Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, October 10, 2012

Kombinasi Makanan Dan Ubat Yang Berbahaya

Dalam entri kali ini, kami ingin berkongsi tentang info penting mengenai makanan dan ubat-ubatan. Mungkin anda tidak tahu terdapat makanan yang akan menimbulkan interaksi jika diambil dengan ubat tertentu.

Walaupun makanan merupakan sumber penting tenaga di dalam tubuh, tetapi makanan juga boleh membuatkan ubat yang anda ambil menjadi tidak berguna, tiada effect malah boleh menjadi bahaya kepada anda sekiranya diambil secara berterusan. Nak tahu apa kombinasi makanan dan ubat tersebut? Jom baca selanjutnya...

MAKANAN PRODUK SUSU

Kalsium dalam susu dibuktikan boleh mengikat minosiklik dan tetrasiklik dari antibiotik. Gabungan keduanya akan menyebabkan antibiotik tidak larut dan tidak dapat diserap oleh tubuh. Setengah liter susu sahaja sudah cukup untuk mengurangkan keberkesanan antibiotik sehinggan 80 peratus. Selain itu, kalsium juga mengganggu penyerapan ubat osteoporosis.

Sebaiknya, anda perlu menghindari pengambilan susu dalam waktu 2 jam sebelum atau selepas pengambilan ubat.

KEJU

Produk makanan dari keju pula mengandungi tyramine yang akan berinteraksi dengan ubat anti murung (anti depression). Gabungan keduanya akan mengakibatkan enzim yang berfungi untuk mencerna senyawa menjadi tidak aktif. Keadaan ini akan menyebabkan tekanan darah tinggi yang merbahaya.

MAKANAN PANGGANG

Pesakit asma perlu menghindari makanan panggang khususnya daging panggang kerana kandungan karbonnya boleh menyebabkan ubat asma yang diambil menjadi tidak berguna. Selain itu, pengambilan karbon ini juga menyebabkan penyakit asma yang dihidapi menjadi semakin teruk.

MAKANAN BERSERAT

Makanan berserat dikatakan boleh melambatkan kesan banyak ubat seperti ubat diabetes (metformin) dan ubat statin (ubat penurun kadar kolesterol). Sebaiknya, hindari pengambilan makanan berserat seperti buah-buahan dalam masa 2 jam sebelum dan selepas pengambilan ubat tersebut.

SAYURAN HIJAU

Antara contoh sayuran hijau adalah seperti kobis, kacang soya, gandum dan sebagainya. Sayuran hijau yang mengandungi vitamin k berfungsi untuk membantu pembekuan darah, selain pembikan tulang. Jadi, sekiranya anda terpaksa mengambil ubat untuk mencairkan darah, anda sepatutnya menghindari pengambilan sayuran hijau.

JUS BUAH

Jus buah terutamanya jus anggur mengandungi furanokumarin yang merencatkan enzim dalam usus. Enzim yang dimaksudkan berfungsi untuk menghindar bendasing dari masuk ke dalam usus. Pengambilan jus anggur boleh merencatkan keberkesanan ubat yang diambil sehingga anda terpaksa mengambil sehingga 2-3 kali ganda dari dos yang disyorkan.

Elakkan kombinasi jus anggur dengan ubat anti murung (anti depression), ubat alergik, statin dan sebagainya yang berkaitan rapat dengan jantung dan hati. Manakala jus kranberi dan jus buah delima boleh melambatkan kadar pencairan darah oleh hati.

Semoga entri kami kali ini bermanfaat untuk anda!

0 comments: