Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, August 1, 2011

Pilihanraya Ketua Kampung Pulau Ketam guna dakwat kekal

pulau ketam village head election 310711 indelible ink

Pulau Ketam di Selangor mencatatkan dua sejarah di Malaysia dalam pilihan raya ketua kampung hari ini - sebagai negeri pertama menghidupkan semula amalan itu selepas 46 tahun, dan yang pertama menggunakan dakwat kekal untuk proses mengundi bagi mengelakkan penipuan.

Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang
menjadi perintis dalam usaha memulihkan pilihan raya ketua kampung di tiga buah kampung, menjelaskan bahawa pilihan raya tempatan telah dibekukan pada tahun 1965.

Perkampungan Cina di Klang itu adalah yang pertama dalam inisiatif kerajaan negeri untuk menghidupkan semula amalan tersebut, walaupun PKR Perak pernah menimbang idea itu sewaktu mentadbir sekejab negeri itu sebelumnya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Ean Yong berkata pilihan raya itu menggunakan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda.

Menurutnya, dalam proses pengundian hari ini, ibujari setiap penduduk yang menerima kertas undi, ditandakan dengan dakwat kekal.

Menjawab soalan, Ean Yong berkata semuanya berjalan lancar dan beliau tidak menerima sebarang aduan berhubung dasar baru itu.

Penggunaan dakwat kekal merupakan salah satu tuntutan utama BERSIH 2.0 yang menganjurkan perhimpunan pada 9 Julai bagi menuntut pembaharuan dalam pilihan raya negara. Ia dikatakan murah dan berkesan dan mudah dilaksanakan, berbanding dengan sistem berteknologi tinggi biometrik yang dicadangkan oleh kerajaan.

0 comments: