menyebabkannya menjadi lembut. Tindakan ini boleh ditangguhkan jika buah disejukkan. Pektin adalah sejenis gelatin yang terdapat pada buah-buahan.

Seperti semua buah, plum juga mengandungi sejumlah besar vitamin C. Buah plum boleh dimakan secara segar, setelah dikeringkan, dijadikan jeruk, dijadikan jem mahupun dijadikan jeli. Buah plum akan bertukar menjadi buah prun setelah dikeringkan dengan cara meninggalkannya di atas pokok untuk kering secara semulajadi atau dikeringkannya di dalam ketuhar dalam suhu rendah.


Plum kering

Banyak khasiat dari segi kesihatan dan perubatan yang mampu diberikan oleh buah plum. Buah plum dikatakan mampu merangsang pergerakan usus. Kulit buah plum mengandungi sejenis bahan yang bertanggungjawab untuk kesan tersebut. Jika anda memakan buah plum, lebih baik tidak membuang kulitnya kerana dengan cara ini, khasiatnya tidak terjejas.

Kurangkan berat badan

Memakan buah plum juga dikatakan mampu meningkatkan pengambilan khasiat buat tubuh, mengurangkan berat badan serta mengurangkan risiko peningkatan tekanan darah. Beberapa kajian yang dilakukan terhadap prun kering mendapat sejumlah kandungan polifenol yang tinggi dikatakan boleh mengembalikan jisim dan struktur tulang. Prun juga dikatakan sumber terbaik boron, yang dipercayai memainkan peranan dalam mencegah osteoporosis.

Buah plum dan prun juga merupakan laksatif yang efektid. Tindakan laksatif atau penjulap ini boleh diterangkan dengan kandungan sorbitol tinggi yang terdapat dalam buah ini.

Walaupun buah plum mempunyai khasiat yang boleh diambil untuk tujuan perubatan, namun begitu pengambilannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

Plum dan prun dikatakan mengandungi sejumlah oksalat yang sederhana. Individu yang mempunyai sejarah batu buah pinggang mengandungi oksalat perlu menghadkan pengambilan buah plum dan prun.

Sumber : MisteriAlam

0 comments: