Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, January 10, 2011

Khalifah Umar bin Aziz Dengan Pelitanya

Maqam Khalifah Umar bin Abdul Aziz di Negara Syria.

Dalam sejarah orang-orang islam ada dua orang khalifah agung yang kedua-duanya bernama Umar. Seorang bernama Umar bin Khatab dan yang seorang lagi bernama Umar bin Abdul Aziz.

Umar bin Abdul Aziz adalah cicit kepada Umar bin Khatab kerana ibunya adalah cucu Umar bin Khatab. Pada suatu malam, khalifah Umar bin Abdul Aziz sedang menyemak rekod-rekod wang perbendaharaan Negara di pejabatnya.

Beliau membaca rekod-rekod itu dengan menggunakan cahaya daripada sebuah pelita minyak kecil, cukup untuk kegunaan beliau seorang.

Kemudian beliau terdengar pintu diketuk dan suara orang member salam.

“siapa?” khalifah Umar bin Abdul Aziz bertanya tanpa emmbuka pintu. “saya ialah anakanda, ayahanda,” beliau terdengar suara anak lelakinya.

“ada apa?” Tanya khalifah Umar bin Abdul Aziz, masih tidak membuka pintu pejabatnya. “bonda menyuruh anakanda datang sebab ada masalah,” jawab anaknya.

“masalah apa?” Tanya si ayah. “bukalah pintu ini, ayahanda, biar saya masuk dulu,” kata si anak.

“masalah siapa? Masalah keluarga? Masalah rakyat? Ataupun masalah Negara?” Tanya ayah. “masalah keluarga kita, ayahanda,” jawab si anak.

“baiklah, tunggu sekejap, ayahanda buka pintu,” kata khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Sebelum beliau bangun, beliau meniup api pelita hingga padam, lalu bilik pejabatnya menjadi gelap-gelita.

Kemudianya khalifah Umar bin Abdul Aziz meraba-raba mencari pintu lalu membukanaya.

“masuklah,” kata si ayah dalam gelap itu. “ayahanda, mengapa dipadamkan pelita itu? Bagaimana kita hendak bercakap dalam gelap ini?” Tanya anaknya.

“nampaknya begitulah. Kalau kita hendak bercakap-cakap di dalam bilik ini, kita terpaksa bercakap dalam gelap,” kata khalifah umar Umar bin Abdul Aziz.

“mengapa pula begitu, ayahanda?” Tanya si anak lagi. “bukankah anakanda tahu ini bilik apa.”

“ini pejabat ayahanada,” kata si anak. “siapa ayah anakanda?” “khalifah Negara, raja segala orang-orang islam,” kata si anak.

“itulah sebabnya, kita terpaksa bercakap-cakap dalam gelap di bilik ini.” tapi mengapa?”

“pelita itu dinyalakan dengan minyak yang dibeli menggunakan wang Negara, wang rakyat. Anakanda datang ke mari sebab hendak membincangkan urusan keluarga kita,” kata si ayah.

“pejabat ini tempat ayahanda menjalankan kerja-kerja Negara, demi kepentingan rakyat. Kita tidak boleh menggunakan harta rakyat untuk mengurus hal-hal keluarga kita,” sambungnya.

“jawatan ayahanda ini adalah amanah tuhan, hari akhirat nanti ayah akan ditanya, bagaimanakah ayahanda hendak menjawabnya?” kata khalifah Umar bin Abdul Aziz kepada anaknya.


0 comments: