Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Saturday, October 20, 2012

Lelaki Islam Kahwin Wanita Hindu.. Kata Ulama?

SAIF (kiri) dan Kareena dikerumuni jurugambar di sebuah lapangan terbang di Mumbai semalam.
NEW DELHI - Sebuah sekolah pendidikan Islam, Darul Uloom Deoband menganggap perkahwinan antara pelakon Saif Ali Khan dengan Kareena Kapoor sebagai anti-Islam, lapor portal berita ApunKaChoice semalam.

Mereka membuat kenyataan itu kerana Kareena yang mengamalkan ajaran Hindu tidak memeluk agama Islam sebelum dia berkahwin dengan Saif.

"Mengikut undang-undang Islam, perkahwinan itu dianggap sebagai anti-Islam kerana Kareena tidak menukar agamanya kepada Islam," kata seorang ulama di sekolah tersebut, Habibur Rahman kepada agensi berita Press Trust of India.

Status akad nikah pasangan artis berkenaan masih lagi menjadi tanda tanya sama ada dilakukan mengikut ajaran Islam atau tidak. Pasangan berkenaan pada mulanya mendaftarkan pernikahan mereka di Mumbai pada 16 Oktober lalu.

Majlis resepsi perkahwinan mereka kemudiannya diadakan di sini. Menurut beberapa pihak yang rapat dengan pasangan tersebut, tiada majlis akad nikah seperti yang dilaporkan oleh pihak media. Mereka menyatakan pasangan itu hanya sekadar melafazkan ikrar perkahwinan. Sebelum ini, bapa Kareena, Randhir Kapoor menafikan anak perempuannya itu akan memeluk Islam.

"Tidak ada sesiapa yang menukar agama di sini, seorang insan berkahwin dengan insan yang lain dan mereka tidak kisah mengenai kasta, kepercayaan atau keturunan, " kata Randhir.-Agensi

0 comments: