Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, February 4, 2013

MTEM: Mengapakah Petronas Mengkhianati Rakyat Malaysia?

 Sumber mtem.my


Mengapakah Petronas Mengkhianati Rakyat Malaysia?
Mtem Mendesak Presiden Dan Kepimpinan Baru Petronas Di Singkirkan

KENAPA PETRONAS ?

PETRONAS adalah khazanah dan ikon negara yang menjadi penyumbang besar ekonomi negara. Hasil titik peluh sekian lama kepimpinan lalu telah menjadikan PETRONAS sebagai salah satu gergasi ekonomi dunia, tersenarai dalam senarai Fortune 500 dan megah menjadi duta penjenamaan negara di pentas dunia. Sepertimana kita ketahui PETRONAS menyumbang hampir 30% kepada bajet negara dengan sumbangan RM60 billion dalam tempoh 5 tahun ini dan sejumlah sumbangan langsung bernilai RM650billion sejak penubuhannya.

Dalam konteks usahawan dan SME Melayu dan tempatan; PETRONAS selama ini tidak kurang memainkan peranan penting dalam melalui program VDP, pembangunan kapasiti, pelaburan dan projek-projek ekonomi kepada syarikat tempatan dan melayu. Sehubungan itu MTEM melihat PETRONAS sebagai pelindung dan benteng ekonomi dan sebarang perkembangan yang negatif harus dipantau dan diperbetulkan sebelum ia rosak dan perubahan harus berlaku sebelum PRU 13 ini bagi memberi keyakinan pada rakyat bahawa amanah rakyat ini tidak dikhianati.

PERUBAHAN DALAM PETRONAS

Komuniti perniagaan Melayu MTEM telah melihat perkembangan yang negatif sejak perubahan kepimpinan dalam PETRONAS seterusnya memberi implikasi kepada prestasinya sacara langsung dan tidak langsung. Ini turut sama merencat perkembangan Usahawan dan SME Melayu dan tempatan yang selama ini telah dibantu dan dibangunkan oleh PETRONAS dalam sektor langsung dan tidak langsung (core and non core business) minyak dan gas.

Secara ekonominya; aliran wang tunai kumpulan PETRONAS telah menurun pada kadar RM2.1billion kepada RM162.2billion, dan keuntungan selepas cukai menunjukkan tren penurunan termasuk penutupan operasi mereka di Sudan. PETRONAS mencaturkan nilaian risiko bernilai RM300billion untuk 5 tahun ke hadapan ini.

MTEM juga berpandangan; masalah yang lebih parah lagi adalah apabila PETRONAS pada hari ini dilihat tidak lagi memainkan peranan yang menyeluruh dalam pembangunan ekonomi negara khususnya dalam pembangunan komuniti perniagaan Melayu dan tempatan dalam mempersiapkan negara ke arah liberalisasi ekonomi. PETRONAS hari ini lebih mengutamakan kemasukan syarikat-syarikat asing dan pemain tempatan melukut ditepi gantang.

KEANGKUHAN PETRONAS

MTEM (hingga kini) adalah sebuah gabungan 47 NGO ekonomi Melayu nasional dan 101 NGO ekonomi bersekutu dalam memperjuangkan pembangunan ekonomi negara khususnya dalam memastikan masyarakat Melayu tidak terus ketinggalan dalam pengagihan kek ekonomi negara.

MTEM konsisten dalam menyuarakan isu industri minyak dan gas bermula sepertimana berikut :

    Penyertaan dalam makmal PEMANDU dan TERAJU

    Cadangan MTEM dalam isu Minyak dan Gas dalam pertemuan dengan PM, TPM dan DSIJ.

    Kerjasama MTEM dan PEMANDU dan MTEM dan TERAJU

    Pertemuan MTEM bersama COO PETRONAS (29 Mei 2012)

    Kenyataan MTEM berhubung penyertaan Malayu dalam inisiatf industry minyak dan gas (Lampiran 1)

    Pertemuan MTEM bersama Penasihat Petronas (19 Didember 2012)

    Pertemuan MTEM bersama Pengerusi PETRONAS (10 Januari 2013)

    Permohonan pertemuan MTEM bersama Presiden PETRONAS

    Mesyuarat telah ditunda sebanyak 3 kali


MTEM dukacita dengan sikap dan rasa tidak bertanggungjawab Presiden PETRONAS yang menggambarkan beliau tidak serius dalam menjawab keresahan dari komuniti perniagaan melayu MTEM. Rasa tidak puas hati ini bukan hanya datang dari MTEM semata-mata malahan telah disuarakan secara jelas oleh warga PETRONAS sendiri dalam surat mereka kepada Pengerusi PETRONAS pada November 2012 (rujuk www.mtem.my). Keresahan yang sama juga ditimbulkan oleh kepimpinan negara dan tempatan antara Datuk Seri Panglima Anifah Aman (Lampiran 2) dan Tan Sri Pairin Kitingan melalui kenyataan dan surat mereka yang ditujukan kepada Presiden PETRONAS (rujuk www.mtem.my).

