Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, October 10, 2012

888,779 Pendatang Tanpa Izin @ Sah di Sabah Tak Gugat Keselamatan Pun. Ini Jawapan Menteri!

Pendatang Asing Tanpa Izin 888,779 Pendatang Tanpa Izin @ Sah di Sabah Tak Gugat Keselamatan Pun. Ini Jawapan Menteri!
Pendatang tanpa izin di Sabah : Berkenaan masalah di negeri Sabah, sangat menarik untuk dikupas. Kalau kita semak semula pada tahun 1963 apabila berlakunya pembentukkan negara Malaysia, terdapat satu jaminan oleh kerajaan Malaysia adalah untuk menjamin kedaulatan negeri Sabah. Apa maksudnya di sini dengan terma “kedaulatan Sabah” ?

Jaminan kedaulatan negeri Sabah bererti tidak membiarkan orang asing masuk ke Sabah. Kami pasti orang Sabah dan pembaca Berita Semasa terutamanya sudah “masak” benar dengan masalah ini?

Soalan & Jawapan Mengenai Masalah Pendatang Tanpa Izin di Sabah?

Pendatang Tanpa Izin di Sabah 888,779 Pendatang Tanpa Izin @ Sah di Sabah Tak Gugat Keselamatan Pun. Ini Jawapan Menteri!
Pendatang Tanpa Izin Sabah 888,779 Pendatang Tanpa Izin @ Sah di Sabah Tak Gugat Keselamatan Pun. Ini Jawapan Menteri!
Sumber : Hansard di Parlimen
Kami rasa orang sabah sendiri pun sudah sedia maklum, di mana peningkatan mendadak yang tinggal di Sabah ini adalah disebabkan dengan kehadiran pendatang tanpa izin di Sabah yang terlalu ramai sehingga tidak mampu dikawal sehingga sekarang ini. Akibatnya:
  1. Pendatang tanpa izin di Sabah dilihat bukan sahaja mengambil alih bukan sahaja pekerjaan di kilang, di ladang, kereta api malahan peluang pendapatan di pasar-pasar di Sabah yang dikenali dengan  pasar tamu, tamu mingguan. Akhirnya, orang tempat kita, rakyat Malaysia sendiri diusir begitu sahaja…Mereka pula yang menguasai. Okey, itu yang pertama. 
  2. Keduanya, kalau disemak catatan dan fakta yang ada menunjukkan bahawa 80% daripada jenayah di Sabah disebabkan oleh pendatang tanpa izin atau secara sah di sana
  3. Ketiga, Kementerian Kesihatan menyatakan bahawa kerajaan terpaksa membelanjakan RM12 juta setiap tahun hanya untuk “catering for the illegal migrant”.
Yang menariknya di sini. Ada kalangan pendatang asing tanpa izin daripada Filipina contoh berani mengatakan kehidiran mereka di Sabah ibarat seperti pulang ke rumah sahaja. Alasan yang mereka berikan, mudah sahaja:
“Filipina masih tuntut Sabah”.
Sudah……Negeri Sabah boleh dikatakan sangat dekat dengan Indonesia. Ada kawasan kalau nak masuk Sabah, cukup mudah. Contohnya :
  • Kalau di Tawau, kalau di Pulau Sebatik sebenarnya tidak ada sempadan. Kalau kita berada di sebelah Indonesia, Pulau Sebatik, kita masuk sahaja ke sebelah Malaysia, kemudian ambil bot pergi ke Tawau.
Jadi apabila kami yang asalnya daripada negeri di Semenajung Malaysia ini mendengar & meneliti permasalahan di Sabah  membuatkan kami tertanya-tanya :
  • Apa yang payah sangat sehingga mengambil masa yang begitu panjang untuk menangani masalah PATI di Sabah ini? Jadi, kenapa kerajaan ini. Malahan wakil Sabah di Parlimen sendiri pun acapkali membawa masalah di sana. Hasilnya?
  • Tertubuhnya RCI. Itupun…..menjadi persoalan apabila RCI ini terlalu lambat diambil dan penubuhan ini ibarat “hangat-hangat tahi ayam sahaja“. Benarkah?
Walaubagaimanapun, kami tetap meletakkan kepercayaan kepada pihak kerajaan untuk terus menangani masalah lambakan pendatang asing di Sabah. Bukan apa negeri Sabah yang ada sekarang ini sudahlah miskin walaupun hakikat pada asalnya adalah sebuah negeri yang cukup kaya dengan sumber alam yang dilimpahkan di sana. Apabila ada lambakan pendatang tanpa izin di Sabah, sudah pasti keadaan akan menjadi bertambah teruk…..

Yang  menjadi mangsa siapa? Yang menerima kesannya siapa? Yang mahu meneruskan kehidupan siapa? Berapa lama lagi mereka perlu berhadapan dengan masalah ini?- Beritasemasa

0 comments: