KUALA
LUMPUR, 1 OKTOBER: Belanjawan 2013 yang diumumkan oleh Pedana Menteri
Dato’ Sri Najib Razak disifatkan sebagai belanjawan yang buruk oleh Ahli
Parlimen Bandar Kuching, Chong Chien Jen kerana langsung tidak menyebut
sebarang dasar bagi meningkatkan infrastruktur dan prasarana di Sabah
dan Sarawak.
Kata Chien Jen, kerajaan UMNO-BN telah mengabaikan Sabah dan Sarawak walaupun negeri-negeri tersebut memberikan sumber yang banyak kepada negara.
“Sebagai contoh pada tahun 2011, Kementerian Luar Bandar Sabah dan Sarawak telah diperuntukkan sebanyak RM400 juta.
“Pada belanjawan tahun 2012 yang lepas pula, kementerian tersebut mengurangkan peruntukkan kepada RM300 juta sahaja.” kata beliau. Belanjawan 2013 kali ini cuma memperuntukan cuma RM98 juta.”
Menurut beliau, belanjawan yang dibentangkan kali ini sekadar gula-gula politik kepada rakyat dan sebenarnya ia tidak membantu untuk mengatasi masalah ekonomi asas rakyat.
“Banyak yang kerajaan UMNO-BN tidak ambil kira ketika pembentangan belanjawan 2013”. Katanya.
“Semasa belanjawan yang dibacakan oleh Perdana Menteri, beliau tidak menyebut dan menyentuh mengenai lebuhraya Pan Borneo yang dibina untuk menghubungkan antara Kuching ke Kota Kinabalu dan ke Pantai Timur Sabah”. ujarnya lagi.
“Sabah dan Sarawak telah diabaikan dengan teruk pada belanjawan kali ini.” ujarnya. – Roketkini.com

0 comments:
Post a Comment