KENAPA PETRONAS DILIHAT GAGAL

Pelbagai aduan telah diterima dari usahawan dan pihak berkepentingan dalam dan diluar PETRONAS. Hal ini dirumuskan melalui 5 perkara berikut :

1. Dasar keterbukaan PERTONAS yang dilihat mengutamakan syarikat-syarikat asing yang sebahagiannya tidak punya lesen PETRONAS sepertimana termaktub dalam undang-undang dan tidak memberi peluang secukupnya kepada usahawan Melayu dan tempatan untuk terlibat:

a. Projek SAMUR, Sipitang Sabah; Tender Pakej Jeti
b. Projek SOGT Kimanis (Lampiran 2)
c. Penglibatan syarikat Technip dalam pelbagai projek terutama melalui MMHE (Lampiran 3)
d. Keraguan pada Kontrak perkhidmatan upstream kepada SclumbergerBusiness Consulting, Baker etc tanpa dokumentasi yang sesuai (Rujuk laporan MACC : www.mtem.my)
e. Keraguan pada penganugerahan perkhidmatan perundingan kepada beberapa syarikat asing (Rujuk laporan MACC : www.mtem.my)


2. Perletakan warga asing dan bekas ketua-ketua dari syarikat pesaing untuk mengisi posisi strategik dalam PETRONAS (Shelligali @ Petronas Carigali?)

a. Kepimpinan syarikat pesaing diletakkan pada posisi kepimpinan strategik dalam Petronas walaupun ada calon berkelayakan dalaman PETRONAS.
b. Keuntungan MMHE jatuh walaupun bertukar ke kepimpinan warga asing (Lampiran 4) dan dilaporkan telah dikeluarkan dari indeks FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) akhir tahun lalu [24 Dec 2012 :SUNBIZ : muka 22)

3. Aduan dan bantahan dari pelbagai pihak berkepentingan berhubung pelaburan dan projek baru PETRONAS yang kelihatan berisiko, tidak menguntungkan dan tidak sejajar dengan matlamat dan halatuju pembangunan masa depan PERTONAS yang lestari.

a. Pengambilan CNOC Canada (Lampiran 5)
b. Pengswastaan MISC yang dilaporkan awal tahun ini.

4. Aduan dari pelbagai pihak mengenai keputusan PETRONAS dalam pemberian kontrak kepada syarikat-syarikat berkepentingan asing yang bermasalah, tidak mempunyai pengalaman kerja yang baik dan masalah integriti.

a. Pemberian kontrak kepada syarikat dengan tuduhan rasuah oleh US SEC (Lampiran 6)
b. Tuduhan skandal RM60billion sebuah syarikat asing dalam projek RAPID dan penglibatan syarikat tersebut dalam pelbagai projek lain seperti RSC (Laporan MACC : Rujuk www.mtem.my)

5. Mengadakan pelbagai polisi baru dan halangan yang menyebabkan banyak SME Melayu dan tempatan yang kehilangan pekerjaan dan lesen semasa memperbaharui lessen dari PETRONAS contoh : Steel Structure Swac Code, Detail Design Engineering Swac Code

6. PETRONAS tidak melakukan yang sewajar dan secukupnya sepertimana sebelum ini dalam mengadakan transformasi ekonomi untuk kepentingan ekonomi MElayu dan Tempatan.

a. VDP
b. RC
c. License (swac code)
d. Kontrak Fabrikasi
e. Perolehan


Semua ini dapat dirumuskan dengan masalah kepimpinan utama PETRONAS yang telah lari dari halatuju dan matlamat asal penubuhan sehingga menjejaskan ekonomi dan persiapan negara dan komuniti perniagaan khususnya dalam industri minyak dan gas menghadapi negara berpendapatan tinggi dan liberalisasi ekonomi dunia.

Maka adalah sewajarnya Presiden Petronas kini memberi laluan kepada kepimpinan baru yang menjiwai dasar dan perjungan kerajaan dan membawa kembali Petronas prestasi yang lebih baik dari sebelum ini.

Semua ini disimpulkan dengan baik sekali oleh Datuk Seri Panglima Anifah Aman dalam kenyataannya kepada PETRONAS awal Januari ini :

“Jadilah GLC yang berpegang kepada janji dan sentiasa mengenang budi dan bukannya menggigit jari kepada orang yang menyuapkan makanan”.

Perdana Menteri Malaysia perlu mengambil tindakan kepentingan rakyat perlu di dahulukan.

0 comments: