Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, February 22, 2013

DPMM akan bina 1,000 unit kondominium di Johor, dijual pada harga kos sekitar RM350,000 hingga RM400,000


Syed Ali berkata DPMM masih belum memperolehi tanah berkeluasan 40 ekar tersebut daripada kerajaan Johor, walaupun mahkamah telah mengarahkanya. – Gambar fail
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) hari ini mengumumkan akan membina 1,000 unit kondominium di pesisir Pantai Lidor dan akan dijual pada harga kos bagi membantu golongan berpendapatan sederhana di negeri berkenaan memiliki kediaman sendiri.

Presidennya, Syed Ali Alattas berkata unit kondominium yang bakal dibina akan menghadap Singapura dan akan dijual pada harga sekitar RM350,000 hingga RM400,000 di bawah harga pasaran semasa sedangkan harga hartanah di kawasan tersebut yang kini mencecah sehingga RM1.3 juta.

“Kita ingin membantu rakyat Johor untuk menjadi jutawan,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat DPMM di sini.

“Daripada 1,000 unit tersebut, kuotanya adalah 70 peratus untuk Melayu, 30 peratus bukan Melayu dan juga turut disediakan kuota bagi organisasi sosial dan persatuan,” katanya lagi.

Daripada jumlah itu, setiap 20 peratus adalah bagi tujuan tanggungjawab sosial korporat dan juga organisasi,

Beliau turut menambah 1,000 unit berkenaan adalah sebahagian daripada keseluruhan projek bernilai RM12 bilion di atas kawasan 40 ekar lot tanah di sepanjang perairan Johor menghadap ke Singapura.

“Melayu Johor adalah Melayu miskin ... Mereka semakin miskin apabila lebih banyak pelaburan masuk,” katanya.

“Kehidupan di Johor semakin lama semakin meningkat,” katanya.
P/S: Siapa yang perintah Johor. Kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan. Pemimpin hidup penuh kemewahan, rakyat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

0 comments: