Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, February 19, 2013

2013 - Tahun Untung Rakyat Malaysia

Dividen KWSP 6.15 Peratus. Tabung Haji 8 Peratus Dan ASB 8.9 Peratus

Tahun ini rakyat Malaysia amat beruntung kerana semua perniagaan yang dijalankan oleh agensi kerajaan yang menjaga tabungan pelaburan rakyat telah mendapat keuntungan. Ini dapat kita lihat melalui pemberian dividen yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Walaupun dikatakan pada tahun 2012 banyak syarikat dan negara mengalami masalah ekonomi tapi di Malaysia nampaknya ia agak berbeza.

Tahun ini rakyat Malaysia menerima pelbagai keuntungan dari kerajaan. Selain menerima imbuhan seperti BR1M 2.0 dan lain-lain imbuhan, rakyat juga akan menerima dividen pelaburan yang tinggi dari hasil penabungan dan pelaburan yang mereka buat.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan kadar dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2012.

Pengerusinya Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur berkata kadar tersebut adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding kadar 6 peratus yang dibayar pada tahun 2011.

"Ia juga mencatatkan rekod baharu berjumlah RM27.45 bilion yang diagihkan kepada anggota KWSP, meningkat 12.20 peratus daripada RM24.47 bilion yang dibayar pada tahun sebelumnya.

"Pada 2012 juga KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi sebanyak RM31.02 bilion meningkat 13.91 peratus berbanding 2011," katanya.

Sebelum ini Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pemberian bonus jubli emas yang dibuat oleh YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Pengumuman bonus jubli emas yang dinamakan sempena sambutan 50 tahun penubuhan TH ini memperlihatkan peningkatan kadar bonus sebanyak 0.5 peratus berbanding pemberian bonus sebanyak 6.0 peratus yang dibayar pada 2011. Sempena perayaan sambutan 50 tahun ini juga, para pendeposit turut menikmati agihan bonus khas sebanyak 1.5 peratus.

Akhir tahun 2012 Amanah Saham Bumiputera (ASB) juga telah mengumukan dividen 7.75 dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012.

Adakah semua keuntungan ini benar-benar berlaku atau ianya hanya sekadar gimik untuk menarik perhatian rakyat menjelang PRU13. Jika betul kita ucapkan thaniah. Rakyat tentunya mengharapkan ianya akan berterusan untuk tahun-tahun akan datang, bukan hanya kerana tahun ini tahun PRU13.

Tun Ahmad Sarji & Tan Sri Hamad Kama Piah umum dividen & bonus ASB

0 comments: