Bintang pop Jerman, Ramma Damma,
menimbulkan kontroversi selepas berkahwin dengan sebiji nenas miliknya
di Gretna Green, Scotland.
Inilah bintang pop Jerman yang bertindak pelik kerana melakukan perkara
tidak masuk akal selepas mengahwini sebiji nenas miliknya. Makin pelik
manusia zaman sekarang ini, adakah patut sebiji nenas pun mahu dijadikan
teman hidup. Mungkin itulah yang ada dalam fikiran lelaki penyanyi pop
ini. Korang boleh baca artikel yang diterjemahkan dari laman Metro.
Difahamkan, Ramma telah membelanjakan RM40 untuk melamar nenas berkenaan yang kemudiannya diberi nama Tippi.
"Kami
berseronok sepanjang malam sambil memandu kereta untuk meraikan
kebahagian perkahwinan kami, kami tidak berniat untuk kahwin lari," kata
bintang pop itu yang dipetik dalam laman Metro.
"Saya amat
mencintai Tippi, jadi saya rela mengahwininya. Kami telah berkahwin di
Hotel Gretna Green Hall dengan bantuan seorang pakar kahwin Scotland
yang berpakaian kilt. Sepanjang kami berada di Scotland, kami makan
sepuasnya di pelbagai restoran. Tippi pula berjaya menghabiskan segelas
air," katanya lagi.
"Tippi sangat suka menonton filem terutamanya
filem-filem yang berunsurkan kemusnahan alam seperti gempa bumi sambil
memeluk saya akibat ketakutan,"
Sunday, October 7, 2012
Bintang pop Jerman mengahwini sebiji nenas
Posted by Suhaimi at 11:31 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment