Makan! Makan! Makan!..Semua orang tahu apa itu MAKAN tetapi tidak ramai yang tahu CARA untuk makan dengan lebih sihat. Ramai yang lebih memilih untuk makan makanan yang mereka rasakan sedap tetapi sebenarnya makanan itu tidak berkhasiat apatah lagi kadangkala makanan yang dipilih itu merbahaya pada tubuh badan.
Di sini terdapat sedikit tips pemakanan,sunnah junjungan besar kita,Nabi Muhammad S.A.W
Pertama,
Suapan awal ke dalam tubuh Rasulullah adalah udara segar di subuh hari. Baginda bangun sebelum subuh dan mengerjakan qiyamul lail. Para pakar kesihatan menyatakan bahawa udara sepertiga malam terakhir sangat kaya dengan oksigen dan belum dikotori oleh zat-zat lain, sehingga sangat bermanfaat untuk memaksimumkan metabolisme tubuh. Hal ini jelas sangat besar dan pengaruhnya terhadap seseorang dalam aktivitinya selama satu hari suntuk.
Kedua,
Di pagi hari, Rasulullah S.A.W menggunakan siwak untuk menjaga kesehatan mulut dan giginya. Mulut dan gigi merupakan organ tubuh yang sangat berperanan dalam pemakanan. Apabila mulut dan gigi sakit, kebiasaannya proses pemakanan menjadi terganggu
Ketiga,
Di pagi hari pula Rasulullah S.A.W membuka menu sarapannya dengan segelas air kosong yang dicampur dengan sesudu madu asli. Khasiatnya luar biasa. Dalam Al Qur’an, madu merupakan syifaa (ubat) yang diungkapkan dengan isim nakiroh, menunjukkan erti umum dan menyeluruh. Hal ini bererti pada asasnya madu boleh menjadi ubat atas pelbagai penyakit.
Keempat,
Masuk waktu dhuha (pagi menjelang tengahari), Rasulullah SAW sentiasa memakan 7 butir kurma ajwa (matang). Beliau pernah bersabda,”Barang siapa makan tujuh butir kurma maka akan terlindung dari racun.”
Kelima,
Menjelang petang hari, menu Rasulullah biasanya adalah cuka dan minyak zaitun yang dijamah dengan makanan ruji seperti roti. Manfaatnya banyak sekali, diantaranya mencegah lemah tulang, kepikunan di hari tua, melancarkan, menghancurkan kolesterol, dan melancarkan pencernaan. Roti dicampur cuka dan minyak zaitun juga berfungsi untuk mencegah barah dan menjaga suhu tubuh di musim sejuk
Keenam,
Di malam hari, menu utama makan malam Rasulullah adalah sayur-sayuran. Secara umum sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi yang sama iaitu menguatkan daya tahan tubuh dan melindunginya dari serangan penyakit
Ketujuh,
Rasulullah SAW tidak langsung tidur setelah makan malam. Beliau beraktiviti terlebih dahulu supaya makanan yang dijamah hadam dengan cepat dan baik sehingga mudah dicerna. Caranya boleh juga dengan solat. Rasulullah SAW bersabda,”Cairkan makanan kalian dengan berzikir kepada Allah SWT dan solat, serta janganlah kalian langsung tidur setelah makan, kerana dapat membuat hati kalian menjadi keras.”(HR Abu Nu’aim dari Aisyah r.a.)
Kelapan,
Rasulullah SAW sering menyempatkan diri untuk bersukan. Kadangkala baginda beriadah sambil bermain dengan anak-anak dan cucu-cucunya. Pernah pula baginda lumba lari dengan isteri tercintanya Aisyah r.a. Riadah diakui oleh para pakar kesihatan sangat bermanfaat bagi tubuh.
Kesembilan,Rasulullah SAW tidak menganjurkan umatnya untuk berlepak-lepak. Kerana itulah baginda tidak menyukai berbincang-bincang dan makan sesudah waktu isya. Biasanya baginda tidur lebih awal supaya boleh bangun lebih pagi. Istirehat yang cukup diperlukan oleh tubuh kerana tidur termasuk hak tubuh
JENIS MAKANAN
Rupanya tanpa kita sedari dalam makanan yang kita makan sehari-hari kita tidak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya pelbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain. Diet Rasulullah SAW menyebabkan baginda tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya setiap hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, anda tidak akan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU; contoh COCTAIL
CARA MAKAN
* * Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaiknya makanlah buah terlebih dahulu sebelum makan nasi. biasanya kita ikut cara barat,terbalik pulak dah!
* * Tidur 1 jam setelah makan tengah hari (makan siang).selalunya berjam-jam kita tidur
* * Jangan sekali-kali tinggal untuk makan malam, barang siapa yang tinggal untuk makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda (maksudnya jangan makan diwaktu tengah malam). kalau suka berlepak-lepak di warung mamak,bolehlah kurangkan ya^^
* * Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus .
SUNAH CARA MAKAN MENURUT NABI SAW
1. Makan garam sedikit sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil lagi sedikit dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan (tanpa sudu). Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.
2. Berdoa sebelum dan sesudah makan, cuci tangan dan minum dengan memegang gelas dengan tangan kanan, meskipun tangan tersebut bekas kuah walaupun seringkali tidak disukai oleh orang .
3. Duduk dibawah bukan dibangku dan makan dimulai dari tepi dan terakhir ketengah pinggan. Baik sekali makan berjemaah bersama keluarga maupun teman seperti ketika haji atau buka puasa bersama di Masjid dalam satu talam biasa untuk 4 orang.
4. Jangan tinggalkan sebutir nasipun kerana nasi ini berzikir
0 comments:
Post a Comment