Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, August 15, 2011

JAKIM Sahkan Mentega ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn' Tidak Halal.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijk-fGGf2QHvWPP9725it0tydGc6Oat3I0sN-d34p5zsMRJ_pdnpqhvNAKVjdBAJ6t5xiWkU8EgxwaKYRh6KyVnHcQwB270xwS8y9LRob0HpSqF6PuEtcSA7tcKcqtYUmD-5DWqK6nfO8/s320/mini-nz-golden_churn-butter.jpg

Hari tu beriya-iya sangat JAKIM pertahan cakap Golden Churn Butter di Semenanjung Malaysia halal, siap cakap Golden Churn di Sarawak je yang haram. Hari ni, keluar kenyataan di Berita Harian dah sahkan Golden Churn di Malaysia ni tidak halal, itu pun lepas wakil Golden Churn mengaku sendiri. Kalau mereka tak mengaku, maknanya mungkin halal lagi lah bagi JAKIM.

golden churn

Dibawah di ambil dari BH

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM hari ini mengesahkan mentega jenama ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn‘ yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha, berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak. Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lalu Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas. – BERNAMA


0 comments: