Nampaknya,
pihak tentera telah menemui idea yang menarik dengan menggunakan ikan
lumba-lumba dalam perancangan peperangan mereka. Ikan lumba-lumba yang
dilatih oleh pasukan Tentera Laut Ukraine ini akan menjalani latihan
khas bagi tujuan ketenteraan termasuk menyerang pihak musuh dan
memusnahkan periuk api di laut... Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca
kat bawah ni...
Pada masa ini, terdapat lebih kurang 10 ekor
ikan lumba-lumba yang sedang dilatih dalam satu latihan khas di akuarium
laut yang terletak di Sevastopol, Ukraine. Tentera Laut Ukraine kerap
melatih haiwan-haiwan ini bagi mengesan objek yang berada di dasar laut.
Melatih
ikan lumba-lumba untuk mengesan periuk api di laut bukan lah satu
perkara baru kerana sebelum ini, pihak Tentera Laut US juga pernah
menggunakan kaedah yang sama. Pada era Soviet Uniòn juga, ikan
lumba-lumba telah dilatih untuk memasang periuk api pada kapal-kapal
musuh melalui periuk api yang telah dijatuhkan ke laut dengan payung
terjun sebelum itu.
Program ini juga dilaporkan untuk melatih
ikan lumba-lumba menegsan periuk api dan menandanya dengan menggunakan
buoy (pelampung). Tetapi, pihak Ukraine juga merancang untuk melatih
ikan lumba-lumba bagi tujuan "menyerang
perenang tempur pihak musuh dengan menggunakan pisau khas atau pistol
yang akan diletakkan pada bahagian kepala ikan tersebut." menurut pihak RIA Novosti.
Sumber
dalaman dari Tentera Laut Ukraine juga memberitahu agensi bahawa
latihan yang sedang dijalankan di akuarium laut itu adalah untuk melatih
ikan lumba-lumba sebagai "perenang tempur yang ditugaskan untuk
mempertahankan kapal-kapal di pelabuhan dan pada masa serbuan."
Monday, October 22, 2012
Tentera Laut Ukraine Latih Ikan Lumba-Lumba Yang Dilengkapi Pistol
Posted by Suhaimi at 1:34 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment