Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, February 18, 2013

Halau Senator Australia, Tapi Lindungi Penjenayah Filipina

Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal kerana Kerajaan Umno BN mengusir Ahli Parlimen Australia, Senator Nick Xenophon dari Malaysia tetapi pada masa sama, melindungi penjenayah dikehendaki Filipina, Manuel Karingal Amalilio.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, kedatangan Xenophon hanya untuk bertemu beliau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

“Tetapi semalam beliau diusir balik ke Australia. Sebabnya Umno BN takut Xenophon kesan penipuan daftar pemilih SPR.

“Umno kata kerajaan United Kingdom pun hantar keluar pendatang (haram). Apa persamaan pendatang haram dengan Senator Xenophon?” katanya pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Selangor di Kompleks One Utama di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Anwar berkata, kerajaan Umno BN pada masa sama melindungi Amalilio yang dikehendaki di Filipina ekoran terlibat dalam penipuan melibatkan RM900juta di negara berkenaan.


Amalilio
“Presiden Filipina, Benignio Aquino buat kenyataan, desak pihak berkuasa Malaysia serahkan Amalilio agar beliau dapat disiasat dan didakwa.

“Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) cepat-cepat suruh tangkap. Dalam tempoh dua hari, terus dipenjara. Ini perbicaraan paling cepat di dunia,” katanya, sinis.

“Jadi, seorang senator tidak boleh masuk (Malaysia), penjenayah curi RM900 juta pula diberi perlindungan di Sabah?” katanya disambut sorakan hampir 5,000 hadirin.

Xenophon dihantar pulang ke Australia pada jam 10.30 malam 16 Februari lalu, selepas ditahan 15 jam di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang.

Amalilio yang juga anak saudara Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sebelum ini ditahan ejen Biro Siasatan Kebangsaan Filipina (NBI) di Ranau.

Bagaimanapun, sebelum sempat menaiki pesawat, polis Malaysia menahan mereka atas alasan Amalilio adalah rakyat Malaysia dan pasport Filipina yang dimilikinya, palsu.~ kd



0 comments: