'Kedatangan Psy tidak akan memberi apa-apa impak positif kepada pertumbuhan industri hiburan tempatan'
Presiden Seniman Rozaidi Jamil berkata, kerajaan sepatutnya mengawal kebanjiran artis luar membuat persembahan di Malaysia dan dalam masa yang sama memberi lebih banyak peluang kepada artis tempatan.
Katanya, kedatangan Psy tidak akan memberi apa-apa impak positif kepada pertumbuhan industri hiburan tempatan.
“Persembahan artis luar terutama Psy K-Pop, penyanyi memberi kelebihan kepada cukai hiburan negara berbanding pelakon kerana ia cuma ‘one-off show’,” katanya.
Psy akan membuat persembahan di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di padang sekolah Han Chiang, Pulau Pinang anjuran Barisan Nasional (BN) dengan bayaran RM2 juta.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dijangka turut hadir ke majlis tersebut.
0 comments:
Post a Comment