Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, August 15, 2011

RM317,000 Untuk Tender Plat Kenderaan Baru Kerajaan Melaka!

http://2.bp.blogspot.com/-Sk-moynxM5o/TjeWvc9bVnI/AAAAAAAAElI/lw3BlUWgVOI/s1600/zzzzterana.jpg
Kami sememangnya kesal dengan tindakan Kerajaan negeri Melaka, yang kami rasakan sangat membazir.Mengeluarkan peruntukan sebanyak RM 317,000 untuk pembelian tender nombor pendaftaran kereta kerajaan yang baru,rasanya bukan satu langkah yang bijak.

Maklumat pembelian tender nombor pendaftaran kereta itu diperoleh dari Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka yang menyatakan bahawa sejumlah RM317,000 tender telah dibuat atas nama Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

No pendaftaran kereta tersebut adalah dari MCC1 sehingga MCC 15.Dipercayai ianya akan digunakan untuk kenderaan rasmi baru kerajaan negeri iaitu Nissan Teana.Pada pendapat kami, kegilaan kerajaan-kerajaan negeri, tak kiralah dari negeri mana sekalipun, ianya perbuatan yang membazir.

Dengan duit sebanyak itu, banyak program-program untuk menbangunkan rakyat dapat direncanakan.Suruh rakyat bijak berbelanja, tapi urus duit macam duit sendiri, itulah yang susahnya dengan pemimpin sekarang.Tidak ada perlunya Kerajaan Negeri Melaka meneruskantrend kegilaan no pendaftaran ini untuk kenderaan jabatan.- BeritaSemasa-

0 comments: