Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Saturday, May 21, 2011

Susu 1 Malaysia - Korea tidak masuk senarai Jakim

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZ4k3-zyjj9wdsVqELs0I2UBkt2FS5yHp1apn3BTGu0URsl3ByGsQcdW_HX12hzarn8LLjoFZV0Q9lKz-4bSbYcWdGUM1e8uEtRHX0XG1PdnfK34Zq-bL1ZOLr6PscCS-VC2X42f2VyS0/s1600/susu1malaysia.png
KUANTAN, 20 Mei - Pendedahan Pahang Daily Online (PDO) berkaitan lebih 50 orang murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwang Hwa dan 20 murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kong Min dekat sini muntah-muntah, sakit perut dan cirit-birit selepas meminum susu sekolah "1Malaysia" pada 18 Mei lalu benar-benar telah mengejut semua pihak terutamanya Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP).

Khabarnya semalam, rombongan JPNP telah membuat tinjauan ke sekolah terbabit untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang insiden ini. Malah, mereka terkejut kerana ia didedahkan di blog ini sedangkan pihak media sebenarnya masih belum dapat menghidu kejadian pada hari itu. Paling mendukacitakan, terdapat maklumat mengatakan pihak JPNP cuba menyiasat siapakah "guru" yang telah menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak

kami. Mereka sepatutnya menyelesaikan masalah yang mengganggu para pelajar itu, sebaliknya mereka pula cuba untuk menyiasat pemberi maklumat yang berkenaan. Soalnya, kenapa mereka mahu menjejaki pemberi maklumat sedangkan pokok utamanya ialah menyelesaikan masalah yang berlaku. Kami tidak teragak-agak akan mendedahkan nama-nama pengawai terbabit jika mereka terus menekan pihak sekolah mendedahkan siapakah yang memberikan maklumat berkenaan insiden itu. Kami cuba menyiasat rahsia besar disebalik isu susu sekolah 1Malaysia yang menjadi kontroversi ini.

Projek Susu Di Bolot Kroni Najib Serta Muhyiddin


Difahamkan pada dasarnya projek susu sekolah adalah projek yang mulia dan dilaksanakan hampir di seluruh dunia. Iran adalah negara yang mengeluarkan perbelanjaan tertinggi di dunia untuk menjayakan projek susu sekolah ini. Kejayaan projek susu sekolah di China dan Thailand umpamanya telah melahirkan generasi muda yang lebih tinggi dan tegap, begitu juga di Eropah dan Amerika.

Berkaitan projek susu sekolah di Malaysia sebenarnya projek itu lebih kepada untuk mengkayakan kroni UMNO BN sebenarnya, tetapi mereka menggunakan alasan yang murni iaitu untuk melahirkan generasi muda yang lebih sihat dan cergas.

Adalah dipercayai syarikat yang dapat kontrak membekal susu sekolah di Pahang ini sememangnya adalah kroni kepada Perdana Menteri, Najib Razak itu sendiri. Semua ini memang satu projek untuk memperkayakan kroni-kroni beliau sebenarnya. Justeru itu kualiti susu yang diimport dari Korea (foto) ini adalah meragukan, kerana harga yang diterima mereka adalah lebih murah berbanding susu yang dibekalkan dari Sabah dan kawasan lain di negara kita. Bayangkan susu yang dimport dari Korea lebih murah dari susu tempatan?. Sungguh tidak masuk dek akal dan pasti ada sesuatu yang tidak betul berkaitan kualiti susu dari Korea ini sebenarnya.

Besar kemungkinan susu yang dibeli dari Korea sudah hampir tamat tempoh dibekalkan oleh syarikat terbabit (yang dapat projek susu 1Malaysia). Kerana dipercayai pihak syarikat berkenaan telah pergi ke seluruh kilang susu di Malaysia untuk mendapat harga yang paling murah tetapi tiada syarikat di Malaysia yang sanggup membekalkannya. Lantaran itulah mereka terpaksa import susu dari Korea yang kualitinya diragui.



Najib dan Muhyiddin gembira lancarkan projek susu sekolah 1Malaysia
Rupanya kroni masing-masing yang mendapat untung besar dari projek itu
[Difahamkan, syarikat yang membekalkan susu terbabit diberikan peruntukan sehingga mencecah RM700 juta ringgit oleh kerajaan untuk melaksanakan projek susu 1Malaysia ini.

Bukankah jumlahnya itu sungguh besar dan tidak sewajarnya pembaziran wang rakyat dibuat sebegitu rupa. Malah, terdapat sumber mengatakan projek tersebut sebenarnya dimonopoli oleh kroni pemimpin tertinggi UMNO sendiri iaitu bagi wilayah selatan kroni TPM Muhyiddin Yassin, bagi negeri Pahang dan wilayah tengah pula diberikan kepada kroni PM Najib Razak. Sementara itu bagi wilayah Trengganu dan Kelantan ianya diberikan kepada sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu sendiri.

Maknanya pembekalan susu di Kelantan dan Trengganu dilihat agak telus kerana ia bukan tender yang diberikan kepada individu. Soalnya, jika benar dakwaan itu maka wajarlah ia ditamatkan serta merta kerana jelas sekali mereka sanggup menipu rakyat dalam hal ini. Lebih mengejutkan susu tersebut juga tidak mempunyai tanda halal JAKIM yang telah disahkan sebenarnya ].

1 comments:

Anonymous said...

Xtau xyah tuduh mcm2 la..aku keje sini walaupun aku pembangkang..ade bukti baru ckp la..