Hizbi adalah merupakan merupakan gerakan pelajar di United Kingdom dan Republic Ireland yang di taja oleh PAS yang mula ditubuhkan pada akhir 1980an Melalui gerakan inilah PAS merekrut dan melahirkan pelapis kepimpinan mereka daripada golongan terpelajar
Ia adalah merupakan satu tindakan yang strategik ke arah menjadikan PAS sebagai parti yang didokong oleh golongan profesional Saban tahun pengaruh gerakan pelajar ini semakin kuat sehingga memaksa Umno mengambil tindakan yang drastik dengan mengharamkan Hizbi pada tahun 2003 di Loch Lomond Ireland.
Secara kasarnya, mungkin tindakan ini dilihat sebagai tindakan bijak yang menguntungkan Umno. Namun, jika diteliti, ia adalah strategi yang memberikan kerugian besar kepada Umno untuk jangka masa panjang. Jika sebelum pengharaman, Umno berpeluang memantau pergerakan Hizbi dengan mudah, pengharaman yang memaksa gerakan pelajar PAS tersebut bergerak secara "underground" telah menyukarkan mereka berbuat demikian.
Mereka juga yang sepatutnya berpeluang menjadikan Hizbi sebagai "benchmark" saingan untuk Kelab Umno luar negara dalam melahirkan kepimpinan pelapis, telah kehilangan peluang keemasan tersebut sebaik sahaja Hizbi diharamkan.
Tanpa persaingan yang sihat, Kelab Umno luar negara berubah menjadi kelab "syok sendiri" yang fungsinya tidak lebih daripada kelab sosial tanpa menawarkan nilai-nilai tambah kepada ahlinya. Hizbi dalam keterbatasan pergerakan secara "underground" pula telah berevolusi menjadi gerakan yang lebih tersusun dan cekap, yang menawarkan pembinaan sakhsiah dan latihan kepimpinan, yang tidak ada pada Kelab Umno.
Tidak hairanlah, sebahagian ahli-ahli yang direkrut gerakan pelajar PAS ini adalah terdiri daripada anak-anak pimpinan Umno sendiri. Aktivis Hizbi juga dilihat sebagai golongan yang dizalimi sikap "double standard" Umno dalam soal penglibatan pelajar dalam politik yang menambahkan bilangan simpatisan kepada gerakan tersebut.
Inilah contoh kegagalan Umno. Kegagalan yang bertitik tolak daripada cara pandang yang salah terhadap persaingan. Persaingan yang hanya dilihat sebagai ancaman dan bukannya sebagai satu motivasi untuk memperbaiki parti. Tidak keterlaluan rasanya jika saya ibaratkan cara pandang yang salah ini sebagai racun arsenik buat Umno yang membunuh secara perlahan-lahan.
Namun keengganan Umno untuk menerima persaingan secara sihat bukan bermula pada tahun Hizbi diharamkan. Ia telah lama berlaku dan ia adalah antara sebab mengapa Umno sekarang semakin lemah, dan lawannya PAS, semakin hari semakin kuat dan jauh meninggalkan Umno. Di bawah ini adalah merupakan beberapa contoh yang saya rasa perlu untuk disebutkan untuk dijadikan iktibar buat Umno.
Umno pada tahun 1990 yang tewas kepada PAS di Kelantan, mengekang pelbagai bentuk bantuan kepada Kerajaan PAS. Terbaru adalah penafian royalti minyak untuk Kelantan, walaupun tuntutan tersebut disokong oleh Tengku Razaleigh Hamzah, bekas pengerusi Petronas sendiri.
Umno pada tahun 1999 yang tewas kepada PAS di Terengganu, telah merampas royalti milik kerajaan Terengganu pada tahun 2000. Cubaan menghapuskan terus lawannya PAS yang menguasai Terengganu pada waktu itu dengan cara yang kotor.
Umno dengan kekuasaan mereka, memperalatkan kesemua media massa utama untuk kepentingan mereka. Kesemua berita yang melibatkan lawannya cuba ditonjolkan dalam bentuk yang negatif. Akibat campur tangan melampau ini, majoriti rakyat Malaysia tidak lagi mempercayai media massa yang dikuasai Umno, dan lebih gemar untuk mendapatkan sumber berita daripada media alternatif.
Kini, keengganan pemimpinnya untuk berdebat dengan pemimpin pembangkang dalam membahaskan apa yang terbaik untuk negara adalah manifestasi keengganan mereka untuk bersaing secara sihat. Natijahnya pemimpin Umno dilihat sebagai pengecut dan kurang idea baru dalam membangunkan negara.
Jika dalam dunia perniagaan, umum menyetujui bahawa persaingan akan menatijahkan servis yang lebih baik untuk pengguna. Hukum yang sama juga boleh diguna pakai untuk politik.
Pesan saya buat Umno. Berubahlah. Bersedialah berlawan secara sihat dengan lawan untuk kebaikan semua. PAS memerlukan saingan yang baik untuk membangun negara!
Sumber: Malaysia Insider
Wednesday, February 27, 2013
Masalah utama Umno: Keengganan untuk bersaing secara sihat
Posted by Suhaimi at 8:49 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment