Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, January 4, 2011

Solat Subuh Sangat Penting


Susahnya nak bangun di awal pagi untuk solat subuh. Kita pergi kerja, tiap-tiap hujung bulan dapat gaji, tapi untuk solat subuh hari-hari, tak dapat apa-apa pun. Itulah masalahnya, kalau kita tak nampak. Bayangkan kalau kita nampak. Kalau kita menunaikan solat subuh. Dapat segunung pahala, mahligai daripada emas dan lain-lain lagi ganjaran pahalanya yang tidak terjangkau di fikiran. Ha! mesti penuh masjid-masjid dan surau-surau. Mari kita tenguk apa istimewanya solat subuh ni.

Solat yang paling berat bagi orang munafik ialah solat subuh dan isyak, sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, pasti mereka akan mendatanginya walaupun dengan merangkak HR Bukhari dan Muslim.


...dua rakaat solat sebelum subuh adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya ! HR Muslim...

Dari Abu hurairah , Rasulullah SAW bersabda: jangan tinggalkan solat subuh walaupun kamu dikejar kuda, HR Abu Daud dan Ahmad

Istimewanya solat subuh.

1. Solat yang paling utama.


2. Azan subuh yang istimewa iaitu ada penambahan seruan, solat itu lebih baik daripada tidur.


3. Rasulullah SAW ada bacaan khusus ketika solat subuh pada hari Jumaat, iaitu surah As Sajadah pada rakaat pertama, dan Al Insan pada rakaat yang ke 2
.

4. solat subuh tidak boleh diqasar atau dijamak dan Rasulullah SAW memanjangkan bacaan ketika solat subuh.


5. Solat sunat sebelum subuh ialah solat sunat paling utama. Tidak ada solat sunat yang lebih diperhatikan oleh Rasulullah SAW selain daripada solat sunat sebelum subuh HR Bukhari



0 comments: