Tidur di kaki lima pejabat imigresen
KUALA LUMPUR: Rata-rata pekerja asing yang hadir ke Jabatan Imigresen Pusat Bandar Damansara, dekat sini, berputih mata apabila tidak dapat mendaftar menggunakan sistem biometrik walaupun menunggu empat hari di luar pintu masuk pejabat jabatan itu.
Gambar: TERBARING...pekerja asing tidur di kaki lima sementara menunggu giliran.
Tinjauan Harian Metro mendapati, ribuan pekerja asing mengerumuni kawasan itu dengan berasak-asak sehingga kadang-kadang berlakunya kekecohan akibat tindakan tolak-menolak dan potong barisan.
Kebanyakan pekerja asing itu dibawa majikan masing-masing dan tidak diketahui puncanya, proses yang sepatutnya selesai dalam tempoh beberapa minit bertukar beberapa hari.
Warga Indonesia, Sittina Kas, 36, berkata dia berulang-alik dari rumah sewanya di Datuk Keramat selama empat hari untuk melakukan proses itu, namun sehingga kini masih gagal.
“Setiap hari saya duduk di luar menunggu giliran nama saya dipanggil, tetapi pegawai masih tidak berbuat demikian.
“Hal itu menyebabkan saya menunggu dari seawal jam 9 pagi sehingga 10 malam. Lebih mengecewakan, ada di antara kami yang tidak dilayan seadilnya apabila ramai pekerja asing yang baru sampai dengan tiba-tiba boleh berbaris dan tidak lama selepas itu mereka melakukan proses berkenaan,” katanya.
Zainol, 30, pula berkata dia dan isterinya tidak berani berganjak dari tempat duduk untuk pergi ke tandas apatah lagi membeli makanan.
“Kami takut kalau-kalau nama dipanggil, tetapi tidak mendengarnya lalu menyebabkan kami terlepas peluang untuk laksanakan proses ini dengan cepat.
“Walaupun pejabat dibuka 24 jam, hal ini tetap berterusan dan tidak tahu mengapa mereka (pegawai bertugas) tidak memanggil nama saya dan isteri,” katanya yang turut membawa anaknya yang berumur enam tahun.
Difahamkan, selain menunggu dari jam 1 hingga 3 pagi, kebanyakan pekerja asing tidur di luar pejabat dan kaki lima premis perniagaan bersebelahan semata-mata mahu yang pertama berbaris untuk keesokan harinya.
Walaupun mereka tahu tempoh pendaftaran proses berkenaan dilanjutkan, mereka masih mahu menunggu kerana khuatir berlakunya sebarang pindaan selepas ini. -HM

0 comments:
Post a Comment