KENYATAAN Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak mahu merampas negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat dengan mengguna kan apa sahaja ‘senjata’, seolah-olah sudah terbukti.
Tindakan pemberian MyKad serta pertindihan nama pengundi dalam daftar pemilih yang berlaku secara berleluasa di Selangor mungkin jalan terakhir di gunakan sebagai ‘talian hayat’ bagi meneruskan kuasa Najib di Putrajaya.
Pemberian MyKad kepada warganegara asing seperti Kemboja dan Indonesia yang didedahkan PAS Selangor, sebenarnya telah lama berlaku. Sebab itu, pimpinan Umno Selangor diketuai Najib begitu yakin dapat merampas 38 kerusi daripada 56 kerusi Dun.
Mereka sudah menjangkakan Dun mana yang boleh dirampas dan menang dengan selesa. Kaedah yang digunakan dengan pemberian MyKad serta pertindihan pengundi dalam daftar pemilih, memang bertujuan mengekalkan kuasa rakus Umno-BN.
Pendedahan awal akhbar Harakah awal Februari lalu, mendapati sebuah bas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya dijadikan tempat operasi bagi mengesahkan pertukaran alamat warga Sabah. Pertukaran alamat itu di akui sendiri oleh beberapa orang warga Sabah yang diarahkan oleh Umno untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13. Mereka dijanjikan tempat tinggal dan pekerjaan.
Perkara itu berlaku di Seksyen 11, Shah Alam ia itu di hadapan bangunan Umno Bahagian Shah Alam.
Dua minggu selepas itu, di Dun Paya Jaras berlaku sindiket pemberian MyKad kepada pendatang tanpa izin (Pati) secara berleluasa dengan cara yang sangat meragukan.
Ekoran keraguan itu Jentera Pusat Khidmat Dun Paya Jaras menahan tiga warga Kemboja yang dicurigai cuba mengedar Kad Pe ngenalan kepada rakan-rakan mereka di alamat Nombor 16, Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras, jam 7.30 malam.
Ketiga-tiga warga Kemboja yang dicurigai itu telah dihantar ke Balai Polis Sungai Plong, Sungai Buloh tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.
Mereka yang terlibat, dua dari Pekan, Pahang dan seorang dari Kelantan. Tiga orang yang dicurigai itu membawa beg berisi fail yang mengandungi borang JPN serta dokumen berkaitan.
Sebelum itu pada Januari lalu, tindakan yang sama telah diambil kepada tiga warga Kemboja yang sedang mengedarkan MyKad kepada lebih 100 orang rakan-rakan mereka yang tinggal di kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh.
Selain sindiket pemberian MyKad, jentera PAS Kota Raja dapat mengesan tindakan ketua Umno cawangan di Parlimen Kota Raja mengarahkan semua guru-guru Kemas menyediakan alamat untuk didaftarkan warga Sabah dan Sarawak. Ini bertujuan bagi membolehkan mereka mengundi di Parlimen Kota Raja. Perkara itu diakui sendiri oleh guru Kemas yang terlibat dan tidak mahu namanya didedahkan.
PAS Selangor turut membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menerima pendaftaran baru pasukan Pelapis UPM sebagai pengundi pos di Seri Serdang. Pendaftaran itu menimbulkan konflik kerana mereka mempunyai kad pengenalan.
Menurut Adun Sri Muda (KeADILan), Suhaimi Shafie tindakan Umno mendaftarkan warga Sabah dalam daftar pemilih merupakan perkara biasa yang dilakukan Umno setiap kali menjelang pilihan raya. Ini dilakukan kerana kata beliau, hanya semata- mata mahu mengekalkan kuasa pimpinan Umno me megang tampuk negara.
Lebih memeranjatkan, pendedahan daripada Jabatan Pilihan Raya PAS negeri Selangor mendapati daftar pemilih bertindih di temui sebanyak 11,000 di seluruh Dun negeri Selangor.
Semakan itu ditemui apabila pemilih mempunyai kad pengenalan yang sama hanya ditukar tarikh lahir dan mereka dapat mengundi di tempat berbeza.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan isu pertindihan pengundi dan sendiket pemberian MyKad sangat serius.
Ini katanya, membuktikan bahawa BN sangat tertekan dan terdesak sehingga sanggup melakukan perkara yang mengancam keselamatan negara.
Sehubungan itu, tambah beliau, PAS mendesak supaya satu sidang Parlimen diadakan segera dan Majlis Raja-raja dapat melihat isu itu lebih serius kerana ia ternyata mengancam masa depan dan keyakinan rakyat pada sistem di Malaysia.
Menurut beliau, jumlah yang didedahkan sangat besar dan PAS masih menerima aduan orang ramai berkenaan isu MyKad dan pertindihan pengundi.
“Isu ini perlu ditangani segera dan kita mohon supaya Yang di-Pertuan Agong tidak akan membubarkan Parlimen sehingga isu ini diselesaikan,” tegasnya.
Beliau menyokong supaya satu desakan baru oleh Bersih agar dapat dijadikan ukuran untuk meluluskan pilihan raya atau menangguhkan.
Jika diadakan satu lagi himpunan Bersih tegas beliau dan desakan itu tidak diambil kira maka ia akan mendedahkan sistem pilihan raya di Malaysia pada suatu keadaan di mana rakyat kehilangan keyakinan.
“Masalah keyakinan rakyat pada sistem pilihan raya yang melibatkan pegawai SPR juga menampakkan bahawa mereka tidak menunjukkan sikap tidak berpihak, perkara ini tidak sepatutnya berlaku,” tegasnya.
Tuesday, August 16, 2011
Talian hayat Umno terlondeh satu persatu
Posted by Suhaimi at 4:13 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